Koeman Tak Kisah Jika Benar PSG Tawarkan Messi Kontrak

Pengurus Barcelona, Ronald Koeman menyatakan bahawa beliau tidak kisah dan tidak peduli jika benar Paris Saint-Germain (PSG) menawarkan kontrak kepada ayam tambatan mereka, Lionel Messi.

Syarikat penyiaran televisyen Argentina, TNT Sports telah melaporkan bahawa PSG telah menawarkan Lionel Messi ‘perjanjian yang tidak boleh ditolak’, kecur air liur.

PSG dilaporkan menawarkan kontrak lumayan selama dua tahun dan ada juga menyebut tiga tahun, malah dijanjikan jersi nombor 10 yang kini menjadi milik pemain termahal dunia, Neymar.

Lionel Messi telah mencetuskan saga perpindahan sensasi pada tahun lalu namun membuat pusingan U pada saat akhir untuk kekal.

Kontrak Lionel Messi bakal tamat pada musim panas ini dan perjanjian baharu setakat ini belum dipersetujui dan menjelang jendela perpindahan musim panas menjadikan Messi sebagai prospek perpindahan paling panas.

Ronald Koeman yang tegar memecat dan menendang keluar ramai pemain sejak menjadi pengurus termasuklah Luis Suarez yang ditendang begitu sahaja tidak mengambil pusing akan perkara ini.

“Aku tak berminat dan tak kisah dengan kontrak yang ditawarkan oleh PSG. Aku pun tak pasti jika berita itu benar.”

“Aku harapa Messi akan kekal bersama kami. Bagi aku Messi patut tamatkan karier disini kerana dia sudah menghabiskan sepanjang hayatnya di sini. Tapi itu semua terpulang kepada Messi.”

Ronald Koeman walaupun tidak kisah kerana mengetahui Messi pasti menjadi rebutan dan berharap pemain itu kekal dan hanya fokus kepada perlawanan.

“Itu tidak membimbangkan aku langsung, aku hanya fokus kepada kemenangan (menentang Granada).”

Granada berjaya menciduk Barcelona dan Ronald Koeman pula dilayangkan kad merah lalu Barca terlepas peluang untuk ke puncak.

Barcelona kini berpeluang cerah untuk merebut kembali gelaran juara La Liga selepas terlepas semua gelaran Eropah mereka musim ini.

Lionel Messi pula sejak kebelakangan ini telah menunjukkan semula prestasi terbaik beliau dengan aksi memukau seperti biasa.

Barcelona kini diambang krisi kewangan yang meruncing dan jika Messi dilepaskan maka akan memberi kelegaan namun mereka akan kehilangan dari segi aspek nilai komersil.

Namun jika Messi dilepaskan, Barcelona akan dapat membina pasukan baharu tanpa Messi seperti mana dilakukan Real Madrid tanpa Cristiano Ronaldo.

Awal bulan ini selepas menjulang Copa Del Rey, Presiden Barcelona yang kembali dipilih selepas menjadi Presiden pada tahun 2003 sehingg 2010, Joan Laporta percaya Messi akan kekal.

“Aku yakin bahawa Messi mahu kekal. Ini kelab beliau.”

“Messi memberikan yang terbaik (dalam perlawanan akhir Cop del Rey) tambahan pula beliau dikeliling pasukan yang hebat.”

“Dengan kuasa yang ada ditangan kami akan lakukan apa saja untuk mengekalkan Messi.”

Kisah saga Messi mahu meninggalkan Barcelona tahun lalu hadir selepas Barcelona dibelasah 8-2 dan disingkirkan dengan cara yang memalukan dari pertandingan Champions League musim lalu.

Ketika itu Messi dilaporkan marah dengan pengurus baharu Ronald Koeman dalam pertemuan tegang membabitkan kedua-duanya, sehingga mendorong Messi memberikan ‘transfer request’.

Dan ketika itu juga lima kelab dikatakan berminat untuk mendapatkan Messi iaitu Manchester United, Manchester City, Juventus, Inter Milan dan Paris Saint-Germain.

Lionel Messi kini menikmati gaji yang teramat lumayan setinggi RM5.2 juta(£988,000) seminggu atau £51.30 juta je setahun bersama Barcelona.

Jumlah yang diterima Messi ini tidak termasuk bayaran hak imej, bonus perjanjian dan juga yuran kesetiaan yang merecik teruk.

Daripada hak imej Messi boleh menjana £9.1 juta setahun, bonus sehingga £13 juta setahun dan bonus kesetiaan £120 juta.

Bonus kesetiaan bernilai £120 juta ini akan dinikmati Messi jika kekal untuk tempoh 5 tahun selepas mengikat kontrak baru

BACA:  Messi Sound Weghorst Ketika Temurah - 'Kau Tengok Apa Bodoh? Berambus!'