Kontrak Aboubakar Ditamatkan Serta Merta Untuk Al Nassr Daftarkan Ronaldo

Satu laporan mula bertebaran yang melaporkan kontrak Vincent Aboubakar telah ditamatkan serta merta oleh kelab Arab Saudi, Al Nassr bagi membolehkan Cristiano Ronaldo didaftarkan dalam pasukan.

Vincent Aboubakar terpaksa dikorbankan bagi memberi ruang kepada Cristiano Ronaldo kerana mengikut undang-undang Saudi League, sebuah kelab hanya hanya dibenarkan mendaftarkan 8 orang pemain asing sahaja dalam pasukan dan tiada feeder kelab untuk meletakkan Aboubakar di sana.

Sebelum ketibaan Cristiano Ronaldo, Al Nassr sudah memenuhi kuota maksimum 8 pemain asing dalam pasukan maka ini bermakna mereka perlu melepaskan seorang pemain.

Menurut laporang RMC Sports, kontrak Vincent Aboubakar telah ditamatkan dengan persetujuan bersama dan dia akan menerima pampasan dan kini sudah bergelar pemain ejen bebas.

Dengan pengorbanan Vincent Aboubakar, maka Ronaldo boleh didaftarkan namun masih lagi tidak dapat beraksi kerana penggantungan dua perlawanan ketika masih bersama Manchester United.

“Al Nassr menamatkan kontrak Vincent Aboubakar dengan persetujuan bersama dan dia menerima semua pampasan kewangan yang dia berhak,” kata sumber yang rapat dengan kelab Saudi itu.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu terlepas perlawanan pertama untuk penggantungan dua perlawanannya ketika Al-Nassr menewaskan Al-Ta’ee 2-0, dengan kehadiran Ronaldo hanya dari tempat duduk penonton.

Pemain Portugis itu juga akan terlepas perlawanan menentang Al-Shabab Sabtu depan, tetapi akan layak untuk membuat penampilan sulung untuk Al-Nassr pada 22 Januari dalam perlawanan di tempat sendiri menentang Ettifaq.

Sementara itu, terdapat khabar angin mengaitkan Aboubakar dengan perpindahan ke Manchester United. Dia mengagumkan dalam Piala Dunia untuk Cameroon, menjaringkan gol kemenangan menentang Brazil.

Untuk rekod, Vincent Aboubakar juga telah menjaringkan 13 gol dan memberikan 6 bantuan gol dalam 39 perlawanan untuk Al-Nassr.

Vincent Aboubakar juga telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi apabila telah mendakwa dirinya adalah setanding dan sehebat bintang Liverpool, Mohamed Salah.

“Aku tak peduli jika ada orang yang tidak sukakannya, aku langsung tidak kagum dengan dia (Mohamed Salah).”

“Aku boleh lakukan apa yang dia lakukan. Aku hanya tidak mempunyai peluang bermain di kelab besar.”

Berita perpindahan Vincnt Aboubakar ke Manchester United kuat bertiup menyatakan dia akan menjadi pemain pinjaman dan kini sudah bergelar ejen bebas mungkin Erik Ten Hag tidak mahukannya sebagai pemain tetap.

Kini Manchester United sudah beralih arah untuk mendapatkan pemain pasukan kebangsaan Belanda, Wout Weghorst sebagai pemain pinjaman yang mungkin sedikit rumit membabitkan cinta tiga segi.

Vincent Aboubakar merupakan pemenang kasut emas di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2021 dengan 8 gol dan telah menjaringkan 2 gol di Piala Dunia Qatar 2022.

Sepanajng kariernya Vincent Aboubakar pernah menjuarai Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), dua Turkish Lig, satu Turkish Cup, Cameroon Premeira Division, dua Primeira Liga, Portuguese Cup dan Portuguese Super Cup.

BACA:  Ronaldo Mengamuk Depan Jurulatih Sendiri Dan Hampir Menangis Tersingkir Daripada Piala Raja Saudi