Lampard Dedah Kisah Terima Pesanan Suara Dari Pep Guardiola Yang Terus Mengubah Mood Beliau

Frank Lampard telah mendedahkan yang Pep Guardiola menghantar kepadanya pesanan suara sebagai tanda menyokong beliau ketika berdepan kesukaran sebagai pengurus Chelsea.

Lampard mendedahkan yang beliau ketika itu berada di bawah tekanan yang teramat sangat, namun beban tekanan itu hilang sebaik mendengar pesanan suara dari Pep Guardiola.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea, Frank Lampard dilantik sebagai pengurus kelab bagi menggantikan Maurizio Sarri.

Sayang sekali, perlawanan pertama beliau sebagai pengurus, Lampard berdepan dengan kekalahan memalukan 4-0.

Skuad Chelsea yang dibarisi oleh pemain muda pada ketika itu beraksi dengan sangat baik sepanjang 30 minit pertama dalam perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu.

Walau bagaimanapun, pada aksi babak kedua, United seolah-olah mendapat tenaga tambahan dan berjaya menjaringkan gol menerusi Marcus Rashford, Anthony Martial dan Daniel James.

Chelsea kemudiannya berdepan kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi saingan UEFA Super Cup bertemu Liverpool, selepas Adrian menjadi wira penyelamat yang membantu skuad kendalian Jurgen Klopp itu untuk memenangi perlawanan tersebut.

Kesemua kekalahan itu membuatkan Lampard murung seketika, namun beliau kembali bersemangat selepas mendapat kata-kata semangat dari bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich, Pep Guardiola.

“Dia seorang pengurus yang sangat hebat, Pep, belakang tabir semua benda dia buat dan dia bantu pengurus lain. Dia ada hantar pesanan suara kepada saya.”

Jelas Lampard kepada Gary Neville ketika mereka dalam rancangan The Overlap.

“Saya tak suka dedahkan perbualan peribadi saya, tapi pada perlawanan pertama saya sebagai pengurus Chelsea, kami kalah 4-0 kepada Man Utd. Kami bermain dengan baik sepanjang tempoh 60 minit, kemudiannya kena serangan balas, dan bang, bang, 2,3 dan kami kena 4-0.”

“Kemudiannya kami kalah kepada Liverpool dalam saingan Super Cup. Bermain dengan baik, kami kalah penalti.. saya berada dalam pesawat dan kami dalam perjalanan pulang dari habis perlawanan, saya sedikit kecewa.”

“Saya dapat pesanan suara dari dia, dia kata cara bagaimana pasukan saya main sangat menakjubkan, dia suka melihatnya, ayat-ayat yang sangat positif. Pesanan suara itu terpadam sendiri.”

“Saya mahu pulang ke rumah dan kata, ‘dengar ini, Pep kata saya seorang pengurus yang bagus.’ sangat tersentuh dengan hal itu, ia memberi kesan kepada saya. Kadang kala kamu terperangkap dalam dunia kamu sendiri dan kamu tak nampak apa-apa.”

“Dia seorang yang hebat dan dia hantar pesanan suara seperti itu, ia sangat istimewa.”

Ketika musim pertamanya bersama Chelsea, kelab pada ketika itu sedang berdepan hukuman transfer ban, dan Lampard pada ketika itu berjaya memimpin kelab mengakhiri saingan liga di kedudukan keempat dan mara ke aksi perlawanan akhir Piala FA.

Lampard bahkan berjaya tewaskan Pep Guardiola pada ketika itu, dan secara tidak langsung membantu Liverpool untuk terus dinobatkan sebagai juara Liga.

Dari kesemua 29 soalan yang ditanya oleh Neville, Lampard turut mendedahkan tentang bagaimana hinanya Tottenham Hotspur di mata mereka pada satu ketika dulu.

Beliau mendedahkan yang tempat paling beliau gembira untuk beraksi adalah di White Hart Lane kerana mereka selalu menang di sana.

Lampard bahkan turut menganggap White Hart Lane sebagai Three point Lane kerana sebelum beliau menyertai Chelsea, gelaran itu sudah diberikan oleh para pemain untuk gelanggang rasmi Tottenham Hotspur itu.

Ketika ditanya tentang gol kegemaran, Lampard memilih gol ketika beliau beraksi bertemu Barcelona sebagai gol paling beliau gemari.

Beliau kemudiannya menamakan Andrea Iniesta sebagai lawan yang paling sukar pernah beliau hadapi sepanjang kariernya sebagai pemain.

Sumber: SPORTbible

BACA:  10 Bekas Pemain Yang Kembali Ke Kelab Sebagai Pengurus