Legenda Kelab Berpendapat, Pemain Lebih Tertarik Ke Liverpool Berbanding Setan Merah

Legenda Manchester United, Gary Pallister mengakui bahawa Liverpool adalah kelab yang lebih menarik untuk pemain baharu yang berpotensi dan berbakat besar berbanding Red Devils.

Dakwaan Gary Pallister muncul di tengah-tengah pertempuran antara Liverpool dan Manchester United untuk Darwin Nunez. Di mana menurut dia, mana mana pemain yang diberikan pilihan sama ada untuk memilih Liverpool atau Manchester United, mereka akan pilih Liverpool.

Dalam memburu bekas penyerang Almeria itu, Liverpool mendahului perlumbaan kerana The Reds telah membuat perjanjian peribadi dengan Nunez. Manchester United menawarkan harga yang sama dengan gaji lebih besar, tetapi masih gagal meyakinkan Nunez.

Dipetik dari sumber Daily Star, dengan saga ini hampir tamat, Pallister mendakwa jika ada pemain yang terpaksa mencari kelab baharu, maka pemain itu pasti akan memilih untuk menyertai Liverpool.

“Manchester United adalah salah satu daripada dua kelab terbesar di dunia,” kata Gary Pallister.

“Tetapi jika anda mendapat peluang untuk menyertai Manchester United, anda biasanya akan melepaskan peluang itu.”

“Jelas sekali pemain akan melihat kepada Man United dan masalah yang mereka hadapi, jurulatih baharu yang datang, kedudukan terakhir mereka musim lalu yang menghalang mereka daripada bermain bola sepak Liga Juara-Juara.”

“Mereka memang layak ke saingan Eropah yang boleh menjadi bonus, tetapi ia bukan pertandingan  yang terbaik di Eropah.”

“Saya fikir jika anda perlu berpindah segera, maka anda akan menyertai Liverpool serta-merta,” jelas beliau lagi dalam keadaan yakin.

Sebenarnya, sukar untuk mempertikaikan dakwaan Pallister, tetapi Man United sememangnya telah melalui masa yang sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Buktinya, Red Devils tidak pernah menjulang trofi utama sejak 2017. Mereka juga terpaksa kehilangan slot eropah.

Mereka sudah lama tidak mengarak piala. Yang ada hanyalah perarakan pada separuh perlawanan.

Malah, pada musim 2021-2022, khususnya dalam Liga Perdana, mereka mengharungi musim terburuk sepanjang era Liga Perdana kerana hanya mampu mengutip 58 mata. Prestasi yang hina itu membuatkan peminat Manchester United bertumpu kepada aktiviti seperti menilai harga pasaran pemain pasukan lain dan juga mentertawakan  pasukan lain kerana tak menang semua piala.

Sementara itu, Liverpool, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah memenangi beberapa gelaran. Walaupun terlepas quadruple.

The Reds, yang beraksi cemerlang sejak dibimbing oleh Jurgen Klopp, berjaya merangkul trofi Liga Juara-Juara 2018-2019 dan Liga Perdana 2019-2020.

Pada musim 2021-2022, The Reds berjaya menjulang Piala Liga Inggeris dan Piala FA, dan menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.

Namun pada era Ten Hag, pastinya kisah berbeza. Peminat sudah merasakan bahawa aura sang raja sudah kembali.

BACA:  Kisah Paul Scholes Dan Kasut Bernilai £50 Ketika Kembali Dari Persaraan