Leicester City Tewaskan Man City 1-0 Untuk Raih FA Community Shield

Leicester City 1 Man City 0
Kelechi Iheanacho (m89p)

Leicester City memulakan kempen 2021-22 mereka dengan permulaan yang cemerlang melalui kemenangan 1-0 ke atas Manchester City di FA Community Shield.

Jaringan Kelechi Iheanacho pada minit ke-89 memisahkan kedua-dua pasukan. Dalam perlawanan itu Man City dan Leicester bergelut di kawasan final third pada keseluruhan perlawanan.

Selepas perlawanan ini, Leicester akan menumpukan fokus mereka pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang akan berlangsung 14 Ogos. Leicester menjadi tuan rumah kepada Wolverhampton Wanderers.

Sementara itu Man City akan sekali lagi akan pergi ke London untuk menentang Tottenham Hotspur pada 15 Ogos.

Selepas perlawanan, Iheanacho berkata:

“Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan, saya rasa ia adalah emosi yang bercampur-campur, saya sangat bersyukur mendapat trofi hari ini untuk pasukan saya, jadi saya sangat gembira.

“Saya fikir ia adalah penalti, dia (Nathan Ake) ‘menangkap’ saya (dan) pengadil melihatnya. Dia mahu kami bermain jadi jika kami menjaringkan gol, itu pasti OK.

“Saya berlatih penalti. Saya terlepas satu musim (musm lalu) jadi saya berlatih di pra-musim. Saya hanya mempunyai satu perkara dalam fikiran saya. Hanya melakukan tendangan di sudut sukar, dan itulah yang saya lakukan.”

Sebelum jaringan tersebut, Leicester mempunyai peluang terbaik pada babak pertama menerusi Jamie Vardy. Percubaannya ditepis keluar oleh penjaga gol Man City dan antarabangsa AS, Zack Steffen.

Man City juga berpeluang untuk mendahului perlawanan setelah Ryan Bertrand mengasari Riyad Mahrez di luar kawasan penalti. Bagaimanapun Mahrez melepaskan sepakan percuma melewati palang.

Pada babak kedua satu sepakan voli dari Ilkay Gundogan melambung tinggi ketika City terus memberi tekanan kepada Leicester.

Akhirnya Leicester dihadiahkan penalti selepas Nathan Ake mengasari Iheanacho. Pemain antarabangsa Nigeria itu menyempurnakan sepakan tersebut, memberi pendahuluan kepada pasukannya ketika perlawanan berbaki 1 minit.

Brendan Rodgers menurunkan 3 pemain yang baharu ditanganinya pada musim ini dalam perlawanan pertamanya musim ini.

Ryan Betrand (dari Southampton) bermain di posisi left back, Boubakary Soumare (dari Lille) dan Patson Daka (dari RB Salzburg) masuk menggantikan Yoeri Tielemens dan Jamie Vardy.

Pep Guardiola pula memberi 25 minit permainan kepada Jack Grealish yang dibelinya dengan harga £100 juta. Grelish masuk menggantikan pemain remaja Samuel Edozie.

Grealish merasakan dia seharusnya mendapat sepakan penalti selepas insiden pelanggaran di garisan kotak Leicester tetapi pengadil Paul Tierney membiarkan permainan diteruskan.

Pemain berusia 25 tahun itu melakukan beberapa gerakan baik di kawasan pertahanan Leicester tetapi tidak memberi impak yang diharapkan Guardiola.

Pada musim 2015-16 Leicester telah memenangi kejuaraan pertama EPL dalam sejarahnya dan selepas itu mereka hanya menamatkan kempen liga di tempat ke-11, ke-9, ke-9 dan ke-5.

Namun kejayaan merangkul Piala FA pada musim lepas merupakan kejayaan ke-2 Leicester yang membawa mereka ke perlawanan FA Community Shield malam tadi.

Sebelum perlawanan, Guardiola telah memberi isyarat pasukannya hanya mempunyai separuh kekuatan selepas Kevin de Bruyne dan Phil Foden masih dalam proses pemulihan.

Raheem Sterling juga masih diberi rehat selepas mengharungi kempen EURO yang panjang.

Guardiola mempertaruhkan 2 pemain remaja yang kurang berpengalaman iaitu Cole Palmer, 19 dan Sam Edozie, 18 dalam perlawanan tersebut.

Masalah besar Man City adalah mereka masih tidak mempunyai penyerang no.9 selepas Sergio Aguero meninggalkan kelab secara percuma -menyertai Barcelona.

Sekiranya Man City dapat mencapai kata sepakat dengan Tottenham minggu depan, Kane bakal sempat untuk melakukan debutnya pada perlawanan Sabtu depan menentang kelab lamanya.

Selepas perlawanan pengurus Leicester, Brendan Rodgers, bercakap kepada Radio BBC:

“Terdapat perasaan hebat yang datang ke sini hari ini. Setiap pemain, peminat, kakitangan Leicester datang ke sini mempunyai perasaan yang istimewa.”

“Kami ingin mengambil perkara ini dan memasukkannya ke dalam permainan dan memastikan perasaan itu dikekalkan. Kami bersyukur kerana berjaya melakukannya.”

Sementara itu pengurus Man City, Pep Guardiola berkata:

“Tahniah kepada Leicester. Saya lebih berpuas hati dengan bagaimana cara kami bermain. Banyak perkara yang sangat baik, pemain muda sangat bagus.

“Kami memberi minit untuk pemain jadi secara umumnya banyak perkara bagus.”

BACA:  FA Cup 2020/21 Semi Final: Leicester City 1-0 Southampton