Bagaikan melepaskan geram, pemain terbaik perlawanan akhir Euro 2020, Leonardo Bonucci membakar jiwa para penyokong England sebaik sahaja pasukannya sah bergelar juara Euro 2020 di Stadium Wembley.
Terikat 1-1 selepas membanting tulang selama 120 minit, Azzuri muncul pemenang apabila Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka gagal menyempurkan sepakan penalti menewaskan penjaga gol gergasi, Gianluigi Donnarumma.
Sebelum itu, Jordan Pickford dengan cemerlangnya telah menafikan penalti Andrea Belotti dan Jorginho, tetapi Itali ternyata mempunyai tuah kerana penjaga gol terbaik dunia menyarung jersi mereka dan menyelamatkan sepakan terakhir England daripada Saka.
Beberapa saat kemudian para pemain Itali berlari ke arah Donnarumma dan selepas puas menindih penjaga gol tersebut, Bonucci mengambil pendekatan yang berbeza apabila dia pergi ke arah kamera dan menjerit It’s Coming to Rome, menganjing slogan It’s coming home yang diulang-ulang oleh penyokong England sejak kejohanan bermula.
Leonardo Bonucci to the camera after the penalty shootout 🗣:
“IT'S COMING TO ROME!" pic.twitter.com/GwNSEjhDN9
— FutbolBible (@FutbolBible) July 11, 2021
Detik ini ternyata detik yang cukup mengujakan kepada para pemain Itali, bukan setakat kerana berjaya memiliki piala Henri Delaunay, tetapi juga kerana mereka berjaya bangkit daripada kemelesetan teruk tiga tahun lalu.
Ketika pasukan lain bermain di Piala Dunia di Russia, pemain Itali sekadar mampu menontonnya di depan kaca televisyen rumah masing-masing selepas gagal layak ke kejohanan tersebut.
Disebabkan kegagalan tersebut, Itali telah bertindak memecat pengurus ketika itu dan menggantikannya dengan Roberto Mancini – seorang yang pakar dalam memenangi piala bersama kelab, dan kali ini bersama negaranya.
Dengan kemenangan ini, Itali mencatat rekod yang membanggakan – tidak tewas dalam 34 perlawanan, dengan kekalahan terakhir mereka hanya berlaku pada tahun 2018 kepada Portugal dalam UEFA Nations League.
43 – In Italy's record 33-game unbeaten run coming into tonight's final, they had trailed for only 44 minutes in total. The Azzurri were behind for 43 of the opening 45 minutes against England this evening. Unchartered. #ITA #EURO2020 pic.twitter.com/C4nFZiD6L0
— OptaJoe (@OptaJoe) July 11, 2021
Dua minit perlawanan akhir EURO 2020 bermula, England sudah mendahului dengan satu gol padu. Bergegar Stadium Wembley dengan gol pendahuluan dari Luke Shaw itu.
Satu minit dan 57 saat waktu perlawanan ketika Luke Shaw melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma yang juga dikenali sebagai Zizan Razak Itali.
Gol Luke Shaw ini menjadi gol terpantas dalam sejarah perlawanan akhir EURO dan juga gol pertama Luke Shaw untuk pasukan kebangsaan England.
Itali terus menekan England dan cuba melancarkan serangan demi serangan namun kubu pertahanan England masih lagi kental bertahan.
Serangan balas England yang pantas menjadi ancaman buat Itali namun ketenangan dan pengalaman yang ada pada Bonucci dan Chiellini mudah mematahkan serangan.
Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan masih berpihak kepada England dengan kelebihan satu gol.
Raheem Sterling berjaya lolos selepas menerima hantaran Luke Shaw, cubaan Sterling mendapatkan penalti langsung tidak dilayan oleh pengadil.
Kurang 10 minit babak kedua bersambung, Roberto Mancini melakukan dua pertukaran mengeluarkan Nicolo Barella + Ciro Immobile dan memasukkan Bryan Cristante + Domenico Berardi.
Percubaan leret yang bahaya hadir lagi dari Federico Chiesa dicelahan kaki pertahanan England namun refleks sungguh pantas dari Jordan Pickford menepis keluar bola.
Dengan permainan agak tidak tersusun Itali terus menekan England dan skuad Tiga Singa tampak semakin tertekan.
Leonardo Bonucci akhirnya memecahkan telur Itali dengan satu rembatan jarak dekat hasil situasi kelam kabut yang berpunca dari sepakan penjuru.
Domenico Berardi melakukan sepakan penjuru dan ditanduk oleh Bryan Cristante namun tidak tepat, Marco Veratti kemudian menyambar dengan sundulan kencang.
Tandukan Marco Veratti berjaya ditepis Jordan Pickford dan terkena tiang, Leonardo Bonucci datang lalu terus menyapu bola ke dalam gawang.
Leonardo Bonucci menjadi pemain paling tua menjaringkan gol di dalam sejarah perlawanan akhir EURO pada usia 34 tahun dan 71 hari, sekaligus menjadikannya pemain terbaik perlawanan akhir Euro 2020.
🎯 Great distribution throughout
💪 Strong defensive display at 34
⚽️ Scored the all-important equaliser🇮🇹 Italy hero Leonardo Bonucci = Star of the Match! 🥇
🤔 Did you predict that?@Heineken | #EUROSOTM | #EURO2020 pic.twitter.com/zNdJbntUiE
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) July 11, 2021
Jaringan penyamaan Bonucci nyata memberi ketenangan kepada Itali yang nampak lebih teratur dan tersusun berbanding ketika ketinggalan.
Gareth Southgate telah melakukan dua pertukaran selepas Itali menyamakan kedudukan memasukan Bukayo Saka dan Jordan Henderson menggantikan Declan Rice dan Kieran Trippier.
34 & 71 – Leonardo Bonucci (34 years and 71 days) has become the oldest scorer in a EURO final, beating the previous record of Bernd Hölzenbein in 1976 (30 years and 103 days). Strike.#ItaliaInghilterra #Euro2020Final #EURO2020 #ITAENG pic.twitter.com/0VC6UhTJOZ
— OptaPaolo 🏆 (@OptaPaolo) July 11, 2021
Berbaki 10 minit permainan England tiada pilihan dan kembali menyerang untuk menamatkan permainan dalam tempoh 90 minit.
Pada minit ke-86 perlawanan dihentikan seketika kerana gangguan daripada penonton.
Sebelum tamat perlawanan, Chiellini menyajikan dunia dengan cara menangkap Saka. Permainan dibawa ke masa tambahan 30 minit.
Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sekaligus membawa kepada penentuan sepakan penalti.
Sumbe : sportBIBLE