Tiga Sebab Utama Kenapa Itali Bakal Menang Perlawanan Akhir Euro Mengatasi England

Itali muncul sebagai pasukan pilihan utama untuk menjuarai edisi Euro 2020, namun malam esok [pagi lusa, takut orang tak faham], mereka bakal diuji pasukan England yang dilatih oleh Gareth Southgate terlebih dahulu.

Dalam perlawanan separuh akhir, Itali berjaya mengenepikan cabaran Sepanyol walaupun terpaksa berhempas pulas sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Federico Chiesa terlebih dahulu membuka jaringan buat pasukan Itali pada minit ke-60 menerusi satu sepakan lencong persis meme kucing yang dikongsi di laman sosial. Dua puluh minit kemudian, pemain yang dikecam hebat, Alvaro Morata menyamakan kedudukan memeperdayakan penjaga gol Itali selepas permainan satu dua yang cantik bersama Dani Olmo.

Walaubagaimanapun, malang buat Morata apabila dia gagal menyempurnakan sepakan penalti keempat pasukan Sepanyol, sebelum pemain tengah terbaik dunia, Jorginho dengan tenang menipu Unai Simon untuk penalti kemenangan Itali.

Menentang England dalam perlawanan akhir bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi dengan kedudukan England sebagai anak emas UEFA pada kali ini. Bila lawan pasukan anak emas, tahu-tahulah.

Memang akan serba tak kena. Tak percaya kau tengok sejarah Liga Malaysia, bagaimana pasukan anak emas dilayan.

Bagaimanapun, Itali akan muncul juara di atas tiga sebab di bawah :

Itali Boleh Buat Semua

Pasukan Azzuri bermain bola sepak secara menyerang, bertunjangkan tiga pemain tengah mereka – Marco Verratti, Jorginho dan juga Nicolo Barella, di mana mereka kerap kali menggerakkan bola dengan begitu pantas.

Tiga pemain ini berganding bahu dengan begitu mantap dan sering menjaringkan gol yang padu, seperti yang ditunjukkan oleh Federico Chiesa ketika menentang Sepanyol, dan juga Lorenzo Insigne ketika menentang Belgium – antara dua contoh yang diingati.

Berbeza dengan pasukan lain, tiada penjaring yang boleh dijangka daripada pasukan ini. Tahu-tahu pemain tu jaringkan gol.

Itu dari segi serangan.

Dari segi bertahan pula, Itali memiliki dua pertahanan tengah terbaik dunia – Giorgio Chiellini dan juga Leonardo Bonucci. Gandingan dua pertahanan veteran ini sudah kerap kali mengecewakan penyerang lawan, ditambah pula dengan ketangkasan penjaga gol yang semakin meningkat naik, Gianluigi Donnarumma yang cukup kebal.

Setakat ini, Donnarumma baru melepaskan tiga gol, ketika menentang Austria, Belgium dan Sepanyol. Jadi, Harry Kane dan Encik Raheem Sterling bakal berdepan satu tugas yang cukup sukar pada malam esok.

Penjaga Gol Terbaik

Rasanya Kevin De Bruyne masih lagi terbayang-bayang dan berfikir bagaimana Donnarumma mampu menahan rembatan padunya ketika kedua-dua pasukan bertemu tempoh hari. Pemain Manchester City itu melepaskan rembatan yang cukup padu dan laju serta melencong dengan menyasarkan penjuru gol sebagai destinasi

Ketika dia hampir meraikan gol, tiba-tiba muncul satu tangan kanan yang panjang, menepis bola dengan mudah lantas mengecewakan pemain tengah kedua terbaik dunia di belakang Jorginho tersebut.

Pada usia 22 tahun, Donnarumma boleh dikatakan seorang penjaga gol yang ‘veteran’ di mana dia telah melakukan 31 penampilan buat pasukan Itali dan bermain 215 perlawanan di Serie A bersama AC Milan.

Kehadirannya ke pasukan Itali sememangnnya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penjaga gol lagenda, Gianluigi Buffon. Ya. Donnarumma adalah Gianluigi 2.0.

Kekuatan Berpasukan

Sejak hari pertama mereka memulakan kempen Euro 2020, pemain Itali sering menyebut dan bercerita betapa rapatnya mereka sebagai satu kumpulan dan bekerja sebagai satu unit.

“Kami tak ada pemain macam Ronaldo atau Lukaku,” ujar pemain senior, Bonucci.

“Bintang kami adalah kumpulan ini.”

Pemain pertahanan tengah itu turut menyebut bahawa barisan pemain Itali yang ada pada hari ini adalah pasukan yang terbaik Azzuri pernah dia sertai. Mungkin betul juga apa yang dia cakap kerana dia sudahpun merekodkan lebih 100 caps bersama pasukan kebangsaan Itali.

Memang tak dapat dinafikan bahawa Roberto Mancini telah melakukan tugas dengan begitu baik. Pemain dilihat berseronok pada setiap minit mereka bersama dan keakraban ini diterjemahkan kepada aksi di atas padang.

Setiap pemain sentiasa bersedia untuk membantu rakan sepasukan dan mereka yang berada di bangku simpanan pula sentiasa bersedia untuk berbakti bila mereka dipanggil.

“Kami tidak takut untuk melakukan kesilapan sebab kami tahu ada kawan yang akan beri 100 peratus dan selamatkan kami,” ujar Federico Acerbi.

“Inilah yang membuatkan kami berbeza.”

Betul lah kot.

Apapun, kapten yang akan menjulang piala pada awal pagi Rabu waktu Malaysia nanti adalah Giorgio Chiellini.

Sekian.

Sumber : 90min

BACA:  Aksi Dungu Van Dijk Lawan Itali Dicemuh Warganet