Liga Super 2021: JDT 1-1 Selangor

Perlawanan sedap setiap musim di Liga Super berlangsung lagi menemukan pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak Malaysia yang mendapat jolokan King of Malaya, Selangor menentang Johor Darul Ta’zim, JDT.

JDT menjadi kuasa baru bola sepak Malaysia dan kini menjadi pasukan penanda aras baru bola sepak Malaysia dengan deretan kejuaraan sejak 8 tahun yang lalu.

Misi dan visi JDT sangat jelas apabila mahu menakluk bola sepak Asia dan sudah menjadi antara pasukan yang dikenali di benua Asia dalam perjalanan mereka untuk menjadi penakluk.

Di media sosial pertembungan JDT dan Selangor sentiasa panas walaupun 5anpa perlawanan dan pertembungan di padang sudah pasti menjadi lebih menarik.

Perlawanan ini disajikan dengan aksi yang menarik dengan permainan agresif Selangor yang mematikan pergerakan JDT.

Kegarangan Gergasi Merah menyaksikan Ifedayo Omosuyi meletakkan Selangor di depan pada minit ke-7.

Gol berpunca daripada permainan hantaran pendek Selangor dan lorongan cantik Oliver Buff disempurnakan oleh Ifedayo Omosuyi.

JDT tidak berdiam diri dan mula menunjukkan tindakbalas, lima minit kemudian Bergson Gustavo Da Silva menyamakan kedudukan melalui satu rembatan padu kako kiri.

Kedudukan kembali seimbang dan keagresifan Selangor mula mengendur dan selepas 20 minit permainan JDT mula mendapat rentak.

Baki 20 minit terakhir separuh masa pertama permainan menjadi milik JDT sepenuhnya.

Gonzalo Cabrera membazirkan peluang untuk meletakkan JDT di depan selepas sepakan penalti daripada Cabrera melewati palang dan mungkin menuju ke bulan.

Separuh masa kedua menyaksikan JDT meneruskan dominasi dan jentera tengah selangor berjaya dilumpuhkan dengan tekanan daripada JDT.

Namun dalam kelumpuhan ada juga gerakan berjaya dilakukan Selangor namun dinafikan Farizal Marlias yang sentiasa bersedia.

Berbaki 15 minit permainan JDT sekali lagi mendapat sepakan penalti dan sekali lagi sepakan penalti gagal disudahkan.

Bergson Gustavo Da Silva mengambil tanggungjawab untuk membuat sepakan namun mudah ditepis keluar oleh penjaga gol Selangor Khairul Azhan.

Menurut pengulas terlalu banyak gerakan dilakukan oleh Bergson Gustavo da Silva ketika mahu melakukan sepakan.

Selepas itu Bergson Da Silva sekali lagi terlepas peluang keemasan apabila bola jatuh ke kakinya yang tidak dikawal dan bebas.

Ketika itu gawang sudah terbuka luas dan Khairul Azhan tidak berada di posisi namun kawalan bola yang lemah dari Bergson da Silva mensia-siakan peluang.

Selangor mula mendapat dorongan untuk menyerang kembali bagi membawa pulang tiga mata.

Sepakan penjuru cantik telah diselamatkan berjaya diselamatkan dengan layangan badan dari Khairul Azhan.

Kemudian Mukhairi Ajmal hampir menjaringkan gol namun dinafikan Farizal Marlias yang berpunca dari satu serangan balas.

Khairul Azhan sekali lagi cemerlang dengan menepis keluar percubaan sekali lagi dari Leandro dan itu menjadi percubaan terakhir perlawanan

Permainan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan penjaga Selangor dan JDT menjadi watak penting menafikan tambahan gol terhasil.

BACA:  JDT Semakin Hampir Untuk Tandatangani Penjaring Terbanyak Liga Thailand Musim Lepas