Ligue 1 Akan Ubah Peraturan Demi Lionel Messi

Selepas 21 tahun akhirnya jodoh Lionel Messi dengan Barcelona menemukan titik penamat, dan pemain terbaik dunia ini digembar-gemburkan bakal menyertai gergasi Ligue 1, Pasir Saint Germain dengan tawaran kontrak permulaan selama dua tahun bernilai €25 juta setahun.

Terdahulu, Barcelona tidak dapat mendaftarkan Messi sebagai pemain mereka untuk musim baharu kerana masalah kewangan yang meruncing dengan kelab tersebut mempunyai jumlah hutang yang mencecah nilai €1 billion.

Tambahan pula, menerusi La Liga Economic Control Policy yang mula diperkenalkan sejak 2013, pentadbir La Liga telah menetapkan had perbelanjaan setiap kelab untuk setiap musim, dan had ini hadir daripada jumlah keuntungan kelab pada musim sebelumnya.

Had perbelanjaan ini termasuklah gaji pemain dan staf kejurulatihan skuad utama, dan juga perbelanjaan untuk membiayai pemain, jurulatih pasukan simpanan, serta akademi kelab.

Pada musim baharu nanti, had yang dibenarkan buat Barcelona adalah €382 juta, jauh ketinggalan di belakang seteru utama mereka, Real Madrid yang mendapat had perbelanjaan sebanyak €420 juta.

Ada cakap-cakap belakang di benua Eropah yang mengatakan bahawa Messi akan memakai jersi bernombor 19 di kelab ibu kota Perancis tersebut, selepas dengan sopannya menolak tawaran jersi bernombor 10 yang dipakai rakan karibnya yang juga bekas rakan sepasukan di Barcelona, Neymar Jr.

Tetapi menurut MARCA, PSG kini dikatakan menawarkan Messi jersi bernombor 30 dan nombor ini kemungkinan besarnya akan dipersetujui oleh lagenda yang memenangi Ballon d’Or sebanyak enam kali tersebut.

Ada sebab yang emosional kenapa nombor ini ditawarkan.

Ketika dia masih di zaman pensabunan di La Masia, Messi melakukan debut buat La Blaugrana dengan memakai jersi bernombor 30, sebelum bertukar kepada nombor 19 pada tahun 2006, dan kemudiannya menjadikan nombor 10 miliknya apabila Ronaldinho meninggalkan Nou Camp dua tahun kemudian.

Walaubagaimanapun, Peraturan Ligue 1 sebelum ini menentapkan bahawa nombor 30 mestilah dipakai oleh penjaga gol simpanan tetapi badan penganjur liga tersebut dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengubah peraturan minor ini demi membolehkan pemain terbaik dunia sepanjang zaman untuk mengenakan nombor tersebut.

Penjaga gol terbaik dunia buat masa ini, Gianluigi Donnarumma, yang turut menyertai PSG menerusi perpindahan percuma pada musim panas ini, telah memilih untuk memakai jersi bernombor 50 kerana dia tidak dibenarkan memakai jersi bernombor 99 – nombor yang digunakannya di AC Milan.

Begitu juga Mario Balotelli yang terpaksa memakai nombor 9 untuk Marseille dan Nice kerana nombor 45 tidak dibenarkan.

“Nombor 1, 16 dan 30 adalah secara ekslusifnya untuk penjaga gol,” peraturan LFP perkara 670 menyebut.

“Akhir sekali, nombor 40 boleh digunakan. Kesemua pasukan mestilah mempunyai jersi bernombor 33 yang tidak diberikan kepada mana-mana pemain dan simpanan, untuk penggantian pemain yang sentiasa dibuka. ”

Manakala di Nou Camp pula, ada segelintir pihak di kalangan penyokong dan pemerhati yang mahukan Barcelona mempencenkan jersi bernombor 10 di kelab tersebut, sebagai penghormatan buat Messi.

Walaubagaimanapun, seorang lagi lagenda kelab, Ronald de Boer percaya nombor tersebut perlu diberikan kepada pemain muda yang berinsipirasi ingin menjadi pemain yang bagus seperti Messi.

Bercakap kepada talkSPORT, De Boer berkata;

“Dah tentu kita dah lalui benda ni dengan nombor 14 milik Johan Cruyff (di Ajax).

“Dengan cara lain, tak, kau memang kena selalu bermimpi untuk menjadi sebagus Messi. Aku rasa nombor 10 tu perlu digunakan, bukannya kita letak kat satu tempat lepas tu tiada orang boleh sentuh dah.

“Maksud aku, Messi ialah Messi…bila aku fikir balik, semuanya kerana skill bola sepak dia, bukan nombor jersi.

“Cuba la bagi ke pemain muda yang nak jadi sebagus Messi.”

Betul juga kata de Boer ni.

Lagipun pemain tu pindah ke kelab lain, bukannya bersara di kelab tu. Kalau tidak, dah lama pasukan Kelantan pencenkan jersi nombor 16 sebagai tanda ingatan kepada kapten kelab yang paling banyak merangkul kejuaraan pasukan mereka, kan?

Sumber : SB

BACA:  Lionel Messi Anggap Emi Martinez Penjaga Gol Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak