David de Gea telah diketepikan daripada skuad bayangan 55 pemain Sepanyol untuk Piala Dunia musim sejuk ini, menurut laporan di Sepanyol.
Pemain berusia 31 tahun itu, yang dengan tegas meletakkan kedudukannya sebagai penjaga gol pilihan utama Manchester United musim ini dengan 16 penampilan dalam semua pertandingan.
Sejak musim lalu lagi De Gea mendapatkan semula prestasi terbaiknya, membuatkan Dean Henderson terpaksa akur dan mencari tempat dalam kesebelasan utama di pasukan lain.
Pada musim ini De Gea meneruskan kecemerlangannya. Namun itu masih belum cukup untuk meyakinkan bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique untuk menyenaraikannya dalam senarai pasukan utama.
Bahkan De Gea gagal dalam tapisan 55 pemain akhir yang menyaksikan ada lima penjaga gol disenaraikan.
De Gea dikatakan kehilangan terbesar daripada skuad 23 pemain Sepanyol yang diumumkan untuk menentang Albania dan Iceland.
A reminder… Luis Enrique thinks there are five better Spanish keepers than David de Gea 👀 pic.twitter.com/AMWyr9fYyP
— Ben Jacobs (@JacobsBen) October 30, 2022
Penjaga gol jenis sweeper keeper Brentford, David Raya, yang terkenal dengan kemampuan hantarannya, telah dianugerahkan panggilan antarabangsa pertamanya.
Enrique membawa masuk David Raya dan meninggalkan De Gea pada ketika itu.
“Ia adalah sebahagian daripada scouting yang kami lakukan bersama penjaga gol,” kata Enrique sambil menjelaskan keputusannya untuk membawa masuk Raya.
“Dia seorang pemain yang bermain dengan sangat baik. Saya benar-benar mahu melihatnya dalam konteks pemilihan. Dia mempunyai profil yang diperlukan untuk bermain dengan kami.”
Boleh dikatakan De Gea tidak sesuai dengan gaya permainan Enrique. Pemain Sepanyol itu, pada masa lalu, telah dikritik kerana keupayaan hantaran yang lemah dan teragak-agak dalam penguasaan bola.
Dan nampaknya bekas penjaga gol Atletico Madrid itu telah diabaikan sekali lagi, menurut penerbitan Sepanyol AS, yang mencadangkan Enrique menyisihkan De Gea kerana faktor taktikal sekali lagi.
AS turut mendakwa David Raya dari Brentford akan mendapat tempat duduk di dalam pesawat bersama pemain Athletic Bilbao, Unai Simon dan pemain Brighton, Robert Sanchez, yang telah bermain dalam setiap perlawanan Liga Perdana musim ini.
Tiga nama di atas dijangka terbang ke Qatar, manakala Kepa Arrizabalaga dari Chelsea dan pemain Getafe, David Soria telah dipilih sebagai senarai menunggu.
Ketiadaan De Gea tidak akan mengejutkan sesetengah pihak. Pemain berusia 31 tahun itu tidak membuat permulaan pasukan utama untuk Sepanyol sejak 2020, apabila dia bermain selama 90 minit penuh dalam kekalahan 1-0 mereka kepada Ukraine.
Dan semasa perlawanan Liga Negara-Negara itu, dia membuat kesilapan penting untuk menyerahkan gol kemenangan kepada Ukraine.
Sejak itu De Gea terus tersisih dan tidak mendapat tempat dalam skuad Sepanyol termasuk di bangku simpanan sekalipun.
Pada bulan Jun, selepas De Gea sekali lagi diketepikan daripada skuad Liga Negara-Negara Eropah mereka, Luis Enrique membuat kenyataan paling berani setakat ini mengenai situasi penjaga gol Sepanyol.
Selepas memuji pemain Athletic Bilbao, Unai Simon dan keupayaan penjaga gol itu di udara serta ketenangan penjaga gol tersebut membuatkannya sangat tenang.
Dia memberikan komen tersebut ketika mengulas tentang kemasukan David Raya dan Robert Sanchez, dengan berkata: “Saya memerlukan penjaga gol yang menyampaikan kedamaian dan ketenangan kepada saya.”
“Itu tidak bermakna mereka tidak akan melakukan kesilapan, kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak. Apa yang mereka hasilkan saya sangat suka.”
Walaupun harus diakui De Gea bukan ball playing keeper seblum ini, namun aksinya dengan Man United semakin meningkat untuk sistem itu.
Sum up David de Gea's performance in one word… 👏#MUNWHU pic.twitter.com/VxrBUSBqOw
— Premier League (@premierleague) October 30, 2022
Jadi agak tidak masuk akal untuk De Gea tidak diberikan peluang untuk berada dalam sekurang kurangnya 5 senarai akhir untuk penjaga gol.
Dalam aksi berdepan West Ham, Ten Hag menghamburkan pujian sepenuhnya kepada De Gea dengan memuji ketenangan pemain itu yang lebih menonjol dalam sistem sweeper keeper.
Fighting together. Winning together 🔴 pic.twitter.com/60gjaDKUPn
— David de Gea (@D_DeGea) October 30, 2022
Apa yang pasti De Gea menghantar mesej jelas bahawa Enrique mungkin akan membuat kesilapan besar meninggalkan namanya daripada senarai pemain yang naik pesawat ke Qatar.
Watch De De Gea’s outstanding performance against West Ham 🤩#MUFC pic.twitter.com/wUvI9gwkl3
— Nana Kwesi Eshun (@_NanaCwesi_) October 30, 2022