Lima Pengajaran Diperoleh Dari Kemenangan United

Bruno Fernandes, Anthony Martial dan Mason Greenwood semuanya menjaringkan gol untuk Manchester United ketika mereka menewaskan Watford 3-0 di Old Trafford

Bruno Fernandes menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu menerusi sepakan penalti selepas dijatuhkan oleh penjaga gol Hornets, Ben Foster.

Anthony Martial menggandakan kedudukan pada minit ke-58 dengan satu gol lob yang sungguh manis dan indah.

Dengan jaringan ini Martial telah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan untuk Setan Merah. Makin boleh diharap.

Mason Greenwood menjaringkan gol ketiga melalui satu gerakan solo dari tengah sebelum bermain satu dua dengan Bruno Fernandes.

Bola yang dikembalikan oleh Bruno Fernandes disudahkan oleh Greenwood dengan satu rembatan padu ke penjuru kiri gawang.

Manchester United telah berjaya menewaskan Watford tiga gol tanpa balas di Old Trafford dan merapatkan kedudukan dengan Chelsea untuk perebutan slot ke Champions League.

Hasil dari kemenangan United awal pagi tadi marilah kita bersama berkongsi ibrah di atas kemenangan pasukan Manchester United yang mungkin boleh dijadikan pengajaran hidup kita.

Ibrah tu bukanlah Ibrahimovic tetapi Ibrah adalah iktibar atau pengajaran. Kata ibrah (عبرة) berasal dari `abara – ya`buru – `abratan wa `ibratan yang pada asalnya berarti menyeberang dari satu tepi suangai ke tepi yang lain yang ada di seberangnya.

Berikut adalah lima pengajaran yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup kita.

1. Solskjaer Menunjukkan Sisi Kejam Beliau

Ole Gunnar Solskjaer menunjukkan beliau tidak takut membuat keputusan besar sebelum perlawanan itu, Ole telah mengetepikan Andreas Pereira dan Jesse Lingard dari skuad 18 pemain United.

Kedua-dua pemain itu telah bergelut untuk mendapatkan prestasi mereka kembali dan mengatasi banyak kelemahan mereka sepanjang musim ini, malah mereka tidak dipilih walaupun mereka berdua fit.

“Kami memilih skuad 18 yang kami rasa adalah  18 yang terbaik di sini,”

kata pengurus dari Norway itu.

“Di bangku simpanan kami ada pemain untuk setiap posisi seperti pemain penyerang, pemain tengah,penjaga gol dan pemain pertahanan itulah keputusan yang saya sudah fikirkan”.

2. Fernandes Senjata Terhebat

Walaupun sekadar berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, Bruno Fernandes pasti akan berasa lega serta berbangga apabila beliau berjaya untuk mencetak gol pertamanya untuk pasukan Manchester United.

Apa yang lebih menarik adalah, penalti itu hadir dari gerakkan beliau sendiri. beliau yang sedang berlari laju mengejar bola hantaran dari Daniel James telah dijatuhkan oleh penjaga gawang Watfors, Ben Foster.

Bruno berjaya menjaringkan gol hasil dari sepakan itu dengan penuh keghairahan dihadapan penyokong setan merah sendiri. Beliau berjaya memperdaya Ben Foster yang gagal membaca arah bolanya yang cantik masuk menerjah jaring.

Dan dia mengakhiri aksi yang mengagumkan dengan memberi bantuan gol kepada Mason Greenwood yang dengan cantik menjaringkan gol untuk menjadikannya 3-0.

Sebelum tiba di Old Trafford, Fernandes telah menjaringkan 48 gol sejak permulaan musim lalu dan setan merah pasti mengharap Fernandea bakal melakukan hal yang sama di United dan jaringan ini adalah jaringan pembukaan untuk beliau.

3. VAR menyelamatkan James ‘blushes

Daniel James berasa lega yang teramat sangat lega berbanding pemain lain apabila VAR telah membatalkan gol jaringan Troy Deeney untuk Watford.

James teragak-agak di tepi kotak penati memilih untuk mengeluarkan bola atau tidak dan penyerang Watford mengambil kesempatan itu untuk menggasak kubu United lalu menjaya menjaringkan gol menerusi Troy Deeney.

Tetapi replay menunjukkan bola telah terkena lengan Craig Dawson terlebih dahulu sebelum disudahi dengan jaringan oleh Deeney. Selepas pemeriksaan VAR gol itu telah dibatalkan.

Satu kelegaan yang nyata melegakan United dan pemain mereka.

4. Martial Lambang Kejayaan

Jika pada mulanya anda tidak berjaya, atau anda sering dipandang rendah atau apa saja senario yang tidak baik berlaku dalam kehidupan seharian anda. Jadikanlah Martial sebagai sumber inspirasi untuk anda.

Anthony Martial menganggap peluang untuk beliau bersinar di dalam perlawanan ini sudah hilang apabila percubaannya untuk menjaringkan gol telah digagalkan oleh Ben Foster.

Tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan beliau yang tidak berputus asa, beliau akhirnya berjaya menjaringkan satu gol yang cukup cantik, cukup lawa dan cukup mengagumkan.

Beliau menjaringkan gol dari satu sudut yang sukar sebenarnya. Tetapi beliau dengan tenang dan bersahaja mampu untuk menyempurnakan peluang itu.

Ole Gunnar Solskjaer memerlukan Martial untuk menggantikan ketiadaan Marcus Rashford dan beliau telah membalas dengan tiga gol dalam tiga penampilan terakhirnya terhadap Chelsea, Club Brugge dan kini Watford.

2. Mason Greenwood remaja paling bernafsu

Greenwood mencetak satu lagi gol dalam perlawanan ini. Beliau menerima bola daripada daripada Bruno Fernandes dan melakukan rembatan padu ke sudut yang sukar untuk di gapai oleh Pickford.

Greenwood kini berjaya menjaringkan 11 gol musim ini. Pemain remaja paling banyak gol setakat ini.

Ini lah lima pengajaran dan pembelajaran yang dapat kita ambil hasil dari kemenangan United pada lewat malam semalam.

BACA:  Manchester United Mara Ke Separuh Akhir