Lindelof Bagaikan Bermimpi Dapat Bermain Dengan Manchester United, Sasar Tempat Kedua

Pemain pertahanan Manchester United, Victor Lindelof berkata beliau bagaikan sedang bermimpi kerana berpeluang bermain bersama kelab impiannya sambil menambah beliau berusaha dengan sangat keras untuk menambat hati Jose Mourinho.

Pemain pertahanan berusia 23 tahun ini merupakan pemain yang dibawa masuk pada musim panas lalu dari Benfica selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama kelab dari Portugal itu musim lepas. Beliau tiba di Old Trafford bersama beberapa nama besar seperti Romelu Lukaku dan Nemanja Matic.

Mula mempamerkan bisanya yang sebenar bersama United

Tidak seperti Lukaku dan Matic yang sentiasa mendapat kepercayaan Mourinho untuk membarisi kesebelasan utama, Lindelof bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya pada awal musim dengan Mourinho lebih gemar menggunakan khidmat Chris Smalling, Phil Jones dan Eric Bailly di posis pertahanan tengah.

Keadaan menjadi bertambah baik buat Lindelof pada bulan Februari dengan Mourinho mula meletakkan kepercayaan terhadap pemain antarabangsa Sweden untuk membarisi kesebelasan utama.

Mourinho telah meletakkan Lindelof dalam kesebelasan utama dalam 3 perlawanan terakhir United dimana aksinya ketika perlawanan Chelsea tempoh hari telah mendapat pujian ramai. Beliau juga terlibat ketika United mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan di Sevilla dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara dua minggu yang lalu.

Morata masih lagi berada dalam kocek Lindelof sehingga ke hari ini

2 ‘clean sheets’ dari 3 perlawanan terakhir United menunjukkan Mourinho mula mempercayai keupayaan Lindelof untuk membarisi kesebelasan utama pasukan. Mourinho juga pernah mempertahankan Lindelof pada awal musim ini ketika pihak media mengkritik persembahan Lindelof ditambah pula pemain ini dibeli dengan harga yang agak mahal.

Ketika bercakap kepada Skysports menjelang pertemuan menentang Crystal Palace awal pagi Selasa, Lindelof berkata bermain untuk Manchester United adalah impiannya sejak kecil lagi.

“Datang ke sini dan bermain untuk kelab hebat ini merupakan impian saya sejak kecil lagi. Saya menikmati setiap saat berada di Manchester United. Saya bangun setiap hari dengan gembira kerana dapat melakukan perkara yang saya sangat cintai. Walaupun demikian, saya enggan berasa terlalu selesa dan saya berusaha keras setiap hari.”

“Saya berikan yang terbaik setiap hari, bekerja keras dan menjadi lebih baik. Apabila saya diberikan peluang untuk bermain, saya cuba membantu pasukan sebaik mungkin. Saya sangat gembira dapat bermain di Old Trafford.”

Tahniah Lindelof, anda pemandu bas yang cekap

“Kami mempunyai pemain berkelas dunia di setiap posisi dan ia merupakan perkara yang penting untuk dimiliki. Manchester United merupakan antara kelab terbesar di dunia, jadi sudah pasti kami mempunyai pemain berkelas dunia pada setiap posisi.”

Permulaan karier Lindelof bersama Red Devils tidak berlangsung dengan baik dan beliau berada dalam kesebelasan utama ketika United tersingkir dari saingan Piala Carabao kepada Bristol City sebelum Krismas tahun lepas.

“Setiap perlawanan di England adalah sukar. Setiap pasukan akan bekerja keras dan berjuang selama 90 minit untuk mendapatkan 3 mata yang berharga”

“Dan itu membuatkan Liga Perdana Inggeris  antara liga yang terbaik. Ia jelas berbeza dengan apa yang saya alami di Portugal pada masa lepas, dimana kami hanya mempunyai beberapa perlawanan besar sepanjang musim.”

BACA:  11 Pemain United Nak Berambus Sebab Tertekan Dengan Rangnick 'Kekebalan' Ronaldo