Lionel Messi Dahului Senarai 15 Pemain Pilihan Untuk Memenangi Ballon d’Or Tahun Ini

Lagenda Barcelona, Lionel Messi kini menjadi calon utama untuk memenangi anugerah pemain terbaik dunia Ballon d’Or pada tahun ini, dengan disaing rapat oleh penyerang England, Harry Kane dan juga pemain tengah Itali Jorginho, selepas tambil cemerlang dalam membawa cabaran Argentina menjuarai Copa America pada tahun ini.

Messi dijulang rakan sepasukan selepas mengetuai pasukannya muncul juara

Bagi yang belum tahu, Ballon d’Or adalah satu anugerah pemain terbaik dunia yang tertua di dunia ini selepas majalah bola sepak Perancis, France Football, mula memperkenalkannya pada tahun 1956, dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Anugerah ini diilhamkan oleh penulis Gabrial Hanot yang mengiktiraf pemain terbaik pada musim sebelumnya, berdasarkan undian daripada wartawan bola sepak.

Asalnya anugerah ini hanya diberikan kepada pemain Eropah sahaja dan lebih dikenali sebagai Anugerah Pemain Terbaik Eropah, dan pada tahun 1995, anugerah ini mula mengiktiraf pemain terbaik yang berasal dari benua lain di seluruh dunia. Selepas tahun 2007, para jurulatih dan ketua pasukan pasukan kebangsaan diberi penghormatan untuk memberikan undian mereka dalam menentukan siapa pemain terbaik pilihan.

Sekitar tahun 2010 sehingga 2015, anugerah ini digabungkan dengan Anugerah Pemain Terbaik Tahunan FIFA – yang hanya mula diperkenalkan pada tahun 1991, dan dikenali sebagai FIFA Ballon d’Or.

Berbalik kepada cerita Messi.

Kalau ikutkan, Messi boleh dikatakan sebagai nama tetap setiap tahun yang akan termasuk dalam senarai pendek, bersama-sama dengan kawan baiknya, Cristiano Ronaldo.

Pada musim lalu, meskipun Messi gagal membawa Barcelona menjuarai La Liga atau Liga Juara-Juara, dia tetap berjaya muncul penjaring terbanyak di La Liga dengan 30 gol, mengatasi jumlah jaringan daripada pesaingnya dari Real Madrid, Karim Benzema.

Prestasi cemerlang ini terus dibawa bersama ke pentas Copa America di Brazil di mana dia telah membantu pasukan kebangsaaan Argentina untuk menjuarai kejohanan tertinggi di Amerika Selatan ini buat kali pertama sejak tahun 1993, dan juga muncul penjaring terbanyak dan pemain terbaik kejohanan.

Kejuaraan ini juga merupakan piala utama yang pertama buat Messi di dalam jersi Argentina, selepas empat kali tewas dalam perlawanan akhir sebelum ini – tiga kali dalam Copa Amerika dan juga ketika tewas 0-1 kepada Jerman dalam Piala Dunia 2014.

Lagipula, laman-laman sesawang judi juga meletakkan kapten Argentina ini sebagai calon utama untuk memenangi Ballon d’Or buat kali ketujuh sepanjang kariernya, sekaligus memegang rekod pemenang Ballon d’Or paling banyak.

Walaubagaimanapun, prestasi cemerlang pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante tidak dapat dipandang enteng dalam pencalonan ini. Kante membantu Chelsea menamatkan saingan liga di tangga ketiga di belakang dua kelab Manchester, dan pastinya kejayaan terbesar Kante musim lalu adalah ketika dia dan rakan sepasukannya menjulang Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Manchester City.

Akan tetapi, kerana pasukan Perancis telah tersingkir awal, pemain pilihan dari Chelsea telah beralih kepada pemain tengah Itali, Jorginho.

Jorginho bakal turun berentap menentang pasukan England untuk menentukan kejuaraan tertinggi di Eropah pada tahun ini. Bersama Azzuri dalam kempen Euro tahun ini, dia telah diturunkan dalam setiap perlawanan dan tampil beraksi seperti yang diharapkan oleh jurulatih dan juga para penyokong.

Selain itu, penyerang England, si Harry Kane, turut menjadi pilihan utama laman sesawang judi tersebut. Kane tersenarai selepas dia menunjukkan bisanya dengan menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris, meskipun pasukannya tersungkur ke tangga ketujuh liga. Pada masa yang sama, dia juga mendahului carta assist liga pada musim lalu.

Dalam kempen Euro, Kane ternyata menggunakan enjin diesel tahun 90-an kerana dia hanya mula menjaringkan gol dalam perlawanan keempat England, ketika menentang Jerman. Jika dia menjadi kapten yang menjulang piala pada tahun ini, peluang untuk dianugerahkan Ballon d’Or juga sangat tinggi.

Apapun, berikut adalah senarai 15 pemain yang menjadi pilihan utama laman judi tu.

15 – Serge Gnabry (Bayern Munich/Jerman)

14 – Mason Mount (Chelsea/England)

13 – Erling Haaland (Borussia Dortmund/Norway)

12 – Phil Foden (Manchester City/England)

11 – Ciro Immobile (Lazio/Itali)

10 – Romelu Lukaku (Inter Milan/Belgium)

9 – Kevin De Bruyne (Manchester City/Belgium)

8 – Encik Raheem Sterling (Manchester City/England)

7 – Neymar (Paris Saint Germain/Brazil)

6 – Cristiano Ronaldo (Juventus/Portugal)

5 – Kylian Mbappe (Paris Saint Germain/Perancis)

4 – Robert Lewandoswki (Bayern Munich/Poland)

3 – N’Golo Kante (Chelsea/Perancis)

2 – Harry Kane (Tottenhem Hotspur/England)

1 – Lionel Messi (Barcelona/Argentina)

Maaf, tiada nama pemain dari kelab yang katanya power – Liverpool dan Manchester United. Juga tiada pemain dari Malaysia.

Sejak tahun 2008, Cristiano Ronaldo dan Leo Messi bergilir-gilir menggondol anugerah ini walaupun kalau ikutkan pasukan yang mereka wakili tidaklah cemerlang sangat – sama ada kelab atau negara. Namun pada tahun 2018, kedua-dua pemain ini ditewaskan oleh pemain Croatia, Luca Modric yang membantu membawa negaranya muncul sebagai naib juara dunia.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2019, Messi kembali mendapatkan anugerah berprestij ini.

Berikut adalah senarai pemenang Ballon d’Or dari anugerah pertama, sehingga sebelum kemunculan dua makhluk asing – Ronaldo dan Messi – ke dalam arena bola sepak dunia.

1956 – Stanley Matthews (Blackpool)

1957 – Alfredo Di Stefano (Real Madrid)

1958 – Raymond Kopa (Real Madrid)

1959 – Alfredo Di Stefano (Real Madrid)

1960 – Luis Suarez (Barcelona)

1961 – Omar Sivori (Juventus)

1962 – Josef Masopust (Dukla Prague)

1963 – Lev Yashin (Dynamo Moscow)

1964 – Denis Law (Manchester United)

1965 – Eusebio (Benfica)

1966 – Bobby Charlton (Manchester United)

1967 – Florian Albert (Ferencvaros)

1968 – George Best (Manchester United)

1969 – Gianni Rivera (AC Milan)

1970 – Gerd Muller (Bayern Munich)

1971 – Johan Cruyff (Ajax)

1972 – Franz Beckenbauer (Bayern Munich)

1973 – Johan Cruyff (Barcelona)

1974 – Johan Cruyff (Barcelona)

1975 – Oleg Blokhin (Dynamo Kyiv)

1976 – Franz Beckenbauer (Bayern Munich)

1977 – Allan Simonsen (Borussia Monchengladbach)

1978 – Kevin Keegan (Hamburg)

1979 – Kevin Keegan (Hamburg)

1980 – Karl-Heinz Rummenigge (Bayern Munich)

1981 – Karl-Heinz Rummenigge (Bayern Munich)

1982 – Paolo Rossi (Juventus)

1983 – Michel Platini (Juventus)

1984 – Michel Platini (Juventus)

1985 – Michel Platini (Juventus)

1986 – Igor Belanov (Dynamo Kyiv)

1987 – Ruud Gullit (AC Milan)

1988 – Marco van Basten (AC Milan)

1989 – Marco van Basten (AC Milan)

1990 – Lothar Matthaus (Internazionale)

1991 – Jean-Pierre Papin (Marseille)

1992 – Marco van Basten (AC Milan)

1993 – Roberto Baggio (Juventus)

1994 – Hristo Stoichkov (Barcelona)

1995 – George Weah (AC Milan)

1996 – Matthias Sammer (Borussia Dortmund)

1997 – Ronaldo (Internazionale)

1998 – Zinedine Zidane (Juventus)

1999 – Rivaldo (Barcelona)

2000 – Luis Figo (Real Madrid)

2001 – Michael Owen (Liverpool)

2002 – Ronaldo (Real Madrid)

2003 – Pavel Nedved (Juventus)

2004 – Andriy Shevchenko (AC Milan)

2005 – Ronaldinho (Barcelona)

2006 – Fabio Cannavaro (Real Madrid)

2007 – Kaka (Milan)

Sumber : SB, Wiki, Sportstar

BACA:  Lelaki Ini Terajang TV Sebab Bengang Jorginho Berada Di Kelompok Tiga Teratas Pemenang Ballon D'or 2021