Lionel Messi Menjaringkan Gol Yang Sungguh Luar Biasa Dasyat Bertemu RC Lens

Lionel Messi berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk Paris Saint Germain ketika beraksi bertemu RC Lens dalam aksi saingan Ligue 1 awal pagi tadi.

Jaringan beliau itu berjaya membantu PSG untuk mendahului perlawanan dan walaupun pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan namun gol Messi sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan Ligue 1 menjadi milik mereka musim ini.

PSG turun dalam perlawanan ini dengan mereka sedang menunggu masa sahaja untuk dinobatkan sebagai Juara saingan Ligue 1 musim ini.

Perpindahan Messi menyertai Paris Saint Germain sebelum ini dianggap satu hal yang gagal dan beliau jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada musim ini.

Walau beliau sedang tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, Messi berjaya menunjukkan kebijaksanaan dan kemampuan beliau menjaringkan gol cantik ketika aksi bertemu RC Lens.

Para pemain Paris Saint Germain dilihat bergelut untuk menguji gawang gol RC Lens dengan pasukan pelawat turut bermain dengan sangat cemerlang sepanjang perlawanan tersebut.

Selepas berkali-kali usaha mereka gagal, bintang Argentina itu muncul menjadi wira dengan beliau cemerlang meledak gol super padu untuk merobek gawang gol RC Lens.

Beliau menerima bola hantaran Neymar di luar kotak penalti dengan Messi dilihat melakukan satu sentuhan sebelum melepaskan rembatan lencong padu untuk menewaskan penjaga gol lawan, Jean-Louis Leca.

Harus diakui yang gol jaringan beliau itu sememangnya cantik dan peminat yang berada di stadium turut terpukau dan terpesona melihat bola itu menerjah jaring gawang gol pasukan pelawat.

Lihat saja bagaimana Lionel Messi meraikan gol tersebut dan beliau sendiri jelas sekali sangat berpuas hati dengan kualiti gol tersebut.

Melihat Messi menjaringkan gol, ramai yang mula membangkitkan isu berkait berapa nilai ganjaran yang Messi terima untuk setiap gol jaringan beliau dalam saingan Premier League.

Messi sebelum ini menerima €30 juta untuk tiga gol yang beliau jaringkan, dan ia bererti setiap satu gol jaringannya bernilai €10 juta.

Kini beliau sudah berjaya menjaringkan empat gol dalam saingan Ligue 1 bermakna PSG perlu menyediakan €40 juta untuk dibayar kepada Messi.

Berapa Messi terima untuk setiap golnya dalam saingan Ligue 1

Nilai yang Paris Saint Germain bayar untuk setiap gol yang dijaringkan oleh Lionel Messi jelas sekali mengejutkan peminat seluruh dunia.

Media Perancis baru-baru ini tampil mendedahkan berapa nilai sebenarnya yang PSG bayar untuk setiap gol yang Lionel Messi jaringkan dalam saingan Ligue 1.

Laporan tersebut menjelaskan yang PSG membayar €10 juta kepada Lionel Messi untuk setiap satu gol yang mampu beliau jaringkan dalam saingan Ligue 1.

Bintang berusia 34 tahun itu menandatangani perjanjian bersama PSG pada musim panas lalu menerusi perjanjian perpindahan percuma.

Beliau terpaksa meninggalkan Nou Camp selepas Barcelona tak lagi mampu untuk mendaftarkan beliau atas masalah melibatkan struktur pembayaran gaji.

Memandangkan Messi tak boleh menandatangani kontrak baru, maka PSG segera melakukan rundingan dan menawarkan kontrak yang sungguh luar biasa lumayan untuk mendapatkan bintang Argentina itu.

Satu-satunya Piala yang benar-benar diimpikan oleh Paris Saint Germain adalah Champions League dan mereka melaburkan banyak duit hanya untuk mencapai sasaran menjuarai pertandingan terbesar Eropah itu.

Penandatanganan Messi jelas sekali membangkitkan semangat mereka untuk berjuang mendapatkan Piala telinga capang itu.

Lionel Messi juga turut berjaya memenangi anugerah Ballon D’or ketujuh peribadinya ketika bersama PSG atas kecemerlangan beliau bersama Barcelona dan skuad kebangsaan Argentina pada musim sebelumnya.

Kem PSG sendiri jelas sekali sangat berharap agar Messi akan terus konsisten dan membantu mereka menjulang gelaran Champions League musim ini selepas kejayaan beliau memenangi anugerah Ballon D’or itu.

Walau bagaimanapun, Messi gagal untuk mempamerkan rentak persembahan terbaiknya bersama PSG, dengan beliau hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja dari 21 penampilan dalam saingan liga.

Berapa PSG bayar untuk setiap satu gol yang dijaringkan oleh Messi?

Selepas pelbagai kritikan yang dilemparkan kepada bintang Argentina itu kerana kegagalan beliau menjaringkan banyak gol, L’Equipe baru-baru ini tampil mendedahkan berapa yang Messi terima walau beliau sekadar mampu menjaringkan tiga gol sahaja.

Laporan tersebut mendakwa yang Messi menerima €30 juta untuk kesemua tiga gol yang mampu beliau jaringkan dalam saingan Ligue 1 dan ia menunjukkan yang beliau sebenarnya ditawarkan €10 juta untuk setiap satu gol yang berjaya beliau jaringkan dalam saingan Ligue 1.

Walau tidak mampu menjaringkan gol yang banyak, namun Messi tetap cemerlang membantu kelab dari segi bantuan jaringan.

Beliau berjaya mencatatkan 13 assists dalam saingan Ligue 1 pada musim ini, dengan skuad kendalian Mauricio Pochettino itu sepertinya bakal sekali lagi menjulang gelaran Ligue 1 pada musim ini.

Tujuan utama Lionel Messi ditandatangani oleh Paris Saint Germain adalah kerana pihak kelab sangat berharap beliau akan membantu kelab menjuarai saingan Champions League pertama dalam sejarah kelab.

Walau bagaimanapun, Messi gagal untuk melakukan hal tersebut dan kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti menjadi punca PSG tersingkir di pusingan 16 terbaik selepas tewas di tangan Real Madrid.

Messi dan sahabatnya, Neymar teruk kena boo dengan penyokong sendiri selepas tersingkirnya PSG dari saingan Champions League musim ini.

Selepas Kylian Mbappe dua kali meledak gol dalam aksi kedua-dua leg untuk PSG mendahului 2-0, gergasi Ligue 1 itu sepertinya sudah hampir pasti untuk layak ke peringkat suku akhir.

Apa yang perlu mereka lakukan adalah bertahan untuk tempoh 45 minit terakhir ketika beraksi di Santiago Bernabeu.

Walau bagaimanapun, PSG gagal untuk bertahan dan membenarkan Karim Benzema mencatatkan hat-trick dalam tempoh 18 minit untuk membantu Real Madrid menyingkirkan anak-anak buah Mauricio Pochettino itu.

Terbaru, menurut sumber laporan dari Mundo Deportivo, pemain kebangsaan Argentina itu sudah bersedia untuk akur dengan kontraknya di Perancis yang mana ia akan tamat pada musim panas akan datang.

Walau bagaimanapun, Messi dikatakan tidak berharap yang beliau akan mampu membantu PSG untuk menjulang gelaran Champions League pertama kelab pada musim hadapan.

PSG sudah beberapa kali mencuba untuk memenangi gelaran paling berprestij di pentas bola sepak Eropah itu, namun usaha mereka tak pernah membuahkan hasil.

Paling hampir adalah ketika kejayaan mereka layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League pada tahun 2020 yang lalu, namun PSG pada ketika itu terpaksa akur tewas di tangan Bayern Munich.

Musim ini, selepas mengharungi jendela perpindahan yang sungguh luar biasa menakjubkan, PSG sekali lagi gagal untuk menjulang gelaran Eropah itu.

Tidak pasti apa lagi yang harus dilakukan oleh PSG untuk mendapatkan gelaran Champions League pertama mereka, satu hal yang pasti pimpinan kelab sudah merancang sesuatu menjelang bermulanya musim baharu nanti.

Sumber: GMS

BACA:Β  Bekas Pemain Liverpool Dakwa Salah Mampu Tewaskan Messi Untuk Rangkul Ballon d'Or