Lionel Messi Namakan Empat Pencabar Terdekatnya Untuk Memenangi Anugerah Ballon D’or

Lionel Messi telah mendedahkan empat Pencabar utamanya untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun 2021 ini.

Dua dari empat pemain yang bintang Argentina itu pilih sebagai pencabar utama beliau itu adalah rakan sepasukannya sendiri.

Malam semalam, bersama dengan beberapa bintang berkelas dunia yang lain, telah disahkan senarai 30 calon untuk memenangi anugerah berprestij dalam dunia bola sepak itu.

Pemain berusia 34 tahun itu dianggap calon kegemaran untuk memenangi anugerah Ballon D’or ketujuh peribadinya pada tahun ini, selepas mengharungi musim yang menakjubkan pada musim lalu.

Walau Barcelona berada di tahap yang sangat teruk, namun Messi tetap cemerlang mencatatkan rekod jaringan yang menakjubkan ketika musim terakhirnya di Nou Camp pada musim lalu.

Di pentas bola sepak antarabangsa pula, Messi berjaya mengetuai Argentina untuk menamatkan kemarau kejuaraan mereka dengan memenangi gelaran Copa America pada musim panas lalu.

Beliau turut menyapu bersih semua anugerah peribadi yang dipertandingkan dalam pertandingan tersebut, seterusnya menjadi nadi penting sebalik kejayaan Argentina muncul sebagai Juara.

Walau bagaimanapun, pemenang anugerah Ballon D’or pada tahun 2019 itu turut sedar yang beliau pada tahun ini berdepan dengan cabaran yang lebih sukar lagi.

Beliau memilih Neymar dan Mbappe sebagai dua pemain yang beliau rasakan akan memberi saingan sengit padanya untuk memenangi anugerah berprestij itu.

Selain dua rakan sepasukannya itu, Messi turut memilih Robert Lewandowski dan Karim Benzema sebagai dua lagi calon yang boleh memenangi anugerah tersebut selain beliau.

“Dalam pasukan saya, ada dua pemain yang dengan mudah akan saya undi, Neymar dan Kylian Mbappe.”

Jelas Messi kepada France Football.

“Kemudian, Robert Lewandowski, yang telah melalui karier yang sungguh menakjubkan dan Karim Benzema yang juga sedang berprestasi cemerlang.”

Dicipta oleh penulis, Gabriel Hanot pada tahun 1956, anugerah Ballon D’or telah diberikan kepada para pemain terbaik dalam dunia bola sepak setiap tahun.

Penulis sukan, jurulatih dan ketua pasukan kebangsaan kesemuanya diberi peluang untuk mengundi. Dengan pemenang pada tahun ini akan diumumkan pada 29 November nanti di Theatre du Chatelet, Paris.

Buat pertama kali sejak dipertandingkan, anugerah Ballon D’or tidak diadakan pada tahun 2020 ekoran dari penularan wabak pandemik yang teruk melanda dunia pada ketika itu.

Ramai yang merasakan Robert Lewandowski sepatutnya memenangi anugerah tersebut pada ketika itu dan kerana ia dibatalkan, peminat merasakan anugerah tersebut telah dirompak dari bintang Bayern Munich itu.

Pemain kebangsaan Poland itu masih tetap mempamerkan aksi persembahan yang cukup menakjubkan, dengan beliau pada tahun 2021 ini sahaja, sudah berjaya menjaringkan 50 gol.

Cristiano Ronaldo yang turut pernah lima kali memenangi anugerah ini turut menjadi salah seorang dari 14 bintang Premier League yang tersenarai dalam senarai pendek pemenang.

Lima pemain dari skuad Euro 2020 Itali turut tercalon dalam senarai 50 calon akhir, termasuk pemain midfield Chelsea, Jorginho yang memenangi kedua-dua gelaran Champions League dan Euro dalam tempoh sebulan pada musim panas lalu.

Berikut merupakan senarai akhir 30 calon pemenang anugerah Ballon D’or dan 10 calon akhir untuk memenangi anugerah Yashin Trophy.

30 Calon Akhir Ballon d’Or 2021

1. Cesar Azpilicueta (Chelsea)

2. Nicolo Barella (Inter Milan)

3. Karim Benzema (Real Madrid)

4. Leonardo Bonucci (Juventus)

5. Kevin De Bruyne (Manchester City)

6. Giorgio Chiellini (Juventus)

7. Cristiano Ronaldo (Manchester United)

8. Ruben Dias (Manchester City)

9. Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain)

10. Bruno Fernandes (Manchester United)

11. Phil Foden (Manchester City)

12. Erling Braut Haaland (Borussia Dortmund)

13. Jorginho (Chelsea)

14. Harry Kane (Tottenham Hotspur)

15. N’Golo Kante (Chelsea)

16. Simon Kjaer (AC Milan)

17. Robert Lewandowski (Bayern Munich)

18. Romelu Lukaku (Chelsea)

19. Riyad Mahrez (Manchester City)

20. Lautaro Martinez (Inter Milan)

21. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)

22. Lionel Messi (Paris Saint-Germain)

23. Luka Modric (Real Madrid)

24. Gerard Moreno (Villarreal)

25. Mason Mount (Chelsea)

26. Neymar (Paris Saint-Germain)

27. Pedri (Barcelona)

28. Mohamed Salah (Liverpool)

29. Raheem Sterling (Manchester City)

30. Luis Suarez (Atletico Madrid)

Senarai 10 Calon Akhir Yashin Trophy

Anugerah Yashin Trophy merupakan anugerah baru yang diperkenal di Anugerah Ballon d’Or yang berlangsung di di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis pada tahun 2019 khas untuk penjaga gol yang sering dianak tirikan.

Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Kali terakhir penjaga gol memenangi Ballon d’Or adalah pada tahun 1963 apabila penjaga gol lagenda, Lev Yashin diangkat sebagai pemenang.

Alisson Becker yang merupakan penjaga gol pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang memenangi anugerah Yashin Trophy.

Berikut merupakan senarai 10 Calon Akhir Yashin Trophy dan tiada Alisson Becker:

1. Gianluigi Donnarumma
2. Ederson
3. Kasper Schmeichel
4. Edouard Mendy
5. Thibaut Courtois
6. Keylor Navas
7. Emiliano Martinez
8. Manuel Neuer
9. Jan Oblak
10. Samir Handanovic

Sumber: SPORTbible

BACA:  Messi Adalah Masalah Utama Coutinho Di Barcelona - De Boer