Liverpool Mahu Jual Salah Kepada PSG dan Chiesa Sebagai Pengganti

Kelab terhebat di alam semesta, Liverpool dilaporkan mempertimbangkan untuk menjual mesin gol mereka, Mohamed Salah kepada PSG dan mahu mendapatkan Federico Chiesa sebagai pengganti.

Ketika ini Jurgen Klopp mahu meremajakan semula Liverpool dengan pembinaan semula skuad utama pada musim panas ini untuk membolehkan mereka kembali bersaing di semua kejohanan.

Liverpool kini berada ditangga ke-9 Premier League dengan 21 mata dibelakang pendahulu liga, Arsenal dan 10 mata dibelakang slot Champions League musim hadapan.

Kesenduan teruk Liverpool bermula dari awal musim lagi namun mereka dilihat masih mampu meneruskan kelangsungan liga namun kecederaan pemain utama seperti Virgil Van Dijk, Diogo Jota, Luis Diaz dan Roberto Firmino terus merencatkan pasukan untuk terus bersaing.

Kerana ketiadaan pemain utama disamping mesin gol mereka yang mungkin telah berkarat menyaksikan Mohamed Salah begelut dan tidak berapa mesra jaringan di mana hanya menjaringkan 17 gol musim ini.

Hanya 7 gol dijaringkan di Premier League dan sepertinya sukar untuk menjaringkan 20 gol semusim seperti sebelum ini, 7 gol lagi hadir di Champions League dan 3 lain-lain.

Kehadiran Darwin Nunez dengan tanda harga menaikkan kening boleh dikatakan agak bagus kerana Liverpool membeli potensinya untuk dipenuhi bagi jangka masa panjang dan tidak boleh mengharapkan kepada impak segera apatah lagi dengan pasukan serba tempang.

Menurut laporan dan pengkhabran dari Itali, Calciomercatoweb melaporkan bahawa Liverpool kini bersedia untuk menjual Mohamed Salah kepada gergasi Perancis, Paris Saint Germain.

Mohamed Salah yang baru kembali diikat dengan kontrak til jannah pada musim panas lalu mungkin akan dilepaskan kepada PSG dengan harga £70 juta dan hasil penjualan itu akan digunakan untuk mencari penggantinya.

Menurut Calciomercatoweb lagi, jika penjualan Mohamed Salah kepada PSG benar-benar terjadi maka Liverpool akan menggunakan duit jualan itu untuk mendapatkan pemain Juventus, Federico Chiesa.

Pemain sayap itu, yang boleh menjadi salah seorang pemain yang paling bersayap dalam bola sepak dunia dan didakwa hanya menelan kos £53 juta sahaja, perpindahan ini mungkin mudah melihat kepada situasi skandal yang dialami Juventus kini.

Pemain berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan ACL tidak lama selepas aksi padunya di EURO 2022 yang menyaksikan Itali muncul juara, yang memaksanya tidak beraksi untuk tempoh terbaik dalam setahun.

Kecederaan itu telah membataskan aksi Federico Chiesa musim ini yang hanya baru membuat 6 penampilan di Serie A dan telah berjaya melakukan dua assist, boleh tahan lagi la namun boleh menjadi pembelian berisiko.

Jika Chiesa berpindah ke Merseyside, dia akan menyertai kelab gergasi Liga Perdana itu hanya dua setengah tahun selepas didakwa menolak perpindahan £60 juta untuk bersama The Reds.

Usia 25 tahun merupakan usia kebanyakkan pemain bola sepak mendaki puncak atau menghampiri puncak karier dan potensi mereka dan pastinya Chiesa mampu memberikan impak segera seperti mana usia Salah ketika menyertai Liverpool.

Musim panas ini mungkin akan dapat disaksikan kehadiran Jude Bellingham dan Enzo Fernandez di Merseyside bagi memudakan kembali bahagian tengah Liverpool yang mengalami proses penuaan yang teruk.

BACA:  Penyokong Liverpool Pertikai Mengapa Gol Salah Dibatalkan Tetapi Gol Fernandes Tidak?