Liverpool Menang Bergaya, Chelsea Tewas Tersenyum, Leicester Terciduk Tang Konar

Perlawanan terakhir, perlawanan ke-38 berlangsung dengan penuh sengit, drama dan mendebarkan bukan kerana mahu mencari juara atau naib juara liga tetapi perebutan slot ke Champions League musim hadapan.

Manchester City telah lama selamat bergelar juara Premier League secara sah dan Manchester United juga telah selamat mengesahkan tempat selaku naib juara.

Perebutan tempat ketiga dan keempat terjadi secara tiga penjuru antara Liverpool, Leicester City dan juga Chelsea. Semua mahukan kemenangan.

Jika Chelsea, Liverpool dan Leicester City menang maka secara automatik Leicester City terciduk melainkan menang dengan perbezaan lima gol ke atas Tottenham Hotspur.

Tottenham Hotspur perlu menang jika mahu memotong Arsenal untuk berada ditangga ketujuh dan misi paling penting adalah kasut emas buat Harry Kane.

Harry Kane dan Mohamed Salah terikat dengan 22 masing-masing untuk perebutan kasut emas selaku penjaring terbanyak Premier League musim ini.

Tamat separuh masa pertama menyaksikan Aston Villa mendahului Chelsea 1-0 dan Liverpool pula mendahului Crystal Palace hasil jaringan Sadio Mane.

Gol penalti yang menjadi gol pembukaan perlawanan dari Jamier Vardy telah dipadamkan dengan rembatan Harry Kane untuk gol yang ke-23 musim ini.

Jamie Vardy kemudian meletakkan The Foxes kembali dihadapan juga melalui sepakan penalti sebelum Kasper Schmeichel menyamakan kedudukan dengan gol sendiri.

Gareth Bale kemudian melengkapkan kebangkitan Tottenham Hotspur dengan gol ketiga ketika permainan berbaki tiga minit.

Chelsea pulan mengurangkan defisit kepada 2-1 dan jika kedudukan Leicester City kekal memihak kepada Spurs maka tiada kebimbangan buat Chelsea.

Gareth Bale menutup ruang Leicester City untuk aksi Champions League musim hadapan dengan gol keempat yang terus meranapkan dan memusnahkan impian.

Leicester City pada suatu ketika berada pada kedudukan merebut tempat kedua dan entah apa terjadi mereka kehilangan mata demi mata dan terus ke tangga kelima.

Sadio Mane yang sendu sepanjang musim akhirnya menjaringkan gol kedua dan nampak tajam untuk memberi kemenangan penting kepada Liverpool.

Kedudukan Premier League selepas tamat 38 perlawanan:

1. Manchester City
2. Manchester United
3. Liverpool
4. Chelsea
5. Leicester City
6. West Ham United
7. Tottenham Hotspur
8. Arsenal
9. Leeds United
10. Everton

11. Aston Villa
12. Newcastle United
13. Wolverhampton Wanderers
14. Crystal Palace
15. Southampton
16. Brighton & Hove Albion
17. Burnley
18. Fulham
19. West Bromwich Albion
20. Sheffield United

Dalam ketenangan malam Manchester City telah membelasah Everton dengan jaringan lima gol tanpa balas, dengan Sergio Aguero sempat menjaringkan dua gol sebelum berpisah.

Sergio Aguero merekodkan 184 gol di Premier League untuk Manchester City, memecahkan rekod, jaringan terbanyak yang dijaringkan bersama satu kelab.

Manchester United tidak berdepan masalah untuk menewaskan Wolverhampton Wanderers walaupun menurunkan pemain kanak-kanak seperti Amad Diallo dan Anthony Elanga.

Kemenangan di Molineux Stadium menyaksikan Manchester United telah merekodkan keputusan tanpa tewas di tempat lawan musim ini. 10 perlawanan 12 menang 7 seri dan 0 kalah (P19 W12 D7 L0).

Manchester United menjadi pasukan keempat merekodkan keputusan tanpa kalah di tempat lawan selepas Preston (1888-89), Arsenal (2001-02) dan Arsenal lagi (2003-04).

Walaupun diselubungi berita perpindahan keluar dari Tottenham Hotspur, Harry Kane tidak berdepan masalah untuk menjadi penjaring terbanyak Premier League musim ini.

Harry Kane telah menjaringkan 23 gol mengatasi Mohamed Salah dengan kelebihan satu jaringan.

Manchester City, Manchester United, Liverpool dan Chelsea akan beraksi di kejohanan paling agung di Eropah, Champions League musim hadapan. Liverpool memecut saat akhir meraih tangga ketiga.

Manakala Leicester City sekali lagi terciduk disaat akhir dan beraksi di Europa League bersama West Ham United yang tidak cukup kuat untuk merebut slot Champions League.

BACA:  EPL: Baki Perlawanan Akan Berlangsung Dengan Bunyi Sorakan Palsu