Madrid Akan Melepaskan Tujuh Pemain Termasuk Bale Musim Panas Ini

Gareth Bale dilaporkan akan menjadi pemain pertama meninggalkan pasukan ketika jendela perpindahan pemain musim panas dibuka.

Zinedine Zidane mahu membuat mega sale dengan menjual tujuh pemain sedia ada untuk menambah dana pembelian pemain baru musim hadapan.

Banyak perkara dan rancangan Zidane tidak menjadi musim ini. Segala perancangan tidak berjalan seperti yang dikehendaki.

Aksi anak-anak buahnya dalam saingan LA Liga tidak seperti yang diharapkan pada musim ini dengan mempamerkan persembahan tidak konsisten.

Zidane mahukan perubahan dan peningkatan untuk persediaan pasukannya musim hadapan.

Langkah awal untuk melakukan perubahan adalah mengeluarkan pemain yang dirasa tidak perlu dan membawa masuk pemain yang dirasa akan membantu.

Menurut laporan dari AS, Zidane mahu menjual pemain sedia ada terlebih dahulu sebelum membeli pemain lain dan beliau merasakan ada tujuh pemain yang akan dijual.

Menurut laporan itu juga, antara pemain yang mungkin meninggalkan Real musim hadapan adalah James Rodriguez, Lucas Vasquez, Mariano Diaz, Alvaro Odriozola, Alphonse Areola dan Nacho Fernandez.

Luka Modric turut dikaitkan bakal meninggalkan Real Madrid pada jendela perpindahan pemain musim panas nanti.

Bekas pemain sayap Spurs, Gareth Bale antara pemain yang sering dikaitkan bakal meninggalkan Real Madrid sejak kebelakangan ini.

Bale dikatakan salah seorang pemain yang bukan pilihan Zidane. Masalah berkaitan mereka turut sering menjadi topik hangat media Sepanyol.

Beliau dikaitkan dengan perpindahan ke salah sebuah pasukan di China pada jendela perpindahan Januari lalu.

Tetapi Presiden Real Madird, Florentino Perez memutuskan untuk membatalkan perjanjian tersebut memandangkan pasukan dari China itu tidak mahu mengeluarkan dana yang dikehendakinya.

Pemain berusia 30 tahun itu hanya turun 11 kali sebagai kesebelasan utama musim ini.

Beliau juga sepertinya tidak mahu meninggalkan Madrid memandangkan keluarganya sudah menetap di sana.

James Rodriguez pula sudah menghabiskan masa dua musim sebagai pemain pinjaman bersama Bayern Munich.

Pasukan dari Jerman itu telah menunjukkan minat untuk mengikat perjanjian terus bagi mendapatkan khidmat dari Pemain Colombia tersebut.

James Rodriguez turut dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke Wolves dengan nilai £71 juta. Hal ini diakui oleh ejen beliau sendiri Jorge Mendes pada awal bulan lalu.

Rodriguez berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan di Bundesliga, bahkan mengakui beliau mahu kekal setelah menjaringkan 15 gol dan mencatatkan 20 assist dalam 67 penampilan untuk Der FCB.

Selepas berjaya menjual kesemua pemain Yang dirasakan tidak perlu ini, Real Madrid akan menggunakan dana yang ada untuk mendapatkan beberapa pemain baru bagi memperkuat pasukan menghadapi saingan musim baharu nanti.

Sadio Mane, Erling Haaland, dan Kylian Mbappe antara yang dikaitkan bakal ditandatangani oleh Real Madrid nanti.

BACA:  Courtois: Bale Tak Pandai Bergaul Dengan Rakan Sepasukan