Malapetaka Melanda Barca Menjelang Aksi Bertemu Bayern Munich

Malapetaka melanda Barca menjelang aksi pertemuan bertemu Bayern Munich dalam perlawanan pembukaan saingan Champions League musim ini.

Barca sedikit sebanyak jelas terkesan dengan situasi yang melanda mereka pada ketika ini, apa lagi menjelang aksi perlawanan besar bertemu Bayern Munich.

Barcelona dan Bayern Munich merupakan dua pasukan gergasi bola sepak Eropah, maka pertembungan antara dua pasukan ini jelas bakal menarik perhatian ramai.

Walau bagaimanapun, Barcelona ketika ini berdepan dengan situasi yang mana tiket perlawanan tersebut tidak laku walau pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak kelab untuk menjualnya.

Dek kerana wabak pandemik yang sedang melanda dunia pada ketika ini, Nou Camp hanya dibenarkan untuk dihadiri sekitar 40,000 penyokong untuk aksi perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut sumber laporan dari Mail Online, Barca hanya mampu menjual 31,213 tiket sahaja walau angka 40,000 itu sebenarnya sudah sangat sedikit.

Laporan tersebut turut mendedahkan yang pihak kelab sebenarnya mengharapkan lebih ramai peminat yang mahu membeli ticket dengan mereka turut membuat cabutan bertuah dalam usaha menarik minat penyokong untuk ke stadium.

Tiket kini dijual secara terbuka dengan harga sekitar €109 ke €199, kalau korang nak beli boleh lah beli tapi mana boleh pergi sana, pergi Langkawi boleh lah.

Perlawanan tersebut juga bakal menjadi aksi pertama Barcelona di pentas bola sepak Eropah, tanpa kelibat pemain terhebat sepanjang zaman kelab, Lionel Messi.

Ia kerana Messi bakal membuat kemunculan di pentas bola sepak Eropah musim ini bersama pasukan barunya, Paris Saint Germain selepas meninggalkan Barca pada musim panas lalu.

Perlawanan itu juga merupakan aksi pertama Barca bertemu gergasi Jerman itu, selepas kali terakhir mereka bertemu, Barca dibelasah 8-2.

Ini bukanlah kali pertama skuad kendalian Ronald Koeman gagal untuk menarik minat para penyokong datang ke stadium menonton aksi mereka.

Bulan lalu, hanya 19,000 penyokong sahaja yang hadir untuk menonton aksi pertemuan mereka bertemu Getafe, dengan protokol pandemik, dan tradisi penyokong bercuti pada Ogos, dan tiada penyokong dari luar, maka hal itu tidak mengejutkan.

Perlawanan tersebut juga merupakan perlawanan pertama Barca selepas rehat antarabangsa, dek kerana pertemuan mereka bertemu Sevilla hujung minggu ini telah ditunda.

Selain aksi Barca bertemu Sevilla, perlawanan antara Villarreal bertemu Alaves turut ditunda oleh La Liga atas alasan pertembungan jadual dengan aksi kelayakan Piala Dunia baru-baru ini.

Untuk mengelak dari beberapa pemain bakal terlepas aksi bersama kelab, maka La Liga memutuskan untuk menangguhkan sahaja perlawanan tersebut.

Gergasi Catalan itu ketika ini berada di kedudukan keempat dalam carta liga, dengan mereka berjaya mencatatkan dua kemenangan dan satu seri dari tiga perlawanan awal saingan La Liga.

Sementara Bayern Munich pula, mereka pada malam ini akan turun beraksi bertemu RB Leipzig dalam aksi saingan Bundesliga.

Pengurus baharu kelab, Julian Nagelsmann sangat berharap agar anak-anak buahnya bakal beraksi dengan baik dan bakal membawa pulang tiga mata penuh.

The Barbarians berjaya mencatatkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan awal saingan Bundesliga musim ini, dengan mereka turut berjaya menjaringkan 12 gol.

Dengan skuad Barca yang dilihat masih belum berada di tahap terbaik, agak sukar untuk mereka berdepan dengan Bayern Munich yang kini sedang dalam rentak persembahan terbaik mereka.

Rekod kemenangan Bayern dalam beberapa perlawanan terakhir ini juga dilihat sangat besar dan Barca berpotensi untuk sekali lagi menjadi lauk Bayern dalam saingan Champions League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Xavi Buat Tiga Permintaan Sebelum Diumumkan Sebagai Pengurus Barcelona