Man Utd Tawar Kontrak Bernilai £10.3m Untuk Bintang Madrid

Manchester United bersedia untuk menawarkan gaji bernilai £10.3 juta kepada pertahanan Real Madrid, Raphael Varane pada musim panas ini.

Masa depan Varane bersama Los Blancos masih samar-samar ketika ini dengan kontrak asal beliau akan tamat pada musim panas akan datang.

United dilaporkan mahu mendapatkan seorang pemain centre-back baru pada musim panas ini dengan Ole Gunnar Solskjaer mahu mencari pertahanan yang akan digandingkan dengan Harry Maguire.

Pada minggu lalu, terdapat laporan dari ABC yang melaporkan bahawa Varane tidak mahu menandatangani perjanjian baru bersama Real Madrid, dek kerana melihat tawaran yang lebih lumayan dari setan merah.

Terbaru, Defensa Central mendakwa yang tawaran terbaru United memperlihatkan kenaikkan gaji yang cukup limayan untuk Varane.

Dan seandainya beliau menerima tawaran tersebut dan berhijrah ke Old Trafford, Varane akan memperoleh pendapatan yang jauh lebih lumayan berbanding apa yang beliau terima dari Madrid.

Pemain centre-back Perancis yang berusia 28 tahun itu menerima pendapatan bernilai £4.3 juta setahun ketika beraksi bersama Madrid.

Namun laporan terbaru menyatakan yang Los Blancos mahu menawarkan kontrak baru kepada Varane dengan menaikkan gajinya kepada £7.7 juta setahun.

Walau bagaimanapun, pemain pertahanan itu dilaporkan mahu mendapatkan tawaran yang lebih tinggi dan mahu ditawarkan gaji yang sama dengan David Alaba.

Real Madrid menawarkan kontrak bernilai £10.7 juta setahun kepada Alaba yang baru mereka tandatangani secara percuma selepas kontrak pemain tersebut bersama Bayern Munich tamat.

Setan merah sebelum ini telah dikaitkan dengan kedua-dua centre-back Madrid, Varane dan Sergio Ramos, dalam usaha mereka untuk mencabar Manchester City dalam perebutan gelaran liga musim hadapan.

Ramos yang ketika ini berusia 35 tahun bakal mengakhiri karier 16 tahunnya yang gemilang bersama Los Blancos dengan kontraknya akan tamat pada penghujung bulan ini.

United mungkin perlu mengeluarkan perbelanjaan bernilai £60 juta untuk mendapatkan Varane, walaupun beliau berada di tahun terakhirnya bersama Madrid.

Namun begitu, Varane mungkin akan dilepaskan selepas Madrid melantik Carlo Ancelloti sebagai pengurus kelab, dengan kedua-dua mereka sebelum ini ada masalah perselisihan faham.

Pemain kebangsaan Perancis itu pernah mendedahkan kepada L’Equipe pada tahun 2017 yang lalu.

“Sejak dia pergi, saya semakin berkembang dengan baik.”

“Saya mungkin boleh bermain lebih kerap di bawah kendalian dia jika saya boleh tunjukkan pada dia yang dia boleh bergantung harap pada saya di waktu yang sukar.”

“Memang kesempatan untuk saya itu kurang dan kamu perlu tunjukkan kemampuan sebenar untuk tarik perhatian pengurus untuk dapat bermain lagi. Saya tak berkesempatan untuk buat semua itu.”

“Ancelloti dah buat pilihan dia, dan saya boleh faham mereka, saya tak bermain sebanyak yang saya mahukan, tapi ia memaksa saya untuk mempersoalkan pada diri saya sendiri dan perkembangan karier saya.”

“Pada ketika itu, saya sebenarnya mahu mendengar penjelasan mereka. Kami ada salah faham, tapi kami masing-masing mampu untuk mengaku salah kalau kami buat salah. Jadi kami tak ada masalah apa-apa.”

“Saya perlu untuk tahu apa yang perlu saya lakukan untuk dapat bermain. Dia beritahu saya dengan jelas, dan dia anggap saya penting.”

“Kami beraksi semula dan dengan lebih baik. Saya cuba untuk dapatkan semula kepercayaan dari dia ketika dia mainkan saya.”

Setan merah selain mahu mendapatkan Varane, mereka turut berusaha untuk menandatangani Pau Torres, Christian Romero dan Ben White pada musim panas ini.

BACA:  Raphael Varane Ke Man United: Kepantasan Memuktamadkan Rundingan Yang Mengejutkan Dunia