Manchester United Kalah Bermaruah Di Hadapan Maguire Dan Sarat Aksi Kelakar

Arsenal berjaya membuktikan bahawa mereka harus lebih dihormati. Ini selepas The Gunners menewaskan Manchester United dengan kemenangan 3-1.

Berbeza dengan kemenangan Liverpool yang dibantu Harry Maguire, Arsenal menang dengan usaha penat lelah mereka selepas Maguire diletakkan di bangku simpanan.

Ini adalah kekalahan kedua berturut turut Manchester United kepada musuh tradisi mereka. Kekalahan sebelum ini adalah di tangan Liverpool di Anfield beberapa hari lalu.

Belum pun sembuh luka abang Susanto dengan rakan rakannya, mereka sekali lagi dikejutkan dengan kekalahan bermaruah di Emirates.

Bertempat di Emirates, Arsenal tak menunggu lama untuk berada di hadapan. Di mana Nuno Tavares berjaya menjaringkan gol pertama Arsenal.

Tidak pasti macamana pemain seperti ini boleh boleh menjaringkan gol berdepan penjaga gol terbaik dunia menurut penyokong Manchester United.

Seterusnya pemain pertahanan terbaik dunia mereka Varane turut mamai bersama dengan Alex Telles yang menggantikan Shawberto.

Harry Maguire kelihatan mengumam bibirnya menahan rasa kelakar di tepi padang melihat gaya dua rakannya itu.

Benteng back 4 Manchester United kali ini bukan benteng score if you can. Tapi gaya mereka membuat persembahan kelakar saling tak tumpah.

Penyokong Arsenal kemudian memberikan tepukan tanda sokongan kepada Cristiano Ronaldo yang baru kehilangan bayi lelakinya minggu lalu. Satu gesture yang terpuji daripada peminat Arsenal.

Kemudian Arsenal mendapat peluang gol sekali lagi. Ini selepas Alex Telles gagal memintas bola Bukayo Saka. Pemain yang cemerlang minggu lalu, Eddie Nketiah berjaya menjaringkan gol.

Namun VAR kali ini berpihak kepada Manchester United. Tetapi selepas itu VAR terpaksa memberikan Arsenal penalti.

Arsenal mengarahkan Saka mereka untuk menewaskan penjaga gol terbaik di Liga Perdana Inggeris dan di dunia iaitu David De Gea.

Saka dengan kemas menewaskan De Gea. Kali ini De Gea tidak mengajak pemain lain bertumbuk seperti minggu lalu.

Bruno Fernandes kelihatan bengang kerana dia nak sangat mengambil penalti. Nafsunya membuak buat untuk menyepak penalti.

Ketika pemain pemain Arsenal sedang menahan gelak mengingatkan dua gol mereka dapat ternyata jauh lebih mudah daripada mengisi borang bantuan khas KWSP, mereka dihukum.

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ke-100 beliau sebagai pemain penyerang terbaik dunia pada ketika ini.

Seterusnya pemain tengah terbaik dunia yang dianggap lebih bagus daripada Kevin De Bruyne, Bruno Fernandes terus meminta penalti/

Untuk memuaskan hati Fernandes, pengadil memberikan Manchester United penalti.

Bruno Fernamdes dengan wajah bengis di matanya mahu merembat masuk. Ronaldo pun terpaksa menghormatinya kalau dia dah panas hati nak skor dari sepakan penalti.

Malang sekali, Bruno Fernandes seolah olah dirasuk dan bola terkena tiang. Mungkin dia tak sedap hati menjaringkan gol itu tanpa rakan baiknya Harry Maguire di atas padang.

Rupa rupanya Bruno Fernandes mahu mencipta statistik tersendiri.

Tidak lama selepas dia gagal menyempurnakan penalti, pemain tengah terbaik dunia yang lebih bagus dari Kevin De Bruyne itu hilang bola. Dan terus dihukum oleh Granit Xhaka yang merembat masuk melepasi penjaga gol terbaik dunia.

Kemudian Bruno Fernandes cari pasal dengan mengasari Elneny. Mujur pengadil tidak melayangkan kad merah kepadanya.

Kemudian kedua dua pasukan tidak berjaya mencipta peluang gol lagi. David De Gea dan Aaron Ramsdale berjaya mempertahankan gawang gol mereka daripada dibolosi lagi.

Tamat perlawanan Arsenal 3 Manchester United 1. Ianya kekalahan bermaruah Manchester United yang ke-10 musim ini.

Harry Maguire ternyata sedih dan kesal kerana tidak berada di atas padang untuk membantu Arsenal pada kali ini.

Mereka terus berada di luar 4 teratas. Impian ke UCL kian samar. Namun ingat, Ini adalah Manchester United yang dikenali dengan nama Sang Raja Kebangkitan. Tunggu sajalah kebangkitan Man United dalam beberapa perlawanan terakhir ini untuk membuatkan pasukan lain menangis.

BACA:ย  Panel Penilai EPL Sahkan Ada 2 Kesalahan Haaland Ketika Gol Foden, Tak Kira Lagi Yang Ketiga