Manchester United Menjawab Persoalan Tentang Mengapa Profile Greenwood Ada Di Laman Rasmi Kelab

Manchester United telah mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan yang status Mason Greenwood bersama kelab masih tidak berubah sehingga ke hari ini.

Mason Greenwood telah digantung oleh pihak kelab sejak Januari selepas beliau ditangkap oleh pihak polis atas tuduhan merogol dan mengugut.

Pemain berusia 20 tahun itu kemudiannya berdepan beberapa pertuduhan lagi termasuklah keganasan domestik, gangguan seksual dan ugutan bunuh.

Beliau kemudiannya dibenarkan untuk diikat jamin namun masih kekal digantung oleh pihak kelab dan tak dibenarkan untuk sertai sesi latihan atau bermain bersama kelab lagi hingga selesai pertuduhan.

Selepas lama tidak ada khabar berita, baru-baru ini ada peminat yang mempersoalkan mengapa profile Greenwood masih ada di laman rasmi kelab.

Melihat hal itu, ramai yang menjangkakan yang Greenwood sudah boleh sertai skuad dan akan kembali beraksi semua menghabiskan baki kempen musim ini.

Walau bagaimanapun juga, setan merah kini tampil mengeluarkan kenyataan, untuk mengesahkan yang status Greenwood masih sama dengan beliau masih lagi menjalani hukuman penggantungan.

“Tak ada perubahan sama sekali pada status Mason Greenwood.”

Tulis kenyataan dari Manchester United.

“Kami sudah singkirkan profile dia dari aplikasi rasmi kelab selepas beliau digugurkan dari skuad pada Januari lalu.”

“Hal ini adalah kerana kami mahu mengeluarkan Mason dari element interactive seperti ramalan skuad dan sebagainya.”

“Walau bagaimanapun, profile dia tak akan dipadam kerana dia masih lagi pemain Manchester United, cuma beliau tidak ada dalam skuad pada ketika ini sehingga selesai pertuduhan yang beliau hadapi.”

Manchester United turut tidak lagi menjual apa-apa merchandise kelab yang melibatkan Mason Greenwood dengan Nike sendiri turut membatalkan tajaan mereka kepada pemain kebangsaan England itu.

Greenwood turut diketepikan dari FIFA 22 dan Konami, sementara football Manager 2022 turut mengesahkan yang Greenwood tak akan ada dalam sistem terbaru mereka.

Imbau kembali kisah bagaimana Mason Greenwood ditahan

Audio rakaman Mason Greenwood memaksa teman wanita untuk berjimak bersamanya tular di media sosial dan ia menunjukkan yang bintang muda Man Utd itu sebenarnya terlalu dan teramat rakus.

Harriet Robson telah berkongsi video, audio dan gambar tentang keganasan Mason Greenwood terhadapnya di laman instagram.

Mason Greenwood kini sedang ditahan oleh pihak polis dengan siasatan terhadap segala pertuduhan ke atasnya sedang dijalankan.

Audio rakaman suara Mason Greenwood memaksa teman wanitanya untuk berjimak sedang tular di media sosial pada ketika ini.

Dalam rakaman tersebut, Greenwood telah memaki hamun kekasihnya itu kerana tidak mahu berjimak dengannya.

“Angkat kaki kau…. Angkat lah kaki kau ni (tak boleh mencarut).”

Jelas Greenwood dengan suara seakan-akan abang Jamal.

“Tak…. Aku tak nak berjimak.”

Rayu wanita tersebut meminta Greenwood agar tidak meneruskan hajatnya itu.

“Aku langsung tak peduli dengan apa yang kau nak.”

Tegas Greenwood yang tetap juga mahu memuaskan nafsunya.

“Berhenti meletakkan kemaluan kamu di situ.”

Terdengar suara kekasihnya merayu agar Greenwood simpan kemaluannya dan tidak menempelkannya ke tubuh beliau.

“Aku nak tibai kau lah bodoh.”

Jelas Greenwood lagi kali ini suaranya lebih bengis mungkin kerana dah hujung-hujung.

“Aku tak nak berjimak dengan kau.”

Rayu Harriet Robson lagi tapi suaranya sudah kelam mungkin kerana Greenwood sedang melakukan kerjanya.

“Aku tak peduli kau nak berjimak dengan aku ke tidak, kau dengar tak?”

Suara Greenwood memaki kekasihnya sebelum macam-macam bunyi aneh lagi yang keluar dan rasanya cukuplah sampai sini Min tolong terjemahkan.

Greenwood sudah ditangkap

Mason Greenwood telah ditangkap atas pertuduhan memperkosa dan memukul Harriet Robson selepas kekasihnya memuat naik gambar dan video kesan dari kekejaman bintang muda Man Utd itu.

Gambar dan video tersebut tular di media sosial semalam, dan agak mustahil untuk ia tidak diketahui oleh para peminat.

Pihak Polis Manchester mengesahkan seorang lelaki berusia 20 tahun ketika ini sedang ditahan untuk disoal siasat dan siasatan lebih lanjut tentang kes tersebut sedang dijalankan.

“Pihak Polis Manchester telah dimaklumkan pada awal hari ini (Ahad 30 Januari) tentang gambar di atas talian dan video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang melaporkan tentang insiden keganasan fizikal.”

Jelas jurucakap Polis Manchester.

“Satu siasatan telah dijalankan dan ekoran dari siasatan, kami boleh mengesahkan yang seorang lelaki di usia 20 tahun telah ditangkap atas pertuduhan memperkosa dan keganasan.”

“Dia masih ditahan untuk disoal siasat. Siasatan masih dijalankan.”

“Jika kamu merupakan mangsa keganasan domestik, atau kamu bimbang tentang seseorang kamu kenal, tolong guna saluran atas talian kami untuk membuat laporan, kemudahan LiveChat di laman rasmi kami atau hubungi 101.”

“Dalam kecemasan yang sedang berlaku, atau ketika nyawa dalam bahaya, ingat selalu hubungi 999.”

Berita tentang penangkapan tersebut tersebar selepas Manchester United menggantung Mason Greenwood dari sertai sesi latihan dan perlawanan hingga tarikh yang ditetapkan.

Pada pagi Ahad, video, rakaman audio dan gambar seorang wanita yang mendakwa beliau dizalimi oleh Greenwood telah dimuat naik di laman instagram.

Akaun media sosial wanita tersebut kemudiannya telah dipadam, namun segala yang beliau muat naik telah tersebar di merata tempat terlebih dahulu.

Greenwood yang kini berusia 20 tahun atau wakil beliau masih belum membuat apa-apa kenyataan balas terhadap tuduhan tersebut.

Polis Greater Manchester telah mengumumkan yang Mason Greenwood telah dibenarkan untuk diikat jamin pada Februari lalu dengan mereka mendakwa Greenwood dibebaskan atas jaminan polis.

Polis Greater Manchester telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:

“Lelaki berusia 20 tahun yang ditahan atas tuduhan memperkosa dan keganasan terhadap wanita telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mason Greenwood Akhirnya Didakwa Atas Tuduhan Cubaan Merogol