Mark Goldbrige Mencuri Perhatian Peminat Kerana Tampil Pertahankan Ronaldo Dengan Penuh Bersemangat

Penyokong tegar Manchester United, Mark Goldbridge mencuri perhatian peminat hari ini selepas beliau dilihat dengan penuh semangat mempertahankan Cristiano Ronaldo.

Mark Goldbrige mempertahankan keputusan Cristiano Ronaldo yang mahu meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain berusia 37 tahun itu meminta kepada pihak kelab supaya melepaskan beliau pada jendela perpindahan musim panas ini andai ada kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Cristiano Ronaldo mahu beraksi di pentas saingan Champions League dan beliau juga turut meragukan kemampuan Man Utd untuk memenangi piala dalam tempoh beberapa tahun ke depan ini.

Ronaldo percaya yang beliau masih boleh bermain selama tiga ke empat tahun lagi di pentas bola sepak profesional.

Maka kerana itulah Ronaldo merasakan yang beliau perlu berhijrah dan menyertai pasukan lain pada musim panas ini.

Mark Goldbrige dari The United Stand tampil mempertahankan Cristiano Ronaldo dan menghentam para peminat yang mengkritik keputusan pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu.

Goldbridge merasakan yang para peminat tidak sepatutnya melepaskan kemarahan mereka kepada Cristiano Ronaldo, sebaliknya mereka perlu melepaskan kemarahan kepada pimpinan kelab.

“Kita memalukan diri sendiri.”

Jelas Mark Goldbridge.

“Saya tak rasa ramai peminat dan saya tak rasa kelab sendiri sedar bertapa malunya situasi kita pada ketika ini. Salah seorang legenda kelab datang semula selama setahun, lihat bagaimana teruknya keadaan dan kata, ‘Kamu tahu tak, ini bukan Manchester United.”

“Dan sesiapa sahaja yang kata dia bukan legenda hanya kerana dia tak mahu kekal dan tak mahu berjuang, tunggu sekejap. Jangan tonjolkan kebodohan diri kamu di sini. Bagaimana boleh kamu kata Ronaldo tak sayangkan kelab ini hanya kerana dia mahu tinggalkan kelab.”

“Dia dah tak kenal kelab ini. Sama seperti kamu yang juga sudah tidak kenal kelab ini lagi.”

Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford pada musim panas lalu dengan beliau berjaya menjaringkan 24 gol dari semua pertandingan sepanjang musim lalu.

Manchester United sementara itu telah melalui musim yang sangat mendukacitakan pada musim lalu dengan mereka hanya mampu mengumpul 58 mata sahaja untuk mengakhiri saingan liga di kedudukan keenam.

Erik Ten Hag secara rasminya mengambil alih Manchester United pada Mei lalu dan walaupun enam pemain dari skuad utama sudah meninggal kelab, namun beliau masih belum mampu mendapatkan pemain berprofil tinggi lagi setakat ini.

Mark Goldbrige kemudiannya menyatakan bahawa:

“Kita semua sayangkan Manchester United. Ronaldo sayangkan Manchester United dan dia jelas sekali sayangkan kamu, semua peminat. Dia bermain sepenuh jiwa untuk pemilik kelab yang dia sudah tidak kenal.”

“Dia juga tahu yang pemilik tidak bercita-cita. The Glazer memiliki Manchester United. Bukan kamu, bukan Ronaldo, The Glazer memiliki Manchester United dan tak menunjukkan semangat.”

“Cristiano Ronaldo sayangkan Manchester United dan jelas sekali dia sayangkan kamu, peminat, tapi dia nampak semua keadaan huru-hara yang kita tak nampak setiap minggu.”

“Percayakan saya, di belakang kita kelab ini sangat kelakar. Boleh kata setiap bahagian ada orang yang menunjukkan yang dia langsung tak takut hilang kerja.”

“Cristiano Ronaldo duduk di sana sepanjang musim panas dan dia rasa, ‘Apa yang kelab ini lakukan?’ sama macam apa yang kamu sedang fikirkan.”

Manchester United selepas ini akan menyiapkan skuadnya untuk aksi pra-musim nanti dan masih belum jelas lagi sama ada Ronaldo akan terlibat atau tidak bersama skuad setan merah nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Al Nassr Sudah Hubungi Ejen Kevin De Bruyne