Mbappe Dikecam Hebat Selepas Berhenti Berlari Ketika Counter Attack Kerana Tidak Terima Hantaran

Pemain bintang yang dilabel sebagai pemilik bersama PSG, Kylian Mbappe telah menunjukkan perangai divanya apabila telah menghentikan lariannya ketika satu counter attack dilakukan.

Larian ini dihentikan Kylian Mbappe kerana tidak menerima hantaran dari rakan sepasukannya dan mungkin rakannya mahu Mbappe terus berlari dan menanti ruang dan masa sesuai untuk bola dihantar.

Paris Saint-Germain selaku juara bertahan terus mempamerkan kegarangannya apabila telah membelasah Montpellier 5-2 dalam perlawanan kedua mereka di Ligue 1.

Juara Ligue 1 itu telah memulakan kempen musim baharu mereka dengan penuh bergaya apabila mencatatkan 100 peratus kemenangan dan telah menjaringkan 10 gol.

Selepas Mauricio Pochettino dipecat, PSG telah melantik bekas pengurus Nice, Christophe Galtier sebagai pengganti.

Dalam perlawanan ini Kylian Mbappe akhirnya telah membuka akaun gol musim ini dengan jaringan pada separuh masa kedua selepas mempamerkan aksi mengecewakan di separuh masa pertama.

Pada minit ke-23, Kylian Mbappe berpeluang menjaringkan gol namun sepakan penalti gagal disempurnakan ketika perlawanan masih lagi terikat 0-0.

Pemain Montpellier, Falaye Sacko membuka tirai jaringan perlawanan melalui jaringan sendiri pada minit ke-39 untuk membolehkan PSG mendahului.

Kemudian Neymar yang mahu terus kekal di PSG menggandakan kedudukan empat minit kemudian melalui sepakan penalti.

Sebelum tamat tempoh 45 minit pertama, Kylian Mbappe telah membuat perangai ketika PSG berpeluang menjarakkan kedudukan kepada 3-0.

Pemain tengah PSG, Vítor Machado Ferreira atau nama di atas padangnya Vitinha memulakan serangan balas pantas dengan membawa bola ke tengah.

Empat pemain Montpellier pantas turun dengan dua pemain di hadapan Mbappe dan dua dihadapan Vitinha untuk menutup ruang.

Kylian Mbappe berada dikiri Vitinha dan Lionel Messi pula melakukan larian dari sebelah kanan yang mempunyai ruang yang lebih luas.

Pemain bintang PSG itu terus menghentikan larian selepas Vitinha memilih untuk melakukan larian ke kanan kerana kawasan yang lebih luas dan kosong.

Hantaran terus dilakukan kepada Lionel Messi kerana tiada lagi larian dari Mbappe untuk sekurang-kurangnya menarik dua pemain lawan ke arahnya.

Situasi 3 vs 4 bertukar menjadi 2 vs 4 kerana Mbappe tidak mahu berlari dan hanya berjalan menuju ke tepi padang.

Messi menghantar kembali bola kepada Vitinha dan hantaran dibuat kepada Achraf Hakimi yang tiba disusuli dengan satu rembatan tersasar.

Jika Mbappe meneruskan larian dan membuka ruang di sebelah kiri kebarangkalian gol terhasil adalah tinggi dan tindakan Mbappe membolehkan pemain Montpellier menutup ruang dikanan dengan baik.

Lantaran sikapnya yang amat teruk dan diva itu, Mbappe dikecam hebat kerana sanggup untuk menyusahkan pasukan demi diri sendiri.

Bola sepak adalah permainan berpasukan bukan individu walaupun salah seorang di atas padang adalah pemilik kelab. Lalu kecaman hebat pun datang.

“Patut tukar terus je Mbappe ni.”

“Matanglah sikit budak dan merendah diri.”

“Mbappe adalah pemain paling ego ketika semua orang menuduh Neymar?”

“Satu sikap yang amat toxic, tak bagus untuk pasukan.”

“Perangai macam ni memang tak leh gi jauh.”

Neymar telah menjaringkan gol ketiga selepas bersambung babak kedua sebelum Mbappe membuka akaun jaringan musim ini pada minit ke-69.

Neymar telepas mencipta hatrik selepas gagal menjaringkan penalti pada minit ke-85 dan Renato Sanches menjaringkan gol kelima.

Dua gol Montpellier telah dijaringkan oleh Wahbi Khazri dan Enzo Tchato.

PSG: Gianluigi Donnarumma, Achraf Hakimi, Sergio Ramos, Marquinhos, Presnel Kimpembe, Nuno Mendes, Marco Verratti, Vitinha, Neymar, Kylian Mbappe, Lionel Messi.

Montpellier: Jonas Omlin, Enzo Tchato, Falaye Sacko, Mamadou Sakho, Theo Sainte-Luce, Joris Chotard, Teji Savanier, Emmanuel Maouassa, Wabi Khazri, Sepe Wahi, Beni Makouana

BACA:  Henry: PSG Lebih Besar Dari Mbappe, Ikut Je Arahan Bos!