Mbappe Dikecam Lagi, Dituduh Menghalang Percubaan Messi Jaring Gol

Pemain bola sepak yang mempunyai kuasa pemilik, Kylian Mbappe dikecam lagi oleh peminat selepas dituduh mengahalang percubaan Lionel Messi untuk menjaringkan gol.

Kejadian tidak diingini ini terjadi ketika Paris Saint Germain menentang Brest disaingan Ligue 1 di Parc des Princes dan telah mendahului selepas 30 minit permainan berlalu.

Lionel Messi telah mempamerkan kelincahan dan kelicikan untuk membelah pertahanan pelawat sebelum menyuap bola tepat ke kaki Neymar untuk disudahkan.

Neymar tiada masalah untuk menyudahkan dengan sentuhan pertama yang menawan sebelum melakukan voli padu dengan kaki kiri untuk gol pembukaan.

PSG boleh berada dihadapan lebih awal apabila Lionel Messi hampir saja menjaringkan gol pada minit ke-19 namun dihalang Mbappe.

Pemain legenda hidup itu tidak dikawal dikawasan penalti Brest dan Messi telah mengawal dengan kemas bola dengan menggunakan dada sebelum melepaskan rembatan dengan kaki kiri.

Bola menuju ke penjuru bawah kanan gawang Brest dan Mbappe telah berada di tempat dan masa yang salah apabila percubaan Messi itu telah dihalang dan dihadang oleh Mbappe.

Peminat yang tidak menggemari Mbappe atau lebih mudah digelar hater tanpa menunggu lama telah menuduh Mbappe sengaja menghalang percubaan Messi menjaringkan gol.

Antara lemparan kecaman dan tuduhan peminat adalah seperti berikut:

“Hadangan yang baik dari Kylian Mbappe dalam percubaan Lionel Messi menjaringkan gol untuk PSG.”

“Mbappe tidak pernah pass dan assist Messi, sekarang menghalang pula. Mbappe melakukan segala-galanya.”

“Mbappe sangat berusaha untuk tidak membenarkan Messi menjaringkan gol.”

Sebelum ini telah timbul spekulasi bahawa terdapat ketegangan diantara trio bintang PSG iaitu Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe terutamanya antara Mbappe dan Neymar.

Namun pengurus pasukan PSG, Christophe Galtier telah tampil membuat kenyataan menafikan situasi itu dan menyatakan hubungan Neymar dan Mbappe sangat baik.

“Hubungan antara Ney dan Kylian sangat baik, dan saya tidak sekadar sembang kencang.”

“Mereka bersama dalam senaman dan latihan, mereka sering bersama semasa memanaskan badan. Ya, ada situasi dalam perlawanan itu. Dan saya membincangkannya semalam dengan Kylian, yang saya fikir telah membincangkannya dengan Ney.”

Gol Neymar itu merupakan gol tunggal perlawanan untuk membolehkan PSG kekal di puncak carta Ligue 1 dengan mengumpul 19 mata daripada tujuh perlawanan pertama berkongsi mata dengan Marseille dan hanya dibezakan dengan jaringa gol.

Seterusnya untuk pasukanChristophe Galtier ialah pertembungan Liga Juara-Juara menentang pasukan dari Israel, Maccabi Haifa.

Neymar kini telah memintas Mbappe sebagai penjaring terbanyak Ligue 1 setakat ini dengan 8 gol, Lionel Messi pula memintas Neymar dengan assist ketujuh dalam mencipta bantuan gol.

Pada awal musim lagi Mbappe telah dikecam hebat apabila menunjukkan perangai divanya apabila telah menghentikan lariannya ketika satu counter attack dilakukan.

Larian ini dihentikan Kylian Mbappe kerana tidak menerima hantaran dari rakan sepasukannya dan mungkin rakannya mahu Mbappe terus berlari dan menanti ruang dan masa sesuai untuk bola dihantar.

Pemain bintang PSG itu terus menghentikan larian selepas Vitinha memilih untuk melakukan larian ke kanan kerana kawasan yang lebih luas dan kosong.

Tindakan Mbappe itu telah membuatkan PSG gagal untuk menghasilkan gol dalam serangan balas itu.

Dalam perlawanan yang sama juga, Kylian Mbappe tanpa segan silu telah meminta Neymar memberikannya bola untuk mengambil sepakan penalti kedua, selepas dia gagal menyempurnakan yang pertama.

Kerana sepakan penalti Neymar dan Mbappe dilaporkan sudah tidak sehaluan. Neymar sebelum ini pernah berebut sepakan penalti dengan Edison Cavani ketika mula menyertai PSG.

Sebelum ini Neymar merupakan pelaksana penalti yang utama untuk pasukannya. Nampaknya bermula musim ini, Neymar menjadi orang kedua untuk tugasan itu.

Namun isu itu telah berjaya diselesaikan dan tiada lagi perebutan penalti antara mereka, terbaru Mbappe dituduh pula menghalang Messi menjaringkan gol tapi tindakan itu lebih kepada tidak sengaja.

Tapi kalau orang dah benci memang berkicap la Mbappe kena kecam.

BACA:  Kenapa Messi Dipakaikan Jubah Hitam? Apakah Maknanya?