Mbappe Tidak Menyesal Sertai PSG Walaupun Terima Tawaran Real Madrid

Bintang sensasi Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe mendedahkan yang beliau mengadakan perbincangan dengan Real Madrid pada musim panas lalu sebelum mengambil keputusan menyertai kelab yang diwakilinya sekarang.

Walaupun tertarik dengan tawaran Real Madrid, Mbappe akhirnya memilih untuk kekal di Perancis dan menyertai revolusi Arab yang sedang berlaku di Paris Saint-Germain. Mbappe turut berkata beliau tidak menyesal dengan keputusan tersebut.

Ronaldo idola Mbappe

Sebelum perpindahan beliau ke PSG, Mbappe diberitakan bakal menyertai Los Blancos selepas membantu Monaco meraih juara Ligue 1 musim lepas. Selain Real Madrid, Arsenal juga hangat dikaitkan dengan pemain ini dengan Arsene Wenger menggunakan pengaruh beliau di Perancis untuk memujuk Mbappe menyertai The Gunners.

Pemain berusia 19 tahun ini menjaringkan 27 gol sepanjang musim lepas dalam semua pertandingan, jadi tidak hairanlah kelab-kelab besar Eropah berlumba untuk mendapatkan tandatangan pemain ini.

Akhirnya, Mbappe memilih untuk menyertai Neymar dan Edinson Cavani di PSG secara pinjaman terlebih dahulu dengan PSG mesti membayar €180juta kepada Monaco musim hadapan untuk mendapatkan Mbappe secara tetap.

Mbappe memilih kekal di Perancis. Sama je perangai dengan pemain Malaysia

Mbappe ketika ditemuramah akhbar dari Sepanyol, Marca berkata beliau hampir menyertai Real Madrid tetapi menolaknya kerana mahu bermain dengna kelab impiannya iaitu PSG.

“Betul, saya dan Real Madrid mengadakan perbincangan, tetapi itu semua sudah berlalu dan ia menjadi sejarah silam buat saya dan Real Madrid.”

“Saya menolak tawaran untuk bermain dengan Real Madrid kerana Paris Saint-Germain adalah kelab tempat kelahiran saya.”

“Ianya sama seperti kanak-kanak yang dilahirkan di Madrid, dan membesar dengan menyokong Real Madrid. Dan akhirnya kanak-kanak ini mendapat peluang untuk menyertai Real Madrid.”

Hampir menyertai Bale dan Ronaldo di Santiago Bernabeua

“Saya sangat teruja kerana dapat bermain untuk PSG dan gembira dengan apa yang telah berlaku dalam karier saya setakat ini. Terdapat banyak spekulasi mengenai hala tuju saya selepas Monaco ketika itu. Benar, Real Madrid ada berbincang dengan saya, tetapi perkara itu sudah menjadi kisah silam buat kedua-dua pihak.”

“Kini, saya bermain dengan PSG dan saya akan mempertahankan lencana PSG yang tertera di dada ini dengan seratus peratus.”

Permulaan karier Mbappe di Parc des Princes cukup cemerlang dengan pemain ini sudah menjaringkan 12 gol dalam semua pertandingan setakat ini. Dalam saingan Ligue 1, Mbappe berjaya menjaringkan 8 gol dan membantu PSG menduduki tangga teratas liga dengan kelebihan 9 mata dihadapan pencabar terdekat iaitu Monaco.

PSG turut cemerlang dalam saingan Eropah dan berjaya menjuarai kumpulan mereka dihadapan kelab besar seperti Bayern Munich, Celtic dan Anderlecht. Mereka bakal berdepan tugas getir dalam peringkat seterusnya selepas diundi bertemu juara bertahan, Real Madrid.

BACA:  Klopp Tegaskan Menentang Real Madrid Bukan Satu Misi Balas Dendam