Mengamuk Tuchel Lihat Aksi Terhegeh-Hegeh Jorginho

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel nyata tidak gembira dan menunjukkan emosinya dengan mengamuk sakan ditepi padang selepas melihat aksi terhegeh-hegeh pemain tengahnya, Jorginho.

Rakaman kemarahan tidak terbendung Thomas Tuchel itu segera bertebaran di media sosial yang pada mulanya menyangka pengurus berusia 48 tahun itu marahkan pengadil.

Ketika kejadian Jorginho menerima bola dan cuba untuk mengawal bola dengan setuhan berlebihan lalu segera diserbu dua pemain Crystal Palace sehingga berjaya mendapatkan sepakan percuma.

Chelsea 0 – 0 Crystal Palace – Thomas Tuchel completely furious with Jorginho from soccer

Thomas Tuchel dilihat meluru dari kerusinya di bangku simpanan menuju ke kawasan teknikal dan mempamerkan kemarahan yang telah dirakam lensa kamera.

Pada awalnya ramai menyangka Thomas Tuchel marah kerana kekasaran yang tidak seberapa apatah lagi berbahaya dilakukan ke atas Jorginho.

Namun sebenarnya yang menjadi punca kemarahan Thomas Tuchel itu adalah Jorgino itu sendiri bukan pemain Crystal Palace atau pun pengadil.

Ini kerana Jorginho terlalu banyak membuat sentuhan dan cuba menunjukkan skill ntah apa-apa sekaligus merosakkan kelancaran serta memperlahankan permainan.

Chelsea gagal untuk bermain dengan lancar pada separuh masa pertama dengan permainan bertahan dari Crystal Palace dan hanya hantaran pendek serta pantas mampu memecah belahkan Palace.

Jorginho yang sememangnya perlahan pula gemar untuk memperlahankan permainan dengan sentuhan berlebihan dan tidak sepatutnya.

Perkara ini disedari oleh Crystal Palace yang terus memberi tekanan ketika bola sampai kepada Jorginho kerana berpeluang tinggi untuk merampas bola.

Kerana itulah Thomas Tuchel mengamuk sakan melihat permainan yang ditunjukkan Jorginho yang merosakkan tempo permainan Chelsea.

Pada separuh masa kedua, Jorginho sekali lagi membuat Thomas Tuchel berangin nak marah tapi kena sabar apabila hantaran yang ke laut kepada Marcos Alonso.

Kali ini Thomas Tuchel berjaya mengawal emosi dan kembali ke kerusinya.

Secara keseluruhannya, Jorginho tidak memberikan persembahan terbaiknya untuk kelab London musim ini dan itu bukan satu-satunya detik Tuchel kelihatan berang dengan Jorginho yang merupkan pemain terbaik Tuchel musim lalu.

Chelsea mara ke Final Piala FA vs Liverpool

Liverpool telah mengesahkan tempat sebagai finalis Piala FA musim 2021/22, perlawanan separuh akhir kedua antara Chelsea dan Crystal Palace medan untuk kedua-dua pasukan merebut satu lagi slot akhir.

Agak kental laluan Liverpool kerana bertemu Manchester City yang tiba-tiba bangkit disaat akhir jika hendak dibandingkan dengan lawan Chelsea iaitu Crystal Palace je pun.

Laluan agak mudah dan jika pasukan gergasi bertemu pasukan bawahan sudah pasti akan menjadi agak hambar dengan permainan bertahan gila-gila pasukan seperti Crystal Palace.

Sebelum perlawanan Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui bahawa dia sendiri yang menghalang Conor Gallagher daripada beraksi menentang pasukan asalnya Chelsea dalam aksi separuh akhir Piala FA.

Conor Gallagher merupakan pemain pinjaman Crystal Palace dari Chelsea. Beliau menjadi nadi penting untuk Crystal Palace sepanjang musim ini dan membantu Palace sampai ke separuh akhir Piala FA.

Gallagher malah menjadi mesin gol untuk Crystal Palace dan aksi cemerlang ini membolehkan Gallagher mendapat dari panggilan skuad kebangsaan England.

Chelsea membuktikan kehebatan dan ramalan awal apabila mudah menundukkan Crystal Palace dengan dua gol tanpa balas.

Pada minit ke-38 menyaksikan Kai Havertz telah melakukan simulasi dan telah dilayangkan kad kuning, itulah antara aksi menarik disepanjang 45 minit pertama.

Jamie O’Hara berpendapat bahawa pengadil perlawanan, Anthony Taylor sepatutnya melayangkan kad merah kepada Kai Havertz kerana sengaja merebahkan badan.

β€œSatu terjunan yang mengejutkan.” Ujar Jamie O’Hara.

Permainan bertahan Crystal Palace nyata memberi masalah kepada Chelsea terutamanya di separuh masa pertama dan berjaya mengekang segala asakan Chelsea.

Apa yang direncanakan oleh Patrick Vieira berhasil dengan permainan bertahan dan menunggu masa serta peluang untuk melancarkan serangan balas.

Dibabak kedua menyaksikan kualiti pemain menjadi pemisah selepas berhempas pulas selepas sejam perlawanan untuk mencari gol pembukaan.

Pada minit ke-65, Ruben Loftus Cheek berjaya memecahkan kebuntuan dengan satu rembatan padu yang berjaya menewaskan penajga gol Crystal Palace, Jack Butland.

Gol berpunca dari kesilapan pemain Crystal Palace yang kehilangan bola dikawasan sendiri membolehkan Kai Havertz membuat hantaran yang pada mulanya kelihatan gagal namun bola mencari Ruben Loftus Cheek.

Dengan Chelsea berada dihadapan tidak membenarkan Crystal Palace untuk berterusan bertahan dan perlu mencari gol penyamaan sekaligus membuka lebih ruang kepada Chelsea.

Mason Mount menggandakan kedudukan 11 minit selepas gol pertama selepas saling bertukar hantaran dengan Timo Werner yang semakin menemui sentuhan.

Lorongan cantin Werner terus disusuli dengan penyudah yang setenang air dikali dari Mason Mount.

Crystal Palace mempunyai peluang terbaik untuk merapatkan jurang dari sepakan penjuru namun sundulan Joachim Andersen yang langsung tidak dikawal tinggi melepasi palang.

Romelu Lukaku terlepas peluang terbaik untuk Chelsea terus membunuh pertahanan apabila tolakan cantik Werner gagal disudahkan Lukaku dengan bola terkena tiang dan tindakan susulan Ziyech juga gagal.

Ramai peminat Chelsea menggaru kepala dengan kegagalan Romelu Lukaku untuk menjaringkan gol dengan satu tolakan mudah ke gawang terbuka.

Lukaku kembali menyertai Chelsea dengan rekod perpindahan kelab bernilai Β£97 juta dari Inter Milan di jendela perpindahan musim panas yang lalu.

Sejak itu Lukaku mengalami kesukaran teruk untuk menjaringkan gol sehingga kehilangan tempat sebagai pemain utama di mana Thomas Tuchel lebih gemar menggunakan Kai Havertz, Timo Werner dan Mason Mount.

Musim lalu Timo Werner bergelut dengan sentuhan penyudah menjadi bualan kini apa dilalui Lukaku lebih teruk dengan tanda harga sebegitu tinggi dan reputasi agak gah.

Setakat ini Lukaku hanya menjaringkan 5 gol sahaja di Premier League.

Tiada apa yang mampu dilakukan Crystal Palace yang mati kutu dipadang dan Chelsea berjaya mara ke final bertemu Liverpool.

Kesebelasan Utama Chelsea (3-4-1-2) Mendy; Azpilicueta, Christensen, Rudiger; James, Jorginho, Kovacic, Alonso; Mount; Havertz, Werner.

Pemain Simpanan: Arrizabalaga, Thiago Silva, Sarr, Kante, Loftus-Cheek, Saul, Pulisic, Ziyech, Lukaku.

Kesebelasan Utama Crystal Palace (4-3-3) Butland; Ward, Andersen, Guehi, Mitchell; McArthur, Kouyate, Schlupp; Zaha, Mateta, Eze.

Pemain Simpanan: Guaita, Clyne, Kelly, Tomkins, Milivojevic, Olise, Ayew, Edouard, Benteke.

Pengadil Perlawanan: Anthony Taylor.

BACA:Β  Tuchel Dedah Kisah Sebalik Kasut Bertuah Yang Dipakai Ketika Perlawanan Akhir UCL