Meremang Bulu Roma Dengar Ucapan Penuh Inspirasi Kane Sebelum Sepak Mula Bertemu Jerman

Harry Kane telah memberikan kata-kata penuh semangat dan menginspirasikan kepada rakan sepasukannya di dalam bilik persalinan ketika sebelum sepak mula aksi bertemu Jerman kemarin.

Menurut kitman berpengalaman The Three Lions, Harry Kane memberikan ucapan yang sungguh menginspirasikan dan membuatkan semua orang meremang bulu roma mendengarnya.

England berjaya menendang Jerman keluar dari saingan Euro 2020 selepas mereka mencatatkan kemenangan 2-0 di Wembley kemarin.

Gol pada aksi babak kedua permainan jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane berjaya mengesahkan tempat untuk skuad England mara ke peringkat suku akhir.

Ketua pasukan kebangsaan England itu sebelum ini menerima kritikan yang teruk atas persembahan buruknya sepanjang saingan Euro 2020 ini.

Beliau akhirnya berjaya membuka akaun golnya dalam kejohanan ini pada aksi bertemu Jerman kemarin dan membuatkan para peminat yakin beliau sudah menemui sentuhan terbaiknya.

Namun sebelum kejayaan beliau menjaringkan gol kemenangan untuk England, bintang berusia 27 tahun itu telah mencipta satu detik yang mengagumkan di dalam bilik persalinan.

Beliau menunjukkan bertapa besarnya pengaruh beliau dengan memberi ucapan penuh inspirasi kepada kesemua rakan sepasukannya sebelum sepak mula bertemu Jerman.

Menurut Pat Frost, kitman veteran England, beliau mendedahkan yang Kane memberi ucapan selama 30 saat dan ucapannya itu membuatkan para pemain lain semakin bersemangat.

“Jadi sebelum kami meninggalkan bilik persalinan untuk sepak mula perlawanan, kita ada sesi perbualan bersama… Ketua pasukan bercakap selama 30 saat dan ia membuatkan bulu roma kami semua naik… Dan ketika itulah saya tahu yang kami tak boleh kalah hari ini.”

Kane percaya tidak ada yang lebih besar berbanding dengan kejayaan England untuk menewaskan Jerman dalam perlawanan itu.

“Semua pasukan akan tengok kita dan mereka akan sedar yang kita bahaya.”

Jelas Kane menurut Pat Frost.

“Tidak ada yang lebih besar berbanding ini ketika kita sudah menjadi harapan dan kita penuhi harapan itu, jadi kita sepatutnya rasa bangga. Tapi ingat kita tak boleh berhenti di sini. Kita ada visi tentang ke mana kita hendak pergi dan kita tak boleh berhenti sekarang.”

“Harapnya kita semua akan kembali semula ke sini pada perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir nanti.”

Lawan England di peringkat separuh akhir nanti adalah Ukraine, dan pengurus mereka baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka langsung tidak gentar dengan The Three Lions.

Pengurus Ukraine, Andriy Shevchenko tidak sabar untuk bertemu England di peringkat suku akhir saingan Euro 2020, dan turut menegaskan yang skuad kendalian Gareth Southgate itu sama sekali tidak menakutkan mereka.

The Three Lions dan The Blues and Yellow akan bertembung di Stadio Olimpico, dengan pengurus Ukraine yang juga merupakan bekas bintang Chelsea, Shevchenko telah mendesak anak-anak buahnya supaya mengelak dari memikirkan soal kekalahan.

Legenda AC Milan itu turut memuji Southgate dan skuad England sebelum beliau membuat dakwaan yang kekuatan The Three Lions tidak akan menggentarkan mereka.

Bercakap dalam satu sesi sidang media, beliau menjelaskan bahawa:

“England merupakan pasukan yang hebat, mereka ada barisan pertahanan yang bagus, pengurus yang luar biasa dan kami sentiasa bersedia dengan kebarang kalian bertapa sukarnya perlawanan itu nanti.”

“Saya tonton kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan mereka, tapi bukan kemenangan bertemu Jerman kerana kami hari yang sama turut sedang persiapkan diri untuk bertemu Sweden.”

“Mereka sebenarnya sangat sukar untuk dibolosi, tapi kekuatan mereka itu langsung tak menggerunkan kami.”

Shevchenko kemudian menambah lagi:

“Ia sebenarnya lebih memotivasikan kami kerana semuanya tak mustahil dalam bola sepak, sama seperti dalam kehidupan, kami akan bermain dengan sepenuh hati untuk beri para peminat kami lebih kegembiraan.”

Bintang Manchester City, Oleksandr Zinchenko berjaya menjaringkan gol pembukaan Ukraine dan turut mencatatkan assists untuk skuadnya ketika kemenangan 2-1 menewaskan Sweden di Hampden Park.

Beliau akan bertemu dengan rakan sepasukannya di peringkat kelab, Raheem Sterling yang ketika ini merupakan peledak gol utama untuk skuad England dalam saingan Euro 2020.

Tentang Sterling, Zinchenko telah menyatakan bahawa:

“Sterling merupakan salah seorang pemain sayap terhebat di dunia dan ketika ini dia adalah nadi penting untuk skuad England.”

“Kami akan cuba untuk dapatkan rentak persembahan terbaik kami di bahagian pertahanan untuk menghalang dia, tapi saya faham itu tugas yang berat kerana dia sedang dalam rentak persembahan terbaiknya.”

Jadi pertembungan antara kedua-dua pasukan ini pada hujung minggu nanti tentunya akan menyajikan aksi yang menarik untuk ditonton.

Kedua-dua pasukan sudah hampir untuk sampai ke penghujung yang diimpikan, jadi mereka tentunya akan berusaha sehabis daya untuk menang seterusnya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.

Sumber : SB

: talkSPORT

BACA:  Harry Kane Yakin Boleh Menang Ballon d'Or Bersama Bayern Munich