Messi Dedahkan Bahawa Beliau Dibuli Ketika Berada Di La Masia

Pemain handalan dunia Lionel Messi walaupun hebat dan power tidak terlepas dari menjadi mangsa buli ketika zaman remajanya ketika berada di akademi bola sepak terkenal dunia dalam melahirhirkan ubi berbakat, La Masia.

Satu video temuramah Lionel Messi yang sungguh klasik ketika zaman pensabunan telah didedahkan di mana Messi telah secara spontan menjawab dengan jujur dan ikhlas mengenai masalah yang dihadapinya apbila pertama kali menjejakkan kaki di La Masia ketika berumur 13 tahun.

Dalam video tersebut Messi menceritakan bagaimana seorang bekas pengurus di La Masia menyuruh seorang rakan sepasukannya supaya menendang Messi keluar dari permainan. Pada usia 13 tahun Messi sudah menghadapi semua ini.

“Seorang budak ni mai report kat aku yang pengurus ni menyuruh mereka singkirkan aku dengan alasan ‘Budak ni datang dari luar dan dia tak boleh ada kat sini, kita mesti tendang keluar budak ni’. ujar Messi.

“Apabila budak tu cerita aku bantai gelak jela sampai bergegar jubur aku tapi pengurus tu tak tahu pasal benda ni.”

Messi menambah bahawa beliau tiada masalah dan sentiasa tenang ketika berhadapan serta tidak menceritakan apa-apa kepada pengurus tersebut sehingga ke hari ini setelah berjaya menyertai pasukan senior dan kini layak bergelar lagenda Barcelona.

Muda dan suci.

Messi juga menghadapi masalah komunikasi bersama rakan sepasukan yang rata-rata berusia 13 tahun kerana mereka bercakap menggunakan bahasa Catalan.

“Budak-budak ni sangat keras dan kasar. Mereka langsung tidak memberi perhatian kepada aku dan mereka bercakap bahasa Catalan. Masa tu aku aku baru sampai kot. Mana sempat nak belajar. Sial betei la.

“Situasi ini boleh membunuh. Kau bayangkan. aku dalam bilik persalinan dan aku tak faham sepatah haram bila mereka bercakap dalam bahasa Catalan. Babi punya perangai!.

“Situasi ini menjatuhkan aku, reputasi kini menjadi bisu, dan aku ku layu di situ, mengharapakan sesuatu yang baru itulah impian aku”

Pengurus itu berterusan menyuruh mereka untuk tempoh beberapa minggu.

“Mujurlah benda ni berlarutan untuk tempoh beberapa minggu atau nak makan bulan jugak la, aku tak leh masuk ngan budak-budak ni. Lepas tu bila jumpa mereka dan mereka mula menerima aku, segalanya berubah.

Siapa berani buli Messi sekarang?

Kemudian Messi belajar bahasa mereka dan dapat memahami dengan apa yang dipertuturkan walaupun tidak mampu bercakap dengan baik dan lancar.

“Mungkin pada permulaan mereka cuba memberitahu aku tapi aku yang tak faham. Sekarang aku dah faham semuanya tapi aku tak bercakap. Aku tak bercakap…tak tahu ler, mungkin aku malu. Aku fikir jika aku cuba mungkin boleh.

Secara panjang lebar Messi menjelaskan bahawa beliau di pulau di luar dan di dalam padang kerana beliau bukan berasal dari Catalan. Seperti mana diketahui Messi berasal dari planet lain dan ada mengatakan Messi berasal dari planet Nameck.

“Mereka nak singkir aku, tidak membuat hantaran kepada aku masa latihan. Suka buat prank kat aku. Jika aku buat salah mereka akan jerit dah macam setan.

“Tapi tulah benda ni boleh terjadi kat mana-mana bila orang baru datang kan?”

Kerana semangat yang kental Messi dapat bertahan dan hari ini lihatlah di mana Messi berada. Di usia 13 tahun, berjauhan dari keluarga berada ditempat baru dengan suasana dan bahasa yang tidak difahami, dibuli serta dipulau, Messi mampu meneruskan kelansungan hidup.

Ranjau kehidupan seorang Alien bernama Messi di planet bumi. Kini Messi sudah diterima oleh setiap makhluk bumi.

Sumber : Sportskeeda

BACA:  Bukti Nyata Kemuliaan Hati Lionel Messi