Bukti Nyata Kemuliaan Hati Lionel Messi

Lionel Messi boleh dimaafkan sekiranya beliau mahu menghabiskan masa untuk berehat santai selepas kejayaannya membantu Argentina menjuarai Copa America baru-baru ini.

Namun begitu, pemain terhebat sepanjang zaman itu tidak begitu berminat untuk terus berehat, dengan beliau dilihat sangat gembira melayan permintaan peminat untuk mendapatkan tandatangannya.

Beliau dilihat dengan sabar dan tenang melayan peminat yang mahu mendapatkan tandatangannya di kediaman beliau di bandar Rosario, Argentina.

Pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu dilihat menerima begitu banyak barang untuk ditandatangani dengan para peminat hanya melemparkan jersi ke bawah, lalu dikutip oleh Messi untuk ditandatangani kemudian diserahkan semula kepada peminat.

Bermula dengan jersi Barcelona, para peminat kemudiannya melemparkan jersi Argentina, jersi pelbagai pasukan, baju dan pelbagai objek lagi ke lantai dalam usaha mereka untuk mendapatkan tandatangan Messi.

Messi yang ketika itu sedang memakai baju panas Argentina dengan tenang menerima segala barang yang diberikan padanya untuk beliau tandatangani.

Apa yang membuatkan beliau lebih dikagumi, walau kebanyakan barang tersebut hanya dilemparkan ke bawah, beliau tetap kutip satu persatu, sebelum turunkan tandatangannya dan menyerahkan semula pada pemilik barang tersebut.

Sikap yang selayaknya dipuji dan dikagumi, bukan mudah untuk melakukan hal seperti itu, dan tidak keterlaluan untuk katakan bukan semua pemain mampu untuk melakukan hal seperti itu.

Pertamanya beliau penat, kedua beliau diganggu di kediamannya, dan beliau perlu mengutip satu persatu barang yang dilemparkan oleh para peminat untuk ditandatangani.

Kejayaan Messi membantu Argentina untuk memenangi gelaran Copa America memperkukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai pemain terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Beliau bersama rakan sepasukannya berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Brazil dalam aksi perlawanan akhir untuk mengesahkan Piala pertama bintang berusia 34 tahun itu dipentas bola sepak antarabangsa.

Messi Halang Rakan Sepasukannya Menganjing Brazil

Sebelum ini, tular video yang memperlihatkan bagaimana Messi menghalang rakan sepasukan beliau dari menganjing Brazil selepas kejayaan mereka menjuarai Copa America.

Di peringkat kelab, Messi boleh dikatakan sudah memenangi segalanya, beliau pernah memenangi gelaran liga Juara-Juara, La Liga, Super Cup, FIFA Club World Cup, dan bermacam Piala lagi.

Namun di pentas bola sepak antarabangsa, beliau belum pernah memenangi sebarang Piala dan hanya pernah membawa Argentina hingga ke perlawanan akhir sahaja sebelum ini.

Dalam pada beliau begitu gembira meraikan Piala pertamanya, Messi masih menunjukkan sikap matang dan berwibawanya beliau, selepas beliau dilihat menghalang rakan sepasukannya dari menganjing pasukan Brazil.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu dilihat bersama dengan rakan sepasukannya yang lain meraikan kejayaan mereka dengan menyanyi sambil berjoget beramai-ramai.

De Paul kemudiannya memulakan chanting yang seolah-olah mahu menganjing Brazil dan Messi dengan segera menghentikan rakan sepasukannya dari meneruskan chanting tersebut.

Aguero yang awalnya juga seperti sudah bersedia untuk menyanyi bersama De Paul dan rakan sepasukannya yang lain, turut berhenti lalu mengikut jejak Messi dengan menghentikan chanting tersebut.

Messi bukan hanya menghentikan chanting tersebut, beliau bahkan terus meninggalkan tempat tersebut, mungkin untuk mengelak dari hilangnya mood beliau untuk meraikan kemenangan mereka.

Apa yang menariknya, kesemua pemain Argentina betul-betul mendengar kata, dengan mereka terus berhenti chanting sebaik Messi menunjukkan isyarat jangan

Terdapat juga laporan yang menyatakan Messi tidak mahu menganjing Brazil kerana beliau menghormati negara tersebut yang sanggup menggantikan Argentina untuk menjadi tuan rumah kejohanan ini walau mereka turut berada dalam keadaan kesukaran.

Walau apa pun alasannya, sikap Messi untuk tidak mahu rakan sepasukannya menganjing pasukan tuan rumah adalah satu sikap yang mulia dan layak untuk dipuji serta dijadikan ikutan.

Selain membantu Argentina memenangi gelaran Copa America tahun ini, Messi turut berjaya menyapu bersih segala anugerah yang dipertandingkan dalam kejohanan ini.

Beliau berjaya memenangi anugerah kasut emas dan pemain terbaik kejohanan dengan statistik yang Messi catatkan sepanjang kejohanan ini sungguh luar biasa menakjubkan.

Para peminat mula mengaitkan Messi sebagai calon utama untuk memenangi anugerah Ballon D’or tahun ini selepas melihatkan pencapaian beliau.

Untuk tahun 2021 ini sahaja, dari 38 perlawanan, Lionel Messi berjaya menjaringkan 33 gol dan turut mencatatkan 14 assists.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, beliau turut berjaya memenangi 26 anugerah pemain terbaik perlawanan dari 38 perlawanan yang beliau mainkan sepanjang tahun 2021 ini.

Messi juga merupakan pemain yang paling banyak contribution dari segi jaringan untuk saingan La Liga dan Copa America pada tahun ini.

Beliau berjaya membantu Barcelona untuk memenangi gelaran Copa Del Rey dan turut cemerlang membantu Argentina untuk memenangi gelaran Copa America.

Tidak dinafikan lagi Messi selayaknya untuk memenangi anugerah Ballon D’or tahun ini atas pencapaian yang berjaya beliau capai sepanjang tahun ini.

Sepertinya tiada hujah atau hanya iri hati dan hasad dengki sahaja yang boleh menafikan Messi dari memenangi anugerah Ballon D’or ketujuhnya tahun ini.

Walau ramai yang menafikan hak Messi untuk dianggap wira kemenangan Argentina dalam menjuarai saingan Copa America, namun tidak boleh dinafikan bintang Barcelona itu memainkan peranan cukup penting sebalik kejayaan skuad kendalian Lionel Scaloni itu untuk bergelar Juara.

Messi sebelum ini pernah beraksi di pentas perlawanan akhir Copa America 2007, 2015 dan 2016 serta Piala Dunia 2014, namun kesemuanya berakhir dengan kedukaan.

Dan beliau kini akhirnya berjaya menjulang Piala Kejuaraan pertamanya bersama skuad kebangsaan Argentina dan mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Sementara itu, Barcelona ketika ini telah mengemukakan tawaran untuk mengajak Messi berunding dan melanjutkan kontraknya di Nou Camp.

Messi secara dasarnya pada ketika ini merupakan pemain berstatus free ejen selepas kontraknya bersama Barcelona tamat pada penghujung bulan lalu.

Messi Bersama Piala antarabangsa pertamanya

Presiden baru Barca, Joan Laporta telah mendedahkan kepada AS bahawa:

“Rundingan berkait tawaran lanjutan kontrak Messi sedang berjalan dengan baik.”

“Kesemua warga Catalans, Barcelona, Catalunya dan dunia bola sepak sangat gembira kerana Leo memenangi Copa America. Ia sangat mengujakan untuk melihat pemain terhebat dalam sejarah memenangi kejuaraan seperti itu dan dia buat kita semua menangis kegembiraan.”

“Dia sangat gembira, kita semua gembira. Saya sangat gembira untuk Leo yang berjaya memenangi Copa America, bersama dengan rakan sepasukan dia, dan Argentina kini telah kembali ke kedudukan asal mereka.”

“Saya sangat gembira untuk keluarga Messi, untuk Argentina, untuk Barcelona yang kenal, minat dan sayang kepada Leo.”

Sumber: SB

Total Leo Messi

BACA:  Aguero Dedah Mesej Yang Messi Kirim Selepas Real Peroleh Gol Ketiga Mereka