Reaksi Messi Halang Rakan Sepasukannya Menganjing Brazil Buat Peminat Terharu

Tular di media sosial ketika ini satu video yang memperlihatkan Lionel Messi menghalang rakan sepasukannya untuk menganjing Brazil, selepas kejayaan mereka menjuarai saingan Copa America.

Argentina telah bertemu Brazil dalam aksi perlawanan akhir saingan Copa America awal pagi semalam dengan Lionel Messi berjaya untuk memenangi Piala pertamanya di pentas bola sepak antarabangsa.

Gol jaringan Angel Di Maria sudah cukup untuk memastikan kemenangan menjadi milik Argentina, dengan skuad kendalian Lionel Scaloni itu berjaya menewaskan Brazil 1-0.

Ia jelas merupakan hari yang istimewa untuk Lionel Messi dengan beliau akhirnya berjaya untuk memenangi Piala pertamanya bersama skuad kebangsaan Argentina.

Di peringkat kelab, Messi boleh dikatakan sudah memenangi segalanya, beliau pernah memenangi gelaran liga Juara-Juara, La Liga, Super Cup, FIFA Club World Cup, dan bermacam Piala lagi.

Namun di pentas bola sepak antarabangsa, beliau belum pernah memenangi sebarang Piala dan hanya pernah membawa Argentina hingga ke perlawanan akhir sahaja sebelum ini.

Dalam pada beliau begitu gembira meraikan Piala pertamanya, Messi masih menunjukkan sikap matang dan berwibawanya beliau, selepas beliau dilihat menghalang rakan sepasukannya dari menganjing pasukan Brazil.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu dilihat bersama dengan rakan sepasukannya yang lain meraikan kejayaan mereka dengan menyanyi sambil berjoget beramai-ramai.

De Paul kemudiannya memulakan chanting yang seolah-olah mahu menganjing Brazil dan Messi dengan segera menghentikan rakan sepasukannya dari meneruskan chanting tersebut.

Aguero yang awalnya juga seperti sudah bersedia untuk menyanyi bersama De Paul dan rakan sepasukannya yang lain, turut berhenti lalu mengikut jejak Messi dengan menghentikan chanting tersebut.

Messi bukan hanya menghentikan chanting tersebut, beliau bahkan terus meninggalkan tempat tersebut, mungkin untuk mengelak dari hilangnya mood beliau untuk meraikan kemenangan mereka.

Apa yang menariknya, kesemua pemain Argentina betul-betul mendengar kata, dengan mereka terus berhenti chanting sebaik Messi menunjukkan isyarat jangan.

Para peminat di media sosial memuji ciri kepimpinan Messi dan berbangga dengan semangat kesukanan yang beliau tunjukkan.

“Messi memang pemain yang sangat tenang, beliau tidak suka hal-hal seperti mengejek lawan dan sebagainya. Ini bukti jelas yang beliau berada di tahap yang berbeza dari pemain lain.”

“Walaupun dia terlalu gembira selepas memenangi Piala pertamanya bersama Argentina, namun dia masih menjaga sikap dan hati para pemain pasukan lawan.”

“Sangat terharu untuk melihat mentaliti yang dimiliki oleh Lionel Messi, dia sungguh luar biasa.”

“Dia sendiri tak suka menganjing pasukan lawan, tapi penyokong suka membandingkan dia dengan pemain lain. Messi sungguh luar biasa.”

Begitulah komen-komen dari para peminat yang begitu teruja dan kagum dengan tindakan dari Lionel Messi yang menghalang rakan sepasukannya dari menganjing pasukan lawan.

Terdapat juga laporan yang menyatakan Messi tidak mahu menganjing Brazil kerana beliau menghormati negara tersebut yang sanggup menggantikan Argentina untuk menjadi tuan rumah kejohanan ini walau mereka turut berada dalam keadaan kesukaran.

Messi dijulang selepas beliau berjuang berhabis-habisan untuk mengharumkan nama negaranya

Walau apa pun alasannya, sikap Messi untuk tidak mahu rakan sepasukannya menganjing pasukan tuan rumah adalah satu sikap yang mulia dan layak untuk dipuji serta dijadikan ikutan.

Selain membantu Argentina memenangi gelaran Copa America tahun ini, Messi turut berjaya menyapu bersih segala anugerah yang dipertandingkan dalam kejohanan ini.

Beliau berjaya memenangi anugerah kasut emas dan pemain terbaik kejohanan dengan statistik yang Messi catatkan sepanjang kejohanan ini sungguh luar biasa menakjubkan.

Para peminat mula mengaitkan Messi sebagai calon utama untuk memenangi anugerah Ballon D’or tahun ini selepas melihatkan pencapaian beliau.

Untuk tahun 2021 ini sahaja, dari 38 perlawanan, Lionel Messi berjaya menjaringkan 33 gol dan turut mencatatkan 14 assists.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, beliau turut berjaya memenangi 26 anugerah pemain terbaik perlawanan dari 38 perlawanan yang beliau mainkan sepanjang tahun 2021 ini.

Messi juga merupakan pemain yang paling banyak contribution dari segi jaringan untuk saingan La Liga dan Copa America pada tahun ini.

Beliau berjaya membantu Barcelona untuk memenangi gelaran Copa Del Rey dan turut cemerlang membantu Argentina untuk memenangi gelaran Copa America.

Tidak dinafikan lagi Messi selayaknya untuk memenangi anugerah Ballon D’or tahun ini atas pencapaian yang berjaya beliau capai sepanjang tahun ini.

Sepertinya tiada hujah atau hanya iri hati dan hasad dengki sahaja yang boleh menafikan Messi dari memenangi anugerah Ballon D’or ketujuhnya tahun ini.

Walau ramai yang menafikan hak Messi untuk dianggap wira kemenangan Argentina dalam menjuarai saingan Copa America, namun tidak boleh dinafikan bintang Barcelona itu memainkan peranan cukup penting sebalik kejayaan skuad kendalian Lionel Scaloni itu untuk bergelar Juara.

Piala yang Messi menangi di kejohanan Copa America tahun ini

Beliau sendiri tidak henti-henti memuji rakan sepasukannya terutama Emi Martinez yang beraksi sangat cemerlang sepanjang kejohanan ini.

Messi sebelum ini pernah beraksi di pentas perlawanan akhir Copa America 2007, 2015 dan 2016 serta Piala Dunia 2014, namun kesemuanya berakhir dengan kedukaan.

Dan beliau kini akhirnya berjaya menjulang Piala Kejuaraan pertamanya bersama skuad kebangsaan Argentina dan mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.

Selepas tamat perlawanan akhir tersebut, Messi telah bertemu dengan sahabat karibnya, Neymar dan mereka berdua berpelukkan di atas padang sambil bintang Brazil itu mengucapkan tahniah padanya.

Satu lagi detik beremosi yang telah Messi cipta dan membuatkan para peminat beremosi adalah ketika beliau bertemu isterinya di lapangan terbang sebaik beliau tiba di Argentina.

Messi berpelukkan dengan isterinya seolah-olah meraikan kejayaan beliau menjuarai Piala pertamanya bersama skuad kebangsaan Argentina.

Aksi tersebut telah membuatkan para peminat begitu beremosi dan dapat merasakan betapa kejayaan menjuarai Copa America sangat bermakna untuknya.

Messi ketika ini masih lagi berstatus pemain bebas ejen selepas kontraknya bersama Barcelona tamat pada penghujung bulan lalu.

Messi sehingga kini masih belum mengumumkan soal masa depannya dengan beliau telah dikaitkan dengan pelbagai kelab pada musim panas ini.

Barcelona walau bagaimanapun masih yakin yang Messi akan kekal di Nou Camp namun mereka masih belum mampu untuk mengesahkan hal tersebut memandangkan bintang Argentina itu masih belum menurunkan tanda tangannya.

Manchester City, Paris Saint Germain dan Inter Miami merupakan tiga pasukan yang paling hangat dikaitkan dengan Messi ketika ini, namun apa yang pasti, tuan punya badan masih belum mengumumkan apa-apa.

Sumber: Joako Campeon

BACA:  Ayah Messi Salahkan Taktikal Pochettino Punca Messi Tak Jaringkan Banyak Gol