Messi Mendedahkan Enam Pemain Kesukaan Anaknya

Lionel Messi pernah mendedahkan anaknya Thiago selalu bercakap tentang enam pemain bola sepak kegemarannya.

Salah seorang dari enam pemain yang sering disebutnya adalah seteru utama Lionel Messi, pemain itu adalah Cristiano Ronaldo.

Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu merupakan salah seorang peminat terbesar sukan bola sepak. Tengok lah anak siapa kan?

Pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu turut menambah, selain meminati Ronaldo, anaknya juga sering menyebut nama pemain seperti Luis Suarez, Antoine Griezmann, Arturo Vidal, Kylian Mbappe dan Neymar.

Dalam satu temu bual bersama Mundo Deportivo, Messi menjelaskan :

“Dia banyak bercakap tentang Luis Suarez, dia juga akan bercakap tentang pemain yang ada hubungan baik dengan saya seperti Antoine Griezmann dan Arturo Vidal. Dari mula dia tau pasal Vidal dia dah mula bercerita lebih lagi berkait rambutnya.”

“Selain itu dia juga selalu cerita pasal pemain seteru saya seperti Kylian Mbappe, Cristiano Ronaldo dan Neymar.”

“Yeah, Thiago kenal mereka semua, dia akan banyak bertanya dan dia juga minat mereka.”

Thiago kini beraksi bersama pasukan kanak-kanak Barcelona dan beliau mempamerkan aksi mantap serta menjaringkan gol yang cantik.

Melihat kepada aksinya, ramai yang beranggapan bahawa beliau bakal pengganti ayahnya satu hari nanti.

Thiago dan adiknya Mateo sememangnya sangat berminat dalam sukan bola sepak dan mereka sering mengikut Messi pergi ke pusat latihan untuk melihat ayah mereka berlatih.

Menurut ketua pasukan Barcelona itu :

“Dua anak saya paling tua menunjukkan minat serta dedikasi dalam bola sepak, Thiago dan Mateo sangat faham tentang sukan ini.”

“Mereka akan hadir ke pusat latihan dan ikut sesi latihan. Mereka selalu ikut saya.”

Tahun lalu Messi turut mendedahkan bahawa Thiago adalah pengkritik utamanya dan biasanya Thiago juga akan menjelaskan kepadanya mana perlu diperbaiki.

“Saya selalu rasa susah untuk hadam kekalahan dan aksi buruk, tetapi anak saya Thiago, dia akan paksa saya untuk komen tentang apa yang berlaku dan mintak saya jelaskan.”

Jelas Messi kepada SPORT.

“dia tahu semuanya, dia akan tanya macam-macam, dan dia akan tinggalkan nota kepada saya sekiranya ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya kena maklumkan pada dia yang saya sudah menerima semua kritikan itu.”

Messi sendiri akui tindakan anaknya sedikit sebanyak membantu beliau lebih bersemangat dan sering perbaiki kelemahan beliau.

BACA:  10 Jaringan Mendapat Tontonan Tertinggi Di YouTube