Messi Perlu Meninggalkan PSG Seandainya Gagal Bantu Kelab Menjulang Champions League

Masa depan Lionel Messi bersama Paris Saint Germain berkemungkinan akan berakhir selepas hanya setahun beliau beraksi di Parc des Princes.

Terdapat dakwaan dari Perancis yang melaporkan bahawa Messi patut meninggalkan Paris seandainya kelab gagal mencapai salah satu sasaran mereka.

Messi melengkapkan perpindahan ke Paris Saint Germain pada musim panas lalu, selepas beliau terpaksa meninggalkan Barcelona yang tidak mampu mendaftarkan namanya.

Barcelona gagal mendaftarkan nama Messi kerana kontrak bintang Argentina itu sudah tamat pada penghujung musim lalu, dan ketika kelab mahu menawarkan kontrak baru, kedudukan ekonomi tidak mengizinkan untuk mereka mendaftarkan Messi.

Pemain berusia 34 tahun itu berjaya memenangi anugerah Ballon D’or ketujuh peribadinya selepas melengkapkan perpindahan menyertai Paris Saint Germain.

Para peminat agak terkejut melihat Messi berjaya memenangi anugerah tersebut, dengan anaknya sendiri juga turut bingung memikirkan bagaimana ayahnya boleh menerima anugerah Ballon D’or pada tahun ini.

Satu hal yang pasti, Messi memenangi anugerah tersebut dikatakan kerana rekod jaringan beliau bersama Barcelona pada musim lalu, dan juga kejayaan beliau membantu Argentina menjuarai Copa America.

Setakat ini, beliau masih gagal untuk menemui rentak persembahan terbaiknya di Parc des Princes, dengan Messi kini hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dari 11 penampilan dalam saingan Premier League.

Walau bagaimanapun, aksi dan persembahan beliau dalam saingan Champions League agak memuaskan hati dengan beliau berjaya menjaringkan lima gol dari lima penampilan.

Laporan mengejutkan dari Perancis melaporkan yang seandainya persembahan mantap beliau di Eropah gagal untuk diteruskan dan Messi gagal membantu PSG memenangi gelaran Eropah pertama mereka, maka Messi perlu untuk pergi.

Bekas pemain midfield Barcelona, Lobo Carrasco percaya yang Messi sepatutnya pergi saja meninggalkan kelab seandainya beliau gagal membantu PSG memenangi Champions League musim ini.

“Messi akan selalu merindui “modus vivendi” yang beliau ada ketika kariernya di Nou Camp.”

Jelas bekas bintang Barcelona, Lobo Carrasco kepada El Chiringuito TV.

“Seandainya beliau berjaya, yang mana berjaya memenangi Champions League, dia boleh lanjutkan kontrak dia setahun lagi.”

“Jika PSG tidak memenangi gelaran Champions League, maka tahun ini akan jadi tahun yang panjang.”

“Saya tak fikir dia akan menyesal dengan keputusan dia dari sudut pandangan sukan, tapi dari sudut pandangan peribadi, dia sedar yang dia dah buat silap.”

Messi pada ketika ini sedang menjalani sesi kuarantin wajib selepas beliau disahkan positif C0V-19 baru-baru ini.

Beliau juga turut terlepas aksi perlawanan pertama gergasi Perancis itu pada tahun baru ini, yang mana PSG berjaya menewaskan Vannes dalam saingan Coup de France.

Pemenang tujuh kali gelaran Ballon D’or itu dijangka akan kembali beraksi dalam saingan Ligue 1 ketika aksi bertemu Lyon nanti.

Lyon pada ketika ini sedang bergelut dengan masalah prestasi dengan mereka kini berada di kedudukan ke-13 dalam carta liga, tujuh mata dibelakang penunggu di kedudukan keempat.

Laporan di Perancis mendedahkan yang Pochettino hanya tahu tentang Messi disahkan positif dari pihak ketiga, dan bekas bintang PSG, Jerome Rothen sama sekali tidak gembira tentang hal itu.

“Kamu perlu sentiasa menghormati jurulatih kami, ini adalah apa yang saya di ajar ketika bersama Clairefontaine.”

Jelas bekas pemain sayap PSG itu.

“… Pochettino tidak diberitahu mana Messi pergi, dan itu sudah menjelaskan banyak hal. Ini bukanlah satu hal yang baik dan saya rasa semua orang terkejut dengan tindakan Messi ini.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Teknik Sepakan Percuma Messi Yang Luar Biasa