Mimpi Ngeri Onana Dibocori Hanya Selepas 6 Minit Lakukan Debut Bersama Setan Merah

Setan sentiasa dianggap sebagai watak yang sering memberi mimpi ngeri kepada manusia. Namun sebaliknya yang berlaku kepada penjaga gol Man Utd, Andre Onana yang melalui mimpi ngeri pertamanya beraksi sebagai pemain Setan Merah.

Onana melakukan penampilan pertamanya bersama Man Utd dalam perlawanan persahabatan menentang Real Madrid selepas melengkapkan perpindahan dari Inter Milan pada minggu lalu.

Dan hanya selepas enam minit beraksi, penjaga gol Cameroon itu mulai dibocori oleh jaguh dari Sepanyol itu.

Lebih menyedihkan untuk United, pemain yang membocori gawang yang dikawal oleh Onana adalah Jude Bellingham โ€“ bintang muda England yang pernah diburu oleh United sebelum pemain itu memilih untuk menyertai Borussia Dortmund.

Lebih memeritkan, jaringan oleh Bellingham boleh dipertikaikan kerana pemain itu terlebih dahulu berada di dalam kedudukan offside.

Malangnya kerana pertemuan di antara kedua-dua pasukan hanya sekadar berstatus perlawanan persahabatan, maka video bantuan pengadil atau VAR tidak digunakan untuk tujuan semakan.

Jaringan tersebut juga adalah gol pertama Bellingham untuk Real Madrid sejak melengkapkan perpindahan ke Estadio Santiago Bernabeu daripada Dortmund pada bulan lalu.

Ketika melakukan larian daripada belakang (yang seperti offsdide) pemain tengah menyerang itu bijak melakukan satu chip membuatkan Onana yang cenderung keluar dari garisannya terkapai-kapai.

Mimpi ngeri Setan Merah terus berlanjutan apabila pemain muda Kobbie Mainoo terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama dengan Real Madrid menguasai sepenuhnya permainan.

Babak kedua United menampilkan corak permainan yang lebih agresif untuk memburu gol penyamaan.

Namund demikian benteng pertahanan Real Madrid kekal berdisiplin mengekang setiap asakan tatkala kreativiti jentera tengah United turut boleh dipersoal.

Onana sekali lagi dibocori pada minit ke-89 perlawanan apabila sekadar terpacak kaku melihat sepakan basikan Joselu yang menyambut hantaran lintang rakan sepasukan menerjah jaring.

Kedudukan akhir Real Madrid 2-0 Man Utd.

BACA:ย  Lindelof Bagaikan Bermimpi Dapat Bermain Dengan Manchester United, Sasar Tempat Kedua