Mo Salah Berpotensi Jadi Pemain Paling Malang Dalam Sejarah Premier League

Mohamed Salah berpotensi untuk menjadi pemain paling malang dalam sejarah saingan Premier League berdasarkan persembahan semasa beliau pada ketika ini.

Pada awal musim baru-baru ini, tidak dinafikan lagi yang Salah jelas sekali merupakan pemain paling berprestasi dan diakui sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Aksi konsisten beliau berjaya membantu Liverpool memenangi banyak perlawanan penting pada awal musim lalu.

Beliau bahkan sudah dianggap sebagai calon pemenang anugerah Ballon D’or dan PFA Player of the year sejak dari awal musim lalu lagi berdasarkan persembahan yang beliau persembahkan.

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan hal itu kerana Salah sudah berjaya menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan lebih awal dari mana-mana pemain lain dalam saingan Premier League.

Walau bagaimanapun, selepas tewasnya skuad kebangsaan Mesir di tangan Senegal dalam aksi perlawanan akhir sajngan AFCON Januari lalu, persembahan Salah dilihat terus merosot.

Untuk rekod, sejak bulan Febuari tahun 2022, Salah hanya mampu menjaringkan tujuh gol sahaja dari 21 perlawanan dan ia jelas satu angka yang tidak sepadan dengan reputasi penyerang Mesir ini sebagai mesin gol yang sangat digeruni.

Persembahan beliau semakin merosot dengan first ball ke laut, kawalan bola bersepah, gelecek tak lepas, percubaan tersasar, tamak dan serba tidak menjadi.

Salah seolah-olah bukan lagi pemain yang sama seperti beliau pada awal musim lalu dan walaupun Liverpool pada ketika ini berpotensi memenangi gelaran quadruple, namun ia bukanlah kerana sumbangan bintang Mesir itu seorang.

Mohamed Salah sebenarnya berpotensi untuk menjadi pemain paling malang dalam sejarah saingan Premier League, andai beliau terus mempamerkan aksi persembahan yang sama pada musim ini.

Mengapa Salah dianggap berpotensi untuk menjadi pemain paling malang?

Salah berpotensi untuk dianggap sebagai pemain paling malang kerana beliau berkemungkinan akan mengakhiri saingan musim ini dengan tidak memenangi apa-apa.

Beliau berpotensi untuk gagal membantu Liverpool memenangi tiga Piala utama seperti Premier League, Champions League dan FA Cup.

Ketika aksi terikat 1-1 bertemu Tottenham Hotspur sebelum ini, ramai peminat yang menyalahkan Salah sebagai punca mengapa Liverpool gagal untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.

Beliau dikatakan terlalu tamat dan beberapa kali tidak melorongkan bola kepada Luis Diaz walau bintang Colombia itu berpotensi untuk menjaringkan gol.

Liverpool juga sepertinya terpaksa berdepan jadual yang sangat padat untuk menghadapi dua aksi perlawanan akhir mereka bertemu Chelsea (FA Cup) dan Real Madrid (Champions League).

Hal itu jelas sekali memberi kelebihan kepada pasukan lawan kerana para pemain Liverpool jelas kepenatan dan sukar untuk mereka berikan yang terbaik dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah andai Liverpool akan mengakhiri saingan musim ini dengan hanya memenangi Carabao Cup sahaja dan terlepas tiga Piala utama itu.

Lebih teruk untuk Salah, harapan beliau untuk memenangi anugerah Ballon D’or juga sepertinya semakin malap kerana aksi hambar yang beliau persembahkan sepanjang tahun 2022 ini.

Beliau juga berpotensi untuk hilang anugerah kasut emas saingan Premier League musim ini, selepas Son Heung-min kini hanya satu gol sahaja lagi mahu memintasnya.

Beliau pada awal musim lalu nampak seolah-olah tak mampu dicabar oleh mana-mana pemain, namun kini sepertinya Son Heung-min lebih berpotensi untuk memenangi kasut emas itu berbanding Salah.

Atas alasan sama juga, bintang Mesir itu turut berpotensi untuk terlepas anugerah PFA Player of the year, seterusnya menyebabkan beliau bakal mengakhiri saingan musim ini tanpa menang apa-apa.

Beliau pada awal musim lalu dianggap calon paling tepat untuk memenangi anugerah itu, namun pada tahun 2022, sepertinya beliau bukan lagi calon kegemaran.

Pemain seperti Son Heung-min, Kevin De Bruyne, Bernardo Silva dan Sadio Mane sepertinya lebih layak untuk memenangi anugerah itu berbanding Mo Salah sendiri.

Nampak malang ke tak malang? Dari berpotensi untuk menang segalanya, Salah sekarang berdebat sebab dia mungkin akan terlepas segala-galanya.

Walau bagaimanapun juga, seandainya Salah berjaya membantu Liverpool untuk memenangi salah satu dari tiga baki Piala itu, maka beliau akan terselamat dari memegang status sebagai pemain paling malang itu.

BACA:  Salah Terlepas Dari Hukuman FA, Bebas Untuk Diturunkan Menentang Arsenal