Mo Salah Mintak £500k Seminggu Untuk Tandatangani Kontrak Baru

Mohamed Salah bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Liverpool, namun beliau meminta kelab menaikan gajinya sehingga £500,000 seminggu.

Beliau meminta gaji setengah juta seminggu itu untuk terus kekal bersama Liverpool dan menandatangani kontrak baru selepas kontrak asalnya akan tamat pada 2023 nanti.

Salah telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama The Reds dalam saingan Premier League sejak ditandatangani dari AS Roma pada musim panas 2017.

Beliau telah banyak membantu Liverpool memenangi pelbagai kejuaraan seperti, Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League.

The Egyptian King itu berjaya menjaringkan 97 gol dari hanya 148 penampilan dalam saingan Premier League, dan turut pernah memenangi dua gelaran kasut emas.

Beliau merupakan nadi penting dalam sistem serangan Jurgen Klopp dan tidak hairanlah mengapa Liverpool begitu terdesak untuk memastikan pemain berusia 29 tahun itu kekal di Anfield.

Kontrak Salah masih berbaki dua tahun dan rundingan selepas ini berkemungkinan yang terakhir akan beliau tandatangani.

Walau bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau akan tandatangani kontrak bersama Liverpool atau mungkin akan sertai kelab lain.

Menurut sumber laporan dari The Mirror, Salah mahu £500,000 seminggu untuk menandatangani lanjutan dua tahun tambahan dalam kontraknya.

Ia bermaksud andai Liverpool tidak mampu untuk memenuhi permintaan beliau, pihak kelab berkemungkinan akan menjual bintang Mesir itu pada musim panas akan datang.

Jika pihak kelab bersetuju dengan permintaan beliau, Salah jelas sekali bakal menjadi penerima gaji tertinggi dalam sejarah kelab.

Walau bagaimanapun, hal itu sepertinya tidak mungkin akan berlaku dengan Liverpool sangat mementingkan hal berkait struktur pembayaran gaji.

Laporan tersebut turut mendakwa yang pemilik kelab, FSG berbesar hati untuk menaikkan gaji Salah yang kini menerima £200,000 seminggu, namun tidak mahu merosakkan struktur gaji kelab untuk pastikan beliau kekal.

Bekas pemain Chelsea itu turut dikaitkan dengan bakal menyertai Real Madrid, Barcelona dan PSG sebelum ini dan situasi sekarang bakal menarik minat kelab-kelab tersebut.

Wakil La Liga itu mungkin tidak menjadi pilihan kerana mereka sedang berada dalam krisis kewangan yang agak kritikal.

Barca dan Real Madrid sedang dibelenggu masalah ekonomi, namun kedua-dua kelab itu turut dalam usaha masing-masing untuk mendapatkan Kylian Mbappe atau Erling Haaland pada musim panas akan datang.

Walau bagaimanapun, PSG berkemungkinan akan menandatangani Salah untuk dijadikan pengganti kepada Kylian Mbappe yang mahu meninggalkan kelab selepas kontraknya tamat musim hadapan.

Pemilik Liverpool memang jelas dianggap haji bakhil dalam dunia bola sepak, dengan beliau tidak akan mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan pemain.

Sementara Manchester United, Manchester City dan Chelsea pula dilihat berbelanja sakan pada jendela perpindahan musim panas ini, untuk membawa masuk pemain baru.

Walau bagaimanapun, Juara enam kali gelaran Champions League itu pula, mereka hanya menandatangani Ibrahima Konate seorang sahaja pada jendela perpindahan musim panas ini.

The Reds lebih menumpukan untuk menawarkan kontrak tambahan kepada pemain sedia ada seperti, Alisson, Jordan Henderson dan Virgil Van Dijk.

Untuk memastikan Salah menandatangani kontrak baru merupakan agenda utama Klopp dan Liverpool selepas ini.

Namun jika dilihat pada gaji yang diminta, sepertinya The Reds akan lebih memilih untuk menjual bintang Mesir itu berbanding bersetuju dengan permintaan beliau.

Adakah Salah akan pergi? Atau Liverpool akan tunduk dengan permintaan beliau? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Carragher: Salah Adalah Jelmaan Ronaldo, Bukan Messi