Montella Puji Anak Buah Selepas Singkirkan Manchester United Di Old Trafford

Pengurus Sevilla, Vincenzo Montella berkata anak buahnya menunjukkan ‘permainan terbaik seumur hidup’ ketika membenam Manchester United di Old Trafford sekaligus menendang keluar Red Devils dari saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Kemenangan 2-1 dalam perlawanan timbal balik awal pagi tadi sudah cukup untuk melayakkan pasukan dari Sepanyol itu ke pusingan suku akhir, selepas kedua-dua kelab gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan pertama di Sevilla.

Walaupun baru sahaja mengambil alih jawatan pengurus di Sevilla, Montella sudah berjaya mencipta sejarah baru

Pemain gantian Sevilla, Wissa Ben Yedder muncul wira pasukannya apabila menjaringkan dua gol dalam 5 minit untuk mengejutkan penyokong di Theatre of Dreams. Penyerang antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku memberikan sedikit sinar harapan buat United apabila menjaringkan gol pada minit ke-84, tetapi mereka gagal mencari dua gol lagi untuk layak ke pusingan seterusnya.

Tumpuan pihak media sudah tentu terarah kepada Jose Mourinho yang gagal membawa United mara lebih jauh walaupun berbelanja besar pada musim panas lalu disamping membawa masuk Alexis Sanchez pada tirai perpindahan bulan Januari.

Tetapi, pengurus Sevilla, Vincenzo Montella wajar diberi pujian kerana berjaya membimbing kelab tersebut mara ke pusingan suku akhir dimana kali terakhir mereka melakukan perkara tersebut adalah pada 60 tahun yang lepas.

Sevilla apa ? Sevilla power. MU apa ? MU lembik

Ketika bercakap kepada pemberita selepas tamat perlawanan tersebut, Montella berasa sangat gembira kerana berjaya mencipta sejarah baru bersama Sevilla di stadium yang cukup bersejarah dan ikonik.

“Saya sangat, sangat gembira kerana kami berjaya menang di stadium yang cukup istimewa. Dan buat pertama kali dalam 60 tahun, Sevilla berjaya layak ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara.”

“Saya memiliki beberapa pemain yang sangat gembira dan mempunyai Sevilla dalam hati dan jiwa mereka. Semua pemain bermain dengan fantastik dan menujukkan persembahan terbaik seumur hidup mereka.”

“Walaupun kami gagal mencipta sebarang peluang pada separuh masa pertama, kami masih menunjukkan persembahan yang baik. Saya rasa kami berjaya mengawal perlawanan dengan baik dan tidak memberikan peluang terlalu banyak kepada pasukan lawan untuk mendekati kawasan gol kami.”

“Pada separuh masa kedua, saya sangat gembira melihat Ben Yedder mengubah perlawanan dengan menjaringkan dua gol buat Sevilla. Beliau sangat tajam dan menunjukkkan teknik penyudah yang baik dalam kedua-dua gol beliau.”

Adakah Gattuso mampu mengikut jejak langkah Montella dengan menewaskan Arsenal selepas ini ?

Sevilla terbang ke Manchester untuk menghadapi perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara selepas mengalami kekalahan 2-0 di tangan Valencia di gelanggang sendiri Sabtu lalu. Walaupun demikian, Montella mendakwa pasukannya bersedia untuk mengarungi perlawanan yang ‘menyeksakan’ di Old Trafford.

“Kami mengambil risiko tinggi ketika menentang Valencia dan akibatnya, kami tewas perlawanan tersebut. Walaubagaimanapun, hari ini kami sangat efektif dan menunjukkan corak permainan yang berbeza. Saya sangat gembira kami berjaya bangkit dari kekalahan hujung minggu lalu.”

“Saya masih lagi belum berfikir mengenai lawan kami seterusnya sama ada pasukan tersebut dari Itali atau tidak. Saya hanya mahu menikmati detik gembira ini.”

BACA:  Manchester United Cari Pekerja Untuk Lap Piala Di Muzium Kelab