Mourinho: Tiada Pemain Lebih Besar Daripada Kelab

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengesahkan Paul Pogba akan diturunkan bermain ketika menentang West Ham hujung minggu ini walaupun pelbagai kontroversi yang menyelubungi kem United sejak kebelakangan ini melibatkan mereka berdua.

Mourinho turut berkata tiada pemain yang lebih besar daripada kelab. Walaupun tidak menamakan pemain tersebut, ramai boleh mengagak kenyataan itu ditujukan kepada Pogba selepas mereka berdua terlibat dalam satu pertengkaran ketika sesi latihan beberapa hari yang lalu.

Mourinho dakwa pihak media suka mereka-reka cerita yang tidak mempunyai asas

Namun demikian, Mourinho menafikan wujud sebarang masalah antara beliau dengan pemain berusia 25 tahun itu walaupun mengesahkan Pogba tidak akan menjadi kapten Manchester United lagi selepas ini.

Sepanjang ketiadaaan Antonio Valencia, Mourinho memberikan lilitan kapten kepada Pogba namun beberapa kenyetaan yang dikeluarkan Pogba sebelum ini menyebabkan Mourinho mengubah keputusan tersebut.

“Esok Pogba akan bermain. Beliau merupakan pemain kami seperti pemain-pemain yang lain. Tiada pemain yang lebih besar daripada kelab. Jika saya gembira dengan usahanya, pemain itu akan bermain. Jika tidak, pemain itu tidak akan bermain.”

“Saya gembira dengan prestasi Pogba minggu ini. Beliau berlatih dengan sangat baik. Pasukan ini memerlukan pemain yang bagus. Pogba adalah pemain yang bagus.”

Mourinho turut ditanya adakah perkara yang berlaku di antara beliau dan Pogba ketika sesi latihan akan menjejaskan reputasi Manchester United.

Ini bukan pergaduhan !

“Manchester United lebih besar dari mana-mana individu. Saya perlu mempertahankan perkara tersebut.”

Ini merupakan komen pertama Mourinho selepas rakaman pertelingkahan beliau dan Pogba ketika sesi latihan tersebar kepada khalayak umum. Ianya berlaku sehari selepas United disingkirkan Deby County dari saingan Piala Carabo dan pengumuman Mourinho mengenai Pogba yang tidak akan memakai lilitan kapten lagi.

“Saya telah menerangkan secara terperinci kepada pihak yang perlu mengetahui perkara sebenar, iaitu keseluruhan skuad, terutamanya Paul Pogba.”

“Selepas berminggu-minggu dan bertukar pendapat dengan barisan kejutulatihan, kami mengambil keputusan bermula sekarang Pogba akan menjadi pemain biasa dan bukan lagi kapten.”

“Saya tidak kisah dengan kehadiran kamera ketika sesi latihan. Anda panggil itu konfrontasi ? Itu  bukan konfrontasi.”

“Tiada siapa berlatih lebih baik daripada Pogba pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Ada beberapa pemain berlatih pada tahap yang sama dengan Pogba, tetapi tiada yang lebih bagus.”

Pertengkaran antara Mourinho dan Pogba berlaku selepas Mourinho diberitahu mengenai video yang dimuat naik Pogba dalam media sosialnya. Video tersebut menunjukkan Pogba dan Andres Perreira bergelak ketawa dan bergurau sebaik sahaja United kecundang dalam penentuan sepakan penalti kepada Derby County.

Pogba tidak akan memakai lilitan kapten lagi jika Valencia tidak bermain

Pogba menafikan beliau memuatnaik video tersebut sebaik sahaja Manchester United. Pogba memberi alasan beliau sebenarnya mahu memuatnaik video tersebut sebelum perlawanan bermula tetapi mobile coverage yang buruk di dalam stadium menyebabkan ia tidak dapat dilakukan.

Video tersebut akhirnya berjaya dimuat naik selepas Pogba meninggalkan Old Trafford. Penjelasan itu diterima Mourinho dan mendakwa pihak media suka mereka cerita yang tiada asas.

“Pihak media mereka satu cerita yang menakjubkan dari 15 minit sesi latihan. Saya bercakap dengan pemain saya banyak kali. Ianya mengenai kritikan dan arahan dan ia berlaku setiap hari.”

BACA:  Lima Pemain Yang Layak Menggantikan Paul Pogba