Mourinho Tidak Risau Dengan Dakwaan Guardiola Menerima Tawaran Untuk Mendapatkan Pogba

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mendakwa beliau tidak risau dengan dakwaan dari rakan sejawatnya di Manchester City, Pep Guardiola yang mendakwa telah ditawar untuk mendapatkan khidmat Paul Pogba.

Tawaran tersebut datang daripada super ejen, Mino Raiola yang mewakili Pogba dalam urusan bolasepak. Raiola merupakan ejen terkenal dunia yang menguruskan karier ramai pemain ternama seperti Mario Balotelli, Zlatan Ibrahimovic, dan Romelu Lukaku.

I’m not worried as long as United win. Kalau kalah baru aku meroyan

Dalam satu sidang media di Etihad sebelum berlangsungnya pertemuan Manchester Derby hujung minggu lalu, Guardiola telah diminta untuk memberikan komen mengenai satu kenyataan daripada Raiola yang menggelar beliau sebagai ‘anjing’ dan ‘penakut’ berdasarkan cara beliau melayan segelintir pemainnya.

“Dua bulan lepas, Raiola ada menawarkan saya Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan untuk bermain dalam pasukan Manchester City.”

“Membandingkan saya dengan anjing adalah perkara yang buruk – ia tidak bagus. Raiola perlu menunjukkan hormat kepada anjing.”

Pertemuan derby Manchester berlangsung dengan penuh dramatik dengan Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas City di tempat lawan.

Raiola tawar Pogba dekat City, tapi tak nak mengaku

Pogba muncul wira pasukannya apabila menjaringkan 2 gol dalam masa kurang 5 minit untuk menyamakan kedudukan sebelum Chris Smalling menjaringkan gol kemenangan tidak lama kemudian.

Sebelum itu, Manchester City mendahului babak pertama dengan kedudukan 2-0 hasil jaringan Vincent Kompany dan Ilkay Gundongan. Walaubagaimanapun, kegembiraan penyokong tuan rumah tidak kekal lama apabila anak buah Mourinho bangkit dari ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan sekaligus menangguhkan sambutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan di Etihad, Mourinho berkata beliau tidak risau dengan apa yang diperkatakan Guardiola mengenai Pogba.

“Saya langsung tidak memikirkan dakwaan tersebut. Guardiola dan Mino Raiola; semua orang tahu mereka tidak mempunyai hubungan yang baik.”

“Perkara normal jika salah seorang daripada mereka cuba menghangatkan keadaan. Tetapi saya langsung tidak risau dengan dakwaan Guardiola. Saya tidak kecewa dan saya juga tidak bercakap dengan Pogba mengenai perkara tersebut.”

“Saya tidak akan menelefon Raiola bertanyakan perkara ini. Saya cuma fokus dengan perlawanan United dan saya rasa Pogba juga sama kerana beliau mempamerka persembahan yang hanya mampu dilakukan sekiranya beliau fokus.”

Mourinho juga percaya salah seorang daripada mereka menipu dan menegaskan beliau tidak mahu masuk campur dalam persengketaan di antara Guardiola dan Raiola.

Siapa yang lebih suci ? Raiola atau Pep ?

“Guardiola mengeluarkan kenyataan tersebut, tetapi Raiola menafikannya. Jadi salah seorang daripada mereka bercakap benar, dan seorang lagi bercakap bohong.”

“Secara jujurnya, saya tidak berminat untuk mengetahui siapa yang bercakap bohong dan siapa yang jujur dalam perkara ini.”

Untuk rekod, persengketaan Guardiola-Raiola bermula sejak tahun 2009 lagi ketika Guardiola bergelar pengurus Barcelona.

Raiola tidak puas hati dengan layanan Guardiola terhadap client beliau, Zlatan Ibrahimovic yang mana berakhir dengan pemain tersebut berpindah ke AC Milan selepas hanya dua musim bersama Barcelona.

BACA:  Wartawan Dedah Klopp Terus Meroyan Walaupun Kamera Telah Dimatikan