Naib Juara UCL Diaibkan Bekas Kelab Mat Yo, BG Pathum United

Borussia Dortmund merupakan naib juara Liga Juara Juara Eropah pada musim lalu. Dan semalam mereka telah dimalukan dengan semalunya oleh BG Pathum United di Thailand.

BG Pathum United menang 4-0 ke atas pasukan dari Jerman itu. Yang dianggap sebagai kemenangan bersejarah kelab Thailand tersebut. BG Pathum United bukan nama asing untuk peminat di Malaysia.

Kerana di situlah Mat Yo pernah menjadi bintang ketika menyertai kelab Thailand itu beberapa musim lalu.

Dua gol di setiap separuh masa membantu skrip pasukan Thailand itu meraih kemenangan bersejarah kelab mereka. Jaroensak Wonggorn adalah bintang utama dalam persembahan mengagumkan Pathum, apabila dia menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua.

Melvyn Lorenzen dan Teerasil Dangda juga menepati sasaran untuk BG Pathum United.

Pasukan bimbingan Nuri Sahin itu tiba di Thailand untuk aksi pra musim jelajah Asia. Selain daripada pergi menikmati urutan Siam.

Tetapi di atas padang mereka telah dikerjakan oleh sekumpulan lelaki Siam yang dibantu oleh beberapa pemain import.

Ini adalah aksi pra musim kedua Borussia Dortmund selepas kekalahan di tangan Real Madrid beberapa bulan lalu dalam aksi final UCL.

Sebelum ini mereka diikat oleh kelab divisyen ketiga Jerman, Erzgebirge Aue dengan kedudukan 1-1. Skuad Nuri Sahin datang ke Thailand dan disambut dengan meriah.

Walaupun beberapa bintang mereka masih belum kembali selepas aksi Euro 2024, namun Borussia Dortmund tetap menurunkan bintang seperti Karim Adeyemi, Youssoufa Moukoko, Julian Brandt dan Niklas Sule being.

Bercakap kepada wartawan selepas kekalahan tidak masuk akal itu, Nuri Sahin berkata: “Dah tentu ini kekalahan yang sangat besar. Namun saya tahu cara nak jelaskannya. Namun kita tetap pasukan yang telah kalah 4-0.

“Jika kamu tidak melakukan asas dalam bertahan, dan perkara perkara seperti ini boleh berlaku walaupun berdepan kelab dari Thailand.

“Saya tahu pemain pemain kami keletihan, namun kamu tak boleh nak jadikan keletihan sebagai alasan di tahap seperti ini.

“Saya tak suka langsung dengan cara kami bertahan. Dan kami akan membincangkannya. Asas dalam bertahan tiada kaitan dengan keletihan. Sebab paling penting, asas kamu kena betul.”

Di Twitter peminat bola sepak mengejek kekalahan Borussia Dortmund ini setelah mereka membawa cabaran Eropah dalam perlawanan ini.

Mana tidaknya, berdasarkan status semasa, mereka adalah pasukan kedua terbaik di Eropah berdasarkan pencapaian di UCL pada musim lalu.

Peminat Dortmund sendiri sudah mulai rasa tak sedap hati dengan apa yang sedang berlaku dalam pasukan mereka.

Selepas tamat UCL musim lalu, mereka berpisah dengan pengurus mereka Edin Terzic yang dah tak sehaluan dengan pengurusan tertinggi.

Terzic sebenarnya memang sudah diwar warkan akan dipecat sebelum final UCL lagi kerana prestasi dia dalam Bundesliga kurang memuaskan.

Namun selepas membawa Dortmund mara ke final UCL, pengurusan cuba memujuk agar dia u turn. Namun pengurus itu menyatakan bahawa dia sudah membuat keputusan akan meninggalkan kelab itu selepas aksi final UCL.

Dortmund kemudian memilih untuk melantik legenda kelab, Nuri Sahin sebagai pengurus baru mereka. Sahin pasti sedar cabaran yang sedang menantinya. Terutama sekali kelab itu telah lama kemarau Bundesliga.

BACA:  Tuchel Dilaporkan Mengadakan Perbincangan Untuk Menjadi Pengurus Arsenal Seterusnya