Nasib Malang Punca Prestasi Manchester United Merudum, Ujar Mourinho

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata beliau tidak bernasib baik kerana beberapa keputusan pengadil tidak berpihak kepada Manchester United.

Beberapa keputusan yang disifatkan Mourinho sebagai nasib malang telah mengakibatkan prestasi United merudum dengan teruk kebelakangan ini.

Nasib tidak baik punca prestasi United merudum

Dalam perlawanan terakhir United, pengadil perlawanan Craig Pawson tidak menganugerahkan penalti kepada pasukannya walaupun bola terkena tangan pemain pertahanan Southampton, Maya Yoshida dalam kotak penalti.

United hanya mampu seri 0-0 dalam perlawanan tersebut yang berlangsung di Old Trafford beberapa hari lepas, yang mana United masih belum mencapai sebarang kemenangan dalam 4 perlawanan terakhir mereka.

Mourinho percaya kejadian tersebut adalah insiden ke-3 pasukannya tidak menerima penalti yang sepatutnya diberikan. Dua lagi insiden adalah ketika United menentang Leicester dan Manchester City sebelum ini. Beliau dipetik berkata demikian dalam sidang media menjelang pertemuan menentang Everton malam ini di Goodison Park.

Adegan kunyit di antara Shaw dan Yoshida

“Saya berasa tidak bernasib baik. Tetapi kamu boleh mengubah nasib tidak baik dalam bolasepak , yang mana itulah perkara yang sedang kami lakukakan ketika ini.”

“Apabila saya bercakap mengenai 3 keputusan penting berkenaan penalti yang sepatutnya diberikan kepada United, saya tahu nasib tidak menyebelahi kami dan itulah apa yang rasa mengenai perkara tersebut.”

“Saya boleh mengeluarkan kenyataan terdapat pilih kasih dalam pengadilan, tetapi saya tidak melakukannya. Kerana sejujurnya saya gembira dengan persembahan pengadil dalam beberapa perlawanan kami yang lepas, cuma keputusan sahaja tidak menyebelahi kami.”

“Kamu bersikap pilih kasih terhadap lawan United andainya kamu mengatakan insiden ketika perlawanan Manchester City, Leicester dan Soutampton bukanlah penalti.”

Why always me ?

Mourinho menegaskan beliau masih gembira dengan kualiti dan semangat yang ditunjukkan pemain United, walaupun mengakui mereka perlu memperbaiki keputusan perlawanan. Beliau turut menambah pasukannya sangat memerlukan rehat untuk pemainnya kembali pulih dari kecederaan.

“Mungkin ketiadaan kami dalam saingan separuh akhir Piala Carabao adalah perkara yang baik untuk pasukan kerana kami tidak mempunyai pemain yang cukup untuk bermain tambahan dua perlawanan dalam bulan Januari.”

“Sekarang kami perlu menghadapi Everton dan Derby, selepas itu kami akan mendapat rehat selama 10 hari sebelum perlawanan menentang Stoke. Diharap dalam tempoh ini, kami boleh berehat, bekerja keras dalam latihan, dan beberapa pemain yang cedera kembali pulih untuk bersaing dalam separuh masa kedua musim ini.”

“Kami mengakhiri tahun ini di kedudukan ke-3 liga, dan kami perlu memperbaiki kedudukan selepas ini.”

BACA:  Carrick: Fabregas Punca Utama 'Perpindahan Impian' Ke Arsenal Tidak Berlaku