Nemanja Vidic Dakwa Jones & Smalling Setaraf Dengan Van Dijk

Nemanja Vidic mendakwa beliau tidak akan menukar mana-mana pemain pertahanan Manchester United sekarang dengan pemain dari Liverpool dan turut memuji perwatakan yang ditunjukkan Victor Lindelof dalam mengubah nasibnya di Old Trafford.

Vidic yang pernah mewakili Red Devils dari tahun 2006 sehingga 2014, berkata beliau gembira dengan barisan pertahanan United ketika ini dan tidak akan menukar pemain sekarang dengan mana-mana pemain dari kelab lain.

Vidic anggap tiada pasukan yang mempunyai pertahanan yang lebih bagus dari bek United. Ketik like tanda setuju

Musim 2017/2018 menyaksikan United memiliki ‘clean sheet’ paling banyak dalam liga dengan 19 perlawanan tanpa dibolosi. Walau bagaimanapun, prestasi mereka merudum teruk musim ini dan hanya mampu merekodkan 6 ‘clean sheet’ dari 26 perlawanan liga setakat ini.

Namun begitu, terdapat seorang pemain pertahanan yang menerima pujian daripada peminat musim ini iaitu Victor Lindelof. Pemain antarabangsa Sweden itu membuktikan beliau adalah pemain utama United musim ini selepas mengharungi musim pertama yang mengecewakan.

Sama seperti Lindelof, Vidic juga mengharungi permulaan yang sukar di United dan memerlukan  sedikit masa sebelum dapat menyesuaikan diri dengan bola sepak England seterusnya membentuk gandingan yang mantap bersama Rio Ferdinand.

Dalam temu ramah bersama TAG Heuer (penjaga masa rasmi Liga Perdana Inggeris), Vidic berpendapat barisan pertahanan United ketika ini antara yang terbaik dalam liga.

Level-level Smalling je si Van Dijk ni.. penyokong Lolipop je yang lebih-lebih

Vidic juga gembira melihat respons yang diberikan Lindelof selepas bergelut dengan masalah prestasi musim lepas.

“Saya rasa Lindelof mengharungi waktu yang sukar pada permulaan kariernya bersama United.”

“Pujian kepada Lindelof kerana berjaya bangkit. Bukan mudah untuk bangkit, terutamanya apabila anda beraksi untuk Manchester United, sebuah kelab yang besar dimana anda tidak bermain baik dan menerima kritikan dari pihak media.”

“Untuk bangkit daripada situasi tersebut dan sekarang beraksi dengan baik, beliau telah menunjukkan wataknya yang sebenar, yang mana penting apabila anda beraksi untuk Manchester United.”

“Sudah tentu Lindelof mempunyai kualiti tersendiri. Beliau beraksi dengan baik sejak kebelakangan ini.”

“Phil Jones telah beraksi dengan baik dalam perlawanan yang beliau terlibat. Chris Smalling juga pemain yang bagus, sama juga dengan Eric Bailly.”

Lindelof wajar diberi pujian kerana berjaya mengubah nasibnya di Old Trafford

“Saya rasa kami mempunyai 4 bek tengah yang solid. Jika digandingkan dengan betul, saya rasa mereka mampu beraksi pada tahap yang terbaik.”

“Secara keseluruhannya, seperti yang pernah saya cakap sebelum ini ketika United tidak beraksi dengan baik, jika dilihat pada pasukan lain, saya tidak akan mengambil mana-mana pemain dari Liverpool atau Chelsea.”

“Saya tidak rasa mereka mempunyai pemain pertahanan yang lebih bagus dari apa yang kami miliki sekarang.”

BACA:  Ten Hag Cabar Maguire Buktikan Kemampuan Diri Atau Berambus Sahaja Dari Man Utd