Netizen Persoal Kenapa Ust Ebit Tak Bawa De Paula Berdakwah Di Brazil

Ust Ebit Lew pada ketika ini sedang berada di Brazil untuk menghantar bantuan serta menziarah kawasan-kawasan terpencil yang ada di sana.

Beliau memaklumkan kepada para pengikut di laman instagram miliknya yang beliau sudah berada di Brazil sejak 1 Disember yang lalu.

Baru-baru ini, Ebit Lew telah memuat naik gambar beliau berjumpa dengan abang kawasan di salah sebuah kawasan di Brazil.

Ebit menyatakan yang beliau bahagia dapat layanan yang sangat baik dari abang kawasan itu, walau penampilannya agak mengerikan seperti seorang mafia.

“Ziarah ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil.. Terkejut dengan layanan baik ketuanya dan orang situ. Terasa macam dah lama kenal,”

Tulis Ebit Lew di laman Instagram beliau.

“Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia. Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami. Ramai tengok janggut saya dan pakaian saya. Ada ajak ambil gambar kerana suka janggut. Terima kasih kerana datang beri bantuan pada kami. Semua datang dekat mesra dan tanya macam-macam soalan. Semoga hidup mereka dimudahkan dan sentiasa diberi kebaikan.”

Media Vocket telah berkongsi kisah perjalan Ebit Lew di Brazil di laman Facebook milik mereka, dan komen-komen yang ada dalam muat naik tersebut sungguh mengejutkan.

Segelintir netizen telah meninggalkan komen yang menanyakan kepada Ebit tentang mengapa beliau tidak membawa De Paula untuk berdakwah bersamanya di Brazil.

“Ust kenapa tak bawak sekali De Paula pergi sana? Suruh ketua kawasan tu ajar dia adab.”

“Hmmm waktu macam ni lah sepatutnya De Paula berguna dapat kerakyatan, ikut ust pergi sana berdakwah, eratkan hubungan Malaysia dan Brazil.”

Dan ada beberapa lagi komen yang sepertinya tak sesuai untuk ditulis di sini, tapi yang pasti, ramai juga peminat yang bersetuju dengan kenyataan-kenyataan dari mereka.

Selepas tamat aksi kemenangan 3-1 Malaysia menewaskan Kemboja malam semalam, nama De Paula trending di semua platform media sosial.

Beliau teruk di maki oleh para peminat atas aksi hambarnya di atas padang, dan juga sikap tidak bermoral yang beliau tunjukkan di luar padang ketika dikeluarkan pada aksi babak kedua permainan.

Sikap tak bermoral De Paula di dalam dan luar padang

Dari awal sepak mula perlawanan antara Malaysia bertemu Kemboja, sehingga ke hari ini, nama De Paula masih lagi menjadi bualan mulut para peminat bola sepak.

Pemain naturialisasi itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat mengecewakan ketika aksi kemenangan 3-1 Malaysia tewaskan Kemboja malam semalam.

Sepanjang 65 minit beraksi, beliau sama sekali gagal untuk berikan impak seperti yang diharapkan oleh para peminat, sebaliknya pemain-pemain tempatan lebih menonjol.

De Paula sebenarnya sangat diharapkan untuk memberikan impak yang lebih positif, memandangkan beliau mempunyai kelebihan fizikal yang boleh dimanfaatkan.

Selain gagal menjaringkan gol, beliau juga gagal mencipta gerakan-gerakan yang merbahaya ke kubu lawan, dan tidak keterlaluan untuk katakan beliau seolah-olah sekadar ada sahaja di atas padang.

Tular di media sosial pada ketika ini, aksi De Paula yang menunjukkan reaksi tidak gembira melihat Akhyar Rashid meledak gol kedua untuk negara pada aksi babak kedua permainan.

Syafiq Ahmad berjaya melakukan hantaran membelah padang ketika Malaysia melakukan serangan pantas, dan bola hantaran beliau cantik menemui Akhyar Rashid.

Mat Yat membawa bola masuk ke kotak penalti lawan, dan turut berjaya memperdaya dua pemain pertahanan Kemboja sebelum melepaskan rembatan leret yang menakjubkan untuk gol kedua Malaysia.

Ketika Akhyar membawa bola masuk ke kotak penalti lawan, bintang yang difitnah sebagai pemain pilihan netizen itu sekadar melihat sahaja rakan sepasukannya cuba melepasi pemain lawan sambil beliau sendiri langsung tidak berusaha meminta bola.

Ketika Akhyar sudah ada ruang untuk melepaskan rembatan, beliau masih berdiri tegak umpama mahu menyanyikan lagu kebangsaan.

Selepas bola berada dalam gawang gol lawan, beliau langsung tidak menunjukkan reaksi gembira atas kejayaan pasukan memperoleh gol kedua dalam perlawanan ini.

Beliau sekadar berjalan dengan muka kerek sambil pemain lain bersemangat meraikan gol jaringan dari Akhyar Rashid itu.

Jadi sekarang kenapa reaksi dia begitu? Dia kecewa Akhyar tak passing bola? Atau dia kecewa dia gagal jaringkan gol?

Dek kerana langsung tak menyumbang apa-apa, De Paula telah dikeluarkan pada minit ke-65 permainan, dengan TCH memasukkan Luqman Hakim sebagai pengganti.

Ketika berjalan keluar meninggalkan padang, De Paula telah mendapat tepukan gemuruh dari para penyokong yang ada dalam stadium.

Menurut wakil ESPN Asia, Gabe Tan, De Paula telah menjeling para penyokong negara yang ada dalam stadium sebelum melepaskan kemarahannya dengan mencari gaduh dengan botol di tempat duduk pemain simpanan.

Beliau berkemungkinan tak puas hati dengan sorakan dari para penyokong, yang beliau rasakan sekadar menganjing dirinya dan bukanlah tepukan penghargaan atas aksinya yang tidak seberapa di atas padang itu.

Pengurus pasukan, Tan Cheng Hoe ketika temu bual selepas tamat perlawanan telah bercakap tentang hal tersebut, dengan beliau menyatakan bahawa:

“Saya akan uruskan masalah ini. Dia sudah berikan yang terbaik ketika sesi latihan + dia juga sangat komited. Kadang kala ini hanyalah kekecewaan kerana dia gagal untuk jaringkan gol.”

“Saya sangat yakin yang De Paula sudah cukup matang, semoga dia boleh jadi contoh yang baik kepada pasukan.”

Ketika nama beliau sedang teruk dihentam oleh para peminat atas aksi hambar yang beliau persembahkan, tindakan mencari gaduh dengan penyokong sebenarnya satu keputusan yang kurang pandai.

Beliau tak sepatutnya menunjukkan reaksi seperti itu dihadapan para penyokong, apa lagi menjeling lalu melempar botol untuk meluahkan rasa tak puas hatinya beliau dengan aksi dalam perlawanan ini.

Bukan kerana beliau pemain naturialisasi maka beliau menjadi kambing hitam atau punching bag untuk para peminat, namun aksi yang beliau persembahkan jelas sekali menunjukkan beliau layak untuk dihentam.

Seandainya beliau benar-benar kecewa kerana gagal untuk menjaringkan gol, tindakan paling tepat yang boleh beliau lakukan adalah meminta maaf kepada para penyokong.

Atau setidak-tidaknya diam dan terus duduk di tempat duduk pemain simpanan dan bukanlah dengan mencari gaduh semula dengan penyokong.

Kemenangan 3-1 menewaskan Cambodia bukan satu tiket untuk para pemain skuad Harimau Malaya menarik nafas lega.

Dengan aksi hambar yang mereka pamerkan sepanjang aksi babak pertama, Malaysia berpotensi untuk kena lunyai dengan pasukan yang ada kualiti seperti Vietnam atau Indonesia.

Tan Cheng Hoe perlu lakukan sesuatu, dalam usaha beliau untuk mengelak skuad kebangsaan diaibkan dalam mana-mana perlawanan sepanjang kejohanan ini.

Walau Malaysia dianggap bukanlah sebagai pasukan pilihan, namun barisan pemain yang kita miliki sebenarnya sudah cukup untuk melayakan Harimau Malaya menjuarai saingan AFF Suzuki Cup tahun ini.

Di usia 35 tahun, edisi AFF kali ini merupakan yang terakhir untuk De Paula buktikan sesuatu, agar beliau tidak terus dikenang sebagai pemain naturialisasi paling sia-sia dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Seandainya De Paula masih pamerkan aksi yang sama sahaja selepas ini, maka lebih baiklah kalau Tan Cheng Hoe meletakkan saja beliau dibangku simpanan, atau kirim semula ke Malaysia.

Sumber: Vocket

BACA:  Kritik De Paula Tiada Masalah, Tapi Perlu Ke Sampai Menghina?