Neville Dan Keane Meyampah Tengok Perangai Macam Sial Fernandes, Diving & Kuat Melambai

Gary Neville yang marah melabel Bruno Fernandes sebagai memalukan kerana telatahnya semasa kekalahan mengejut Manchester United kepada Liverpool.

Perangai macam sial Fernandes membuatkan Neville dan Roy Keane menyampah dengan pemain legenda Manchester United itu yang baru menjulang Piala Carabao bersama sama dengan Harry Maguire.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mencatatkan enam gol dalam separuh masa kedua yang menggerunkan untuk United di Anfield, mengesahkan kemenangan luar biasa 7-0 selepas mendahului 1-0 pada rehat – dan tanpa jaringan selepas 43 minit.

Pemain United kehilangan pertimbangan dan pedoman mereka dalam 45 minit kedua yang tidak bermaya, akhirnya tenggelam dalam rekod kekalahan terburuk mereka dalam era Liga Perdana Inggeris.

Dan yang lebih teruk ianya kekalahan terburuk yang pernah dicatatkan mereka di tangan Liverpool. Musuh tradisi mereka sejak turun temurun sebelum resepi adabi dijumpai lagi pada era istana zaman silam.

Kapten Manchester United, Bruno Fernandes menempuhi hari permainan yang sangat buruk dan pada satu peringkat kelihatan mengadu kepada pengurusnya Erik ten Hag tentang apa benda entah.

Neville berkata: “Separuh masa kedua adalah satu keaiban, kekacauan,” kata bekas pemain pertahanan United, Neville, yang mengulas mengenai perlawanan itu.

“Tapi tiada contoh yang lebih teruk daripada Bruno Fernandes, yang telah memalukan – berantakan – dalam permainan ini.”

Dan satu detik lagi menimbulkan kemarahan Neville, apabila Fernandes menjatuhkan diri di bawah sentuhan minima dari bek tengah Liverpool, Ibrahima Konate.

Fernandes menahan mukanya selepas mendakwa mukanya retak ditolak oleh Konate, sedangkan tangan pemain Liverpool itu hanya menyentuh dada Fernandes selepas diteliti VAR.

Neville makin tidak dapat menahan dirinya dan berkata: “Terdapat pemeriksaan VAR untuk siku – ia berada di dadanya,” kata Neville semasa menonton ulangan di Sky Sports.

“Oh babilah, dia pegang mukanya la pulak, hanatnya perangai. Memalukan betul la Bruno Fernandes ni.”

“Sentuhan tu terkena dadanya sikit je pun dan dia jatuh. Dia sangat mengecewakan pada masa-masa tertentu.”

Seterusnya Roy Keane tidak mahu melepaskan peluang mengutuk Bruno Fernandes.

Dia berkata: “Isyarat gerak badannya pada hari ni tak ada makna langsung, memalukan la sial.”

Seterusnya Keano tak puas hati tengok Bruno Fernandes yang kuat mengadu dan melambai lambai tangannya tanda protes kepada pengadil bahawa ada sesuatu yang tak kena.

Dah ruper orang nak tunggu bas Metro Kajang.

Kapten legenda Manchester United itu, Roy Keane berkata:

“Dia pemain yang berbakat, kapten kamu, tapi gerak tubuhnya, asyik melambai lambai tangannya, tak berlari ke bawah untuk bertahan, kamu tak akan gembira melihat dia di bilik persalinan.”

Satu lagi insiden yang menarik perhatian peminat bola sepak, adalah detik Bruno Fernandes cuba menyepak Trent Alexander Arnold dan kemudian menolak penjaga garisan.

Mujur sahaja dia tidak dilayangkan kad kuning kerana tindakannya itu.

Di sebalik kelakuan bodoh Fernandes itu, ada juga peminat Manchester United mempertahankan tindakannya.

Menurut mereka, semua itu berlaku kerana Fernandes keletihan kerana jadual yang padat.

Jadi tak perlulah terlalu mengkritik Bruno Fernandes.

Bruno Fernandes dikenali sebagai antara pemain tengah terbaik di dunia. Walaupun kadangkala dia cepat emosi di atas padang.

Semuanya berlaku kerana dia terlalu sayangkan Manchester United.

Siapa yang tidak kenal dengan pemain bernama Bruno Fernandes, pemain yang menjadi ikutan muda mudi generasi baharu kerana gaya penaltinya yang mengenjut mengejut dan sepak.

BACA:  Fabrizio Romano: Here We Go! Onana Dijangka Tiba Di Old Trafford Minggu Ini