Neville: Ronaldo Kena Keluar Dari Manchester United

neville sepanyol

Gary Neville berpendapat bahawa Cristiano Ronaldo perlu keluar dari Manchester United dan Setan Merah juga perlu berlapang dada dan reda dengan membenarkan pemain Superstar itu pergi.

Spekulasi mengenai masa depan Ronaldo telah mendominasi persiapan pramusim Manchester United sejak superstar Portugal itu membuat permintaan perpindahan mengejut bulan lalu.

Selepas terlepas jelajah pramusim di Thailand dan Australia, Ronaldo bermain perlawanan pemanas badan pertamanya pada hari Ahad menentang Rayo Vallecano tetapi diturunkan pada separuh masa selepas interaksi tegang dengan pengurus baharu Erik ten Hag.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu dilihat meninggalkan Old Trafford sebelum sepenuh masa, tingkah laku yang Ten Hag kemudiannya labelkan sebagai “tidak boleh diterima”.

Bercakap dalam episod terbaru rancangan Sky Bet’s The Overlap, bekas kapten Manchester United, Neville berkata, Ronaldo sepatutnya dibenarkan meninggalkan kelab itu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Untuk kebaikan bersama terutamanya keharmonian bilik persalinan, Ronaldo perlu dilepaskan dan jika Ronaldo main taik sekalipun dia tetap pemain terbaik dunia.

“Pencapaian Ronaldo dalam bola sepak telah melangkaui apa-apa yang diingini dan dibayangkan oleh sesiapa sahaja,” kata Neville, yang bermain bersama Ronaldo semasa musim pertama pemain Portugis itu di Old Trafford.

“Ronaldo akan dinobatkan sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman dan akan terus berada diasitu. Apa yang berlaku pada musim panas ini di Manchester United akan dilupakan dalam tempoh 20 tahun.”

Sebagai bekas kapten Setan Merah, Neville faham apa yang berlaku di bilik persalinan apabila pemain bintang memberontak.

“Tetapi adalah tidak menyenangkan bagi saya untuk menonton sebagai bekas kapten Manchester United, memikirkan bahawa pada masa ini pemain bintang di bilik persalinan sedang membuat onar.”

“Ia pernah berlaku pada beberapa tahun kebelakangan ini, di mana anda mempunyai ejen [Paul] Pogba – tidak semestinya Pogba – tetapi ejennya sentiasa membuat masalah.”

Sambil memberi contoh dengan apa yang dilakukan Paul Pogba dan ejennya sebelum ini, Neville mahu kelab memudahkan pemergian Ronaldo supaya kejadian buruk tidak berulang.

Kerana pemain bintang tidak layak untuk merajai pasukan dan bilik persalinan. Di zaman Sir Alex Ferguson, semua pemain yang besar kepala terus saja ditendang keluar.

“Anda tidak boleh mempunyai seorang pemain bintang dalam kelab yang mengendalikan kedai. Anda tidak boleh memilikinya. Jadi apabila Sir Alex Ferguson pada masa lalu menjual pemain, itu kerana pemain itu perlu berpindah.”

“Saya tahu peminat Manchester United mahu Ronaldo kekal. Tetapi jika Ronaldo mahu pergi, Manchester United – dalam fikiran saya – harus memudahkannya.”

Neville menambah dia kagum dengan perlawanan pramusim United:

“Saya tidak pasti mereka boleh menjaringkan gol itu, jika Ronaldo berada di sana. Saya tidak pasti samada Ronaldo sesuai dengan pasukan.”

Neville meluahkan bahawa dia berasa kecewa dengan strategi perpindahan Manchester United pada musim panas ini, dengan sasaran nombor satu Frenkie de Jong masih belum ditandatangani.

Dia merasakan Erik ten Hag tidak mendapat sokongan yang cukup dari kelab:

“Dia tidak disokong oleh kerja-kerja di luar padang bagi mendapatkan pemain yang dia mahukan.”

“Jika anda berkata kepada saya beberapa bulan lalu United akan mempunyai Fred dan Mctominay di bahagian tengah dan Martial di hadapan, saya akan katakan pengurus telah diberikan tugas yang cukup sukar.

“United pada dasarnya tidak boleh mendapatkan pemain. Kegagalan lama nampaknya masih ada.”

Neville juga mempersoalkan sama ada menyasarkan pemain dari Eredivisie akan berjaya, dengan menyatakan:

“Saya agak bimbang tentang strategi itu.”

Neville membandingkan saga Frenkie de Jong yang berlarutan dengan usaha perpindahan Jadon Sancho sebelum ini, mengulas:

“Anda kehilangan kegembiraan jika pemain berjaya diikat, ia menjadi sesuatu yang memalukan. Saya bimbang mereka masih tidak boleh mendapatkan tandatangan hingga ke sudah.”

Gary Neville sebelum ini adalah pembela tegar Ronaldo yang dikatakan merosakkan perancangan pasukan namun kini lebih mementingkan masa depan kelab.

Walaupun meragui dengan strategi mendapatkan pemain Eredivise, Neville seperti percaya dengan kemampuan Ten Hag mampu memberikan sesuatu selepas melihat aksi pramusim.

BACA:  Southgate Dedah Alasan Mengapa Beliau Tidak Setuju Ronaldo Cari Gaduh Dengan Botol Coca-Cola