Newcastle Berminat Menandatangani 4 Pemain United Januari Ini

Newcastle United telah menyenaraikan empat pemain setan merah yang mahu mereka tandatangani pada jendela perpindahan Januari ini nanti.

Menurut laporan terbaru dari media UK, The Magpies berminat dengan kesemua empat pemain tersebut untuk menjadi sebahagian dari projek terbaru mereka memajukan Newcastle.

Public Investment Fund (PIF) yang diketuai oleh Putera Mahkota, Mohammed bin Salman telah berjaya melengkapkan pembelian Newcastle United pada awal minggu lalu dengan nilai £305 juta.

Syarikat Konsortium Arab Saudi itu telah disambut dengan sangat baik oleh para penyokong Newcastle yang selama ini menderita di bawah penaklukan 14 tahun Mike Ashley.

Kini, pemilik baru Newcastle dijangka tidak akan menunggu lama untuk mengeluarkan dana mega untuk dibelanjakan pada jendela perpindahan Januari ini nanti.

Menurut laporan sama, The Magpies sepertinya akan mengeluarkan dana bernilai £190 juta pada jendela perpindahan akan datang, dalam usaha mereka untuk menambah kekuatan skuad sedia ada.

Manchester Evening News melaporkan yang empat pemain utama dari skuad Manchester United berada dalam senarai pemain yang mahu ditandatangani oleh Newcastle.

Anthony Martial yang menolak tawaran untuk menyertai Lyon pada musim panas baru-baru ini, turut menjadi sasaran untuk ditandatangani oleh Newcastle pada Januari ini nanti.

Selain Martial, Jesse Lingard turut berada dalam radar Newcastle memandangkan kontrak beliau bersama kelab akan tamat pada tahun 2022 nanti.

Kedua-dua Lingard dan Martial agak sukar untuk mendapatkan minit permainan di Old Trafford musim ini, dan mereka mungkin akan bersetuju untuk meninggalkan kelab dalam usaha mendapatkan minit permainan yang dikehendaki.

Donny Van de Beek yang sebelum ini hangat dikaitkan bakal menyertai Everton, turut mengalami masalah sama di Old Trafford pada ketika ini

Beliau juga berkemungkinan akan meninggalkan United pada jendela perpindahan Januari nanti, memandangkan Newcastle berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Newcastle dijangka akan memperkukuhkan barisan pertahanan mereka, dengan Eric Bailly menjadi sasaran untuk ditandatangani pada jendela perpindahan Januari ini.

Sejak kedatangan Raphael Varane, minit permainan untuk Eric Bailly semakin berkurangan dan beliau juga sepertinya sudah hilang tempat dari skuad utama setan merah.

Aaron Ramsey, James Tarkowski dan Wilfried Zaha turut hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani perjanjian bersama Newcastle pada jendela perpindahan Januari ini nanti.

Amanda Staveley membantu PIF untuk melengkapkan pengambilalihan Newcastle dari Mike Ashley, dengan The Magpies kini menjadi salah sebuah kelab terkaya dalam dunia bola sepak.

Beliau baru-baru ini turut ditanya tentang cadangan untuk Newcastle menandatangani nama besar seperti Kylian Mbappe dari Paris Saint Germain, memandangkan bintang Perancis itu bakal menjadi pemain free ejen musim hadapan.

Staveley kemudiannya mendedahkan kepada The Daily Mirror bahawa:

“Kita akan masuk ke pasaran pemain untuk mendapatkan pemain berkelas dunia, kita sudah pernah lakukan itu sebelum ini.”

“Tapi kami perlu infrastruktur yang kukuh untuk pemain berkelas dunia itu. Kami akan sampai di situ, dan kami sudah ada pemain berkelas dunia, kami mahu memastikan mereka dapat sokongan yang mereka mahukan dari kami.”

“Kamu perlu menyeimbangkan segalanya, tapi kami di sini bukan untuk jadi tak rasional, kami akan gunakan dana dengan betul.”

“Kami perlu lakukan kajian penuh, macam mana perancangan, apa kami cari pada Januari nanti, tapi semua ini memang memerlukan masa.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Premier League 2020/21: Brighton & Hove Albion 2-3 Manchester United