Newcastle Boleh Berbelanja Ratusan Juta Tanpa Melanggar Peraturan FFP

Pemilik baru Newcastle United boleh berbelanja sehingga £200 juta dan tidak perlu risau dengan peraturan Financial Fair Play (FFP).

Hal ini kerana bekas pemilik kelab, Mike Ashley telah memastikan yang The Magpies tidak akan mencatatkan kerugian lebih dari £105 juta.

Nilai tersebut sebenarnya nilai maksimum untuk sesebuah kelab dalam saingan Premier League hilang untuk tempoh masa selama tiga tahun.

Begitu juga dengan nilai keuntungan lebih dari £38 juta pada ketika itu dan £50 juta pelaburan untuk skim komuniti dan akademi Newcastle (yang mana ia dikecualikan dari Financial Fair Play).

Atas semua itu, ia memberi ruang kepada Syarikat Konsortium Arab Saudi itu untuk berbelanja besar pada Januari ini dan pada jendela perpindahan akan datang.

“Atas segala kesilapan yang dilakukan oleh Mike Ashley, saya tetap sangat berminat untuk membeli kelab dari dia.”

Jelas pakar kewangan bola sepak, Kieran Maguire kepada Daily Mail.

“Terdapat begitu banyak ruang buat pemilik baru melabur untuk Newcastle jika mereka mahu.”

“Mike Ashley sendiri merupakan jenama toksik ketika berbicara tentang tajaan dan Newcastle berdepan kesukaran untuk membangun seperti pasukan lain.”

“Sekarang ni ada banyak ruang untuk menaikkan pengiklanan dan nilai tajaan dari Arab Saudi sendiri. Kita nampak semua itu berlaku pada Manchester City. Mereka boleh menandatangani pemain dengan dana dari pemilik.”

Rundingan pengambil alihan kelab telah diumumkan secara rasmi awal pagi tadi, seterusnya ia mengakhiri tempoh 14 tahun Mike Ashley menjadi pemilik kelab.

Berita tersebut diraikan penuh meriah oleh para penyokong Newcastle di perkarangan stadium di St. James Park dengan para peminat begitu teruja menyambut pemilik baru kelab.

Ramai bekas pemain, bintang terkenal, para penyokong seluruh dunia begitu teruja dengan apa yang berlaku, dan tidak sabar untuk melihat bagaimana perkembangan Newcastle selepas ini.

“Apa yang kami lakukan adalah bertahan dan bertahan selama tempoh 14 tahun.”

Jelas penyerang legenda kelab, Alan Shearer kepada BBC Sport.

“Kita seolah tak ada cita-cita sebenar, kita hanya berusaha menyelamatkan diri dari tersingkir, beraksi dalam pertandingan domestik, dan bandar ini serta kelab bola sepak bersama penyokong kita berhak untuk dapat yang lebih baik.”

“Para penyokong sememangnya setia, mereka sangat sayangkan kelab dan hidup mereka untuk Newcastle United. Semuanya bergantung pada Newcastle untuk menang pada Sabtu nanti.”

“Mereka bekerja keras sepanjang minggu untuk habiskan duit mereka pada kelab, jadi saya faham mengapa penduduk di bandar ini begitu gembira dan bahagia hari ini, sebab saya juga rasa hal yang sama.”

“Penyokong kita juga perlu tahu yang mereka bernilai, kerana selama tempoh 14 tahun mereka tak rasa semua itu, jadi hari ini akan jadi sangat istimewa untuk mereka.”

Dengan billions ada dalam simpanan, maka Newcastle bebas berbelanja mengikut kehendak mereka, dan tidak mustahil mereka bakal menjadi kuasa besar dalam saingan bola sepak Inggeris selepas ini.

Selepas pengambilalihan Newcastle dari Mike Ashley kepada Syarikat Konsortium Arab Saudi, mereka kini menjadi kelab yang terkaya dalam dunia bola sepak.

Newcastle secara rasminya dimiliki oleh pemilik paling kaya, dalam saingan Premier League, bahkan jauh lebih kaya berbanding pemilik Manchester City.

Lihat saja kepada senarai kekayaan yang dimiliki oleh pemilik pasukan Premier League seperti di bawah.

Senarai Kekayaan Pemilik Pasukan Premier League:

20. Brentford- Matthew Benham (£3juta)

19. Norwich- Delia Smith and Michael Wynn Jones (£23 juta)

18. Burnley- Mike Garlick (£62 juta)

17. Watford- Gino Pozza (£93 juta)

16. Leeds United- Andrea Radrizzani (£344 juta)

15. Brighton- Tony Bloom (£765 juta)

14. West Ham United- David Sullivan and David Gold (£1.62 billion)

13. Everton- Farhad Moshiri (£1.9 billion)

12. Liverpool- John Henry (£2.14 billion)

11. Southampton- Gao Jisheng (£2.3 billion)

10. Leicester- Aiyawatt Srivaddhanaprabha (£2.9 billion)

9. Crystal Palace- Joshua Harris (£3.36 billion)

8- Manchester United- The Glazers (£3.5 billion)

7- Tottenham Hotspur- Joe Lewis (£3.6 billion)

6- Wolves- Guo Guangchang (£4.5 billion)

5- Aston Villa- Nassef Sawiris (£5.3 billion)

4- Arsenal- Stan Kroenke (£6.35 billion)

3- Chelsea- Roman Abramovich (£9.6 billion)

2- Manchester City- Sheikh Mansour (£22.9 billion)

1- Newcastle United- Saudi Public Investment Fund (£320 billion)

Melihat kepada senarai ini tentunya bakal menjadi berita paling menggembirakan untuk para penyokong Newcastle.

Ia jelas sekali kerana mereka bakal memiliki kemampuan untuk mendapatkan pemain-pemain handalan dalam dunia bola sepak, tanpa perlu memikirkan soal pembayaran gaji.

Sumber: SPORTbible

BACA:  RASMI: Newcastle United Kini Sah Mempunyai Pemilik Baharu