Newcastle Ditendang Keluar Dari Saingan FA Cup Oleh Pasukan Kerdil Dari League One

Newcastle United dikejutkan dengan kekalahan yang sangat memalukan di tangan sebuah kelab yang berada di zon penyingkiran saingan division ketiga liga bola sepak Inggeris.

The Magpies diaibkan 1-0 oleh Cambridge United yang kini sedang beraksi dalam saingan League One ketika aksi pertembungan dalam saingan Piala FA malam semalam di St James Park.

Kalah di halaman sendiri sudah cukup memalukan, apa lagi dikalahkan oleh pasukan kerdil yang beraksi di liga division ketiga.

Lebih mengejutkan lagi, Newcastle United dalam perlawanan ini mereka telah menurunkan kesebelasan terbaik yang mereka miliki.

Kieran Trippier yang baru ditandatangani dari Atletico Madrid kemarin juga turut diturunkan dalam kesebelasan utama Newcastle dalam perlawanan ini.

Jelas sekali tiada masalah kekurangan pemain atau pemain penat kerana Newcastle sudah berehat cukup panjang sebelum kembali turun beraksi dalam perlawanan malam semalam.

Joe Ironside berjaya meledak gol kemenangan untuk Cambridge United mencipta sejarah pertama kali menewaskan pasukan dari saingan Premier League.

Gol jaringan beliau pada minit ke-56 permainan sudah cukup untuk mendiamkan 51,395 penyokong yang hadir ke St James Park untuk melihat pasukan kesayangan mereka mencatatkan kemenangan.

Kieran Trippier jelas sekali tidak melalui debut yang sempurna dalam perlawanan ini selepas skuadnya tewas di tangan pasukan dari saingan League One.

Walau bagaimanapun, Trippier sendiri sudah sememangnya gemar dengan cabaran dan itu adalah hal yang paling beliau mahukan ketika bersetuju untuk sertai Newcastle.

Alasan Trippier menyertai Newcastle

Kieran Trippier telah ditanya soalan paling mencabar oleh seorang wartawan ketika temu bual pertamanya sebagai pemain Newcastle.

Beliau telah ditanya tentang mengapa memilih untuk menyertai Newcastle berbanding kekal bersama Juara bertahan saingan La Liga itu.

Pemain berusia 31 tahun itu secara rasminya telah menjadi penandatanganan pertama Newcastle United di bawah pemilikan Syarikat konsortium Arab Saudi.

Beliau telah menandatangani perjanjian selama dua tahun setengah, dan sudah tentu beliau diharapkan akan dapat membantu kelab untuk mengelak dari tersingkir.

Trippier merupakan pemain terpenting Atletico Madrid ketika kariernya dalam saingan La Liga dan beliau berjaya membantu kelab untuk mara ke pusingan kalah mati dalam saingan Champions League musim ini.

Atletico Madrid selepas ini akan turun beraksi bertemu Manchester United dalam aksi pusingan 16 terbaik dalam saingan Premier League.

Trippier sudah tentu tidak akan bermain dalam perlawanan tersebut, dengan beliau akan memberi sepenuh perhatian untuk bantu Newcastle mengelak dari tersingkir ke saingan Championship musim hadapan.

Newcastle United pada ketika ini berada di kedudukan ke-19 liga, dengan mereka kini hanya dipisahkan dengan tiga mata sahaja untuk mengelak dari berada di zon bahaya.

Trippier sementara itu menegaskan yang cabaran itulah yang beliau sangat suka dan menjadi sebab mengapa beliau memilih untuk menyertai Newcastle United.

“Mengapa bertukar dari pusingan 16 terbaik Champions League kepada pasukan yang bergelut di zon penyingkiran?”

Soal wartawan kepada Kieran Trippier.

“Saya sudah jelaskan hal ini beberapa bulan lalu, yang seandainya saya ada kesempatan untuk pulang ke Premier League saya sangat suka untuk terima. Ia juga penting untuk keluarga saya.”

“Ia peluang yang hebat. Saya seorang pemain yang sukakan cabaran. Saya melalui cabaran ketika memilih untuk pergi ke Atletico, bertukar negara, liga berbeza, sekarang saya bersama Newcastle.”

“Saya tahu kedudukan mereka pada ketika ini, saya di sini untuk bantu semampu saya baik dalam mahupun di luar padang.”

Trippier pernah bekerjasama dengan pengurus Newcastle, Eddie Howe sebelum ini ketika Howe menandatangani beliau dari Manchester City untuk beraksi bersama Burnley pada tahun 2012 yang lalu.

“Saya ada hubungan yang sangat baik dengan pengurus, semua orang tahu.”

Sambung Trippier lagi.

“Saya pernah bekerjasama dengan dia sebelum ini.”

“Saya merupakan seorang pemain yang suka cabaran dan ini jelas sekali satu cabaran untuk saya dan ia menjadi sebab mengapa saya sangat teruja.”

Pemain kebangsaan England itu sebelum ini melengkapkan perpindahan dari Tottenham Hotspur ke Atletico Madrid pada 2019 selepas empat tahun beliau di London.

Sepanjang kariernya di Sepanyol, beliau berjaya membantu skuad kendalian Diego Simeone itu untuk memenangi gelaran La Liga pertama mereka sejak tujuh tahun lalu pada musim lalu.

Trippier turut dituduh memilih Newcastle kerana duit semata-mata dan Howe dengan segera tampil untuk membidas kenyataan tersebut.

“Itu petanda yang kelab ini memiliki daya tarikan mereka yang tersendiri, dan saya tidak bercakap tentang kewangan.”

“Kieran bukan datang kerana duit semata-mata, dia datang untuk kelab ini dan dia mahukan cabaran dan demi visi jangka masa panjang.”

“Semoga saja dengan penandatanganan ini, pemain lain seluruh dunia akan terinspirasi dengan impian dan visi dia.”

BACA:  Man Utd Cipta Statistik Terburuk Mereka Sepanjang Musim Ini Ketika Aksi Bertemu Newcastle