N’Golo Kante Bakal Terlepas Piala Dunia 2022

Pemain paling rendah diri dan tawadduk dalam sejarah dunia bola sepak, N’Golo Kante telah menghadirkan berita sedih buat semua apabila dilaporkan bakal terlepas Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar.

Menurut laporan The Athletic, pemain antarabangsa Perancis berusia 31 tahun itu, yang sering menjadi antara nama pertama dalam lembaran pasukan Didier Deschamps, telah diketepikan selama kira-kira tiga bulan selepas mengalami kecederaan dalam sesi latihan bersama Chelsea.

Selepas kembali beraksi minggu lalu berikutan kecederaan hamstring, Kante dilihat seperti kembali bersedia untuk mempamerkan aksi tanpa lelah walaupun berlari sepanjang perlawanan.

Tetapi bos Chelsea, Graham Potter telah mengesahkan ia “bukan berita baik” untuk pemain Perancis itu, yang akan berjumpa perunding perubatan hujung minggu ini bagi mengetahui tahap kecederaan.

“Dia sepatutnya berjumpa perunding pada hujung minggu,” kata Potter.

“Ia adalah satu langkah ke belakang, ia bukan berita baik, tetapi saya tidak dapat memberi anda apa-apa maklumat lagi pada peringkat ini.

“Berdasarkan sejarah, ada perkara yang telah berlaku yang memberi kebimbangan, jadi kita perlu memahami perkara itu.”

“Ia adalah satu kemunduran pada peringkat pemulihan, ini yang membimbangkan, tetapi apa yang boleh kita lakukan ialah mendapatkan diagnosis yang betul, mendapatkan perundingan yang betul, dan cuba membantu dia kembali cergas sepenuhnya dan menikmati bola sepaknya.”

Kante tidak beraksi untuk pasukan Liga Perdana itu sejak Ogos, di mana dia mendapat kecederaan ketika menentang Spurs.

Pengurus Perancis Didier Deschamps sudah pasti akan kecewa dengan berita mengenai kecederaan yang dialami N’Golo Kante ini.

Tahun lalu, dia menamakan Kante sebagai nama pertama dalam senarai pasukannya selepas dia memainkan peranan penting dalam kedua-dua kempen mereka yang memenangi Piala Dunia pada 2018 dan Kejohanan Eropah musim panas lalu.

Didier Deschamps telah menyanjung dan memuji persembahan yang telah diberikan oleh Kante kepada Perancis.

“Pemain tengah bekerja dalam bayang-bayang,” kata Deschamps kepada El Pais pada Jun 2021.

“Dia tidak diberi perhatian media kerana dia tidak ‘penting’. Dari semasa ke semasa, lampu menyinari mereka. Itulah yang berlaku untuk Kante sekarang.”

N’Golo Kante – Pemain Piala Dunia Yang Paling Tawadduk

Sikap Kante yang merendah diri amat disenangi semua orang dan namanya sentiasa menjadi pilihan dan Kante hanya menjadi perhatian media atas perkara yang baik-baik sahaja.

“Dia adalah pemain pertama yang dipilih oleh rakan sepasukannya untuk pasukan mereka dalam latihan. Dan dia adalah nama pertama yang dicatat oleh jurulatih, pengurus pasukan kebangsaan apabila dia memutuskan kesebelasan utamanya.”

Selain laporan The Athletic mengenai kecederaan Kante, penerbitan Perancis L’Equipe juga mengesahkan Kante tidak akan mengambil bahagian dalam Piala Dunia musim sejuk ini.

Kehilangan N’Golo Kante sudah pasti tidak memberi kesan besar kepada Skuad kebangsaan Perancis yang mempunyai squad Depth yang sangat dalam dan ramai lagi boleh menjadi pengganti.

Pemain-pemain seperti Kylian Mbappe dan Karim Benzema pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Dan kerana itulah Perancis dilihat sangat-sangat berpotensi untuk mempertahankan gelaran Piala Dunia yang mereka menangi pada edisi lalu itu.

Disaingan UEFA Nations League, Deschamps telah mengetepikan nama besar untuk memberi peluang kepada muka-muka baru yang bakal menjadi tonggak masa depan Les Blues.

Deschamps akan mengumumkan senarai skuad rasminya untuk kejohanan itu pada 9 November dan selain Kante, Paul Pogba juga seakan pasti akan terlepas kejohana teragung itu.

Les Bleus akan menentang Australia dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia pada 22 November sebelum berdepan Denmark dan Tunisia dalam Kumpulan D.

BACA:  Lampard Dedah Masalah Sebenar Beliau Dengan Kante Ketika Kariernya Di Stamford Bridge