Nike Sah Batalkan Perjanjian Bersama Mason Greenwood

Nike secara rasminya telah membatalkan hubungan mereka bersama Mason Greenwood selepas bintang England itu ditangkap oleh pihak polis atas pertuduhan merogol dan keganasan domestik.

Pemain penyerang Manchester United itu telah dibawa ke balai polis untuk disoal siasat pada minggu lalu, selepas kekasihnya memuat naik bukti-bukti kedayusan Mason Greenwood di laman instagram miliknya.

Beliau turut ditahan oleh pihak polis atas tuduhan gangguan seksual dan ugutan bunuh sebelum beliau dilepaskan atas jaminan polis.

Greenwood telah digantung oleh Manchester United, sementara penaja boots beliau, Nike sebelum ini ada menyatakan yang mereka turut mahu menggantung semua perjanjian bersama bintang England itu.

“Kami sangat prihatin terhadap pertuduhan yang sangat mengganggu itu dan kami akan terus memantau situasi ini dengan lebih dekat.”

Walaupun, syarikat pakaian sukan gergasi Amerika itu kini telah mengesahkan yang mereka telah membatalkan kesemua perjanjian tajaan dengan Mason Greenwood.

Jurucakap Nike mendedahkan kepada The Athletic bahawa:

“Mason Greenwood kini bukan lagi atlet yang ditaja oleh Nike.”

Greenwood kini tidak lagi menyertai skuad Manchester United baik ketika sesi latihan mahupun ketika hari perlawanan.

Kesemua merchandise miliknya yang dijual di laman rasmi kelab juga turut ditarik balik dan kepada peminat yang pernah membeli barangan miliknya, mereka boleh memilih untuk memulangkan semula barangan tersebut dan menukar kepada yang baru secara percuma.

Greenwood turut telah disingkirkan dari FIFA 22 dan Konami eFootball dan dipendekkan cerita beliau kini sudah dianggap tidak wujud dalam dunia bola sepak.

Greenwood dibebaskan atas jaminan polis

Pemain kontroversi Manchester United, Mason Greenwood telah dibebaskan atas jaminan pihak polis, sementara menunggu kes beliau disiasat dengan lebih lanjut.

Polis Greater Manchester telah mengumumkan hal tersebut pada petang semalam dengan mereka mendakwa Greenwood dibebaskan atas jaminan polis.

Polis Greater Manchester telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:

“Lelaki berusia 20 tahun yang ditahan atas tuduhan memperkosa dan keganasan terhadap wanita telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut.”

Mason Greenwood tidak dinafikan lagi ketika ini sedang berada di titik terburuk sepanjang kariernya, dan beliau berpotensi untuk bersara lebih awal dari dunia bola sepak.

Audio rakaman Greenwood paksa kekasih berjimak

Audio rakaman Mason Greenwood memaksa teman wanita untuk berjimak bersamanya tular di media sosial dan ia menunjukkan yang bintang muda Man Utd itu sebenarnya terlalu dan teramat rakus.

Harriet Robson telah berkongsi video, audio dan gambar tentang keganasan Mason Greenwood terhadapnya di laman instagram.

Mason Greenwood kini sedang ditahan oleh pihak polis dengan siasatan terhadap segala pertuduhan ke atasnya sedang dijalankan.

Audio rakaman suara Mason Greenwood memaksa teman wanitanya untuk berjimak sedang tular di media sosial pada ketika ini.

Dalam rakaman tersebut, Greenwood telah memaki hamun kekasihnya itu kerana tidak mahu berjimak dengannya.

“Angkat kaki kau…. Angkat lah kaki kau ni (tak boleh mencarut).”

Jelas Greenwood dengan suara seakan-akan abang Jamal.

“Tak…. Aku tak nak berjimak.”

Rayu wanita tersebut meminta Greenwood agar tidak meneruskan hajatnya itu.

“Aku langsung tak peduli dengan apa yang kau nak.”

Tegas Greenwood yang tetap juga mahu memuaskan nafsunya.

“Berhenti meletakkan kemaluan kamu di situ.”

Terdengar suara kekasihnya merayu agar Greenwood simpan kemaluannya dan tidak menempelkannya ke tubuh beliau.

“Aku nak tibai kau lah bodoh.”

Jelas Greenwood lagi kali ini suaranya lebih bengis mungkin kerana dah hujung-hujung.

“Aku tak nak berjimak dengan kau.”

Rayu Harriet Robson lagi tapi suaranya sudah kelam mungkin kerana Greenwood sedang melakukan kerjanya.

“Aku tak peduli kau nak berjimak dengan aku ke tidak, kau dengar tak?”

Suara Greenwood memaki kekasihnya sebelum macam-macam bunyi aneh lagi yang keluar dan rasanya cukuplah sampai sini Min tolong terjemahkan.

Ayah Harriet Robson tampil pertahankan Greenwood

Ayah kepada Harriet Robson tampil dengan kenyataan mengejutkan ramai apabila mempertahankan Mason Greenwood dalam kenyataannya kepada Daily Mail. Pakcik Robson malah menyelar sikap tidak bertanggungjawab pihak yang menggodam telefon pintar anaknya.

Ayah Harriet memberikan kenyataan rasmi kepada Daily Mail UK berkenaan dengan gambar dan video yang tular baru baru ini.

Ayah Harriet memberikan komen:

“Pertama kali kami tahu benda ni pada pukul 6 pagi ini. Ianya sangat mengejutkan. Saya nak jelaskan semua ini.”

“Sebagai ayah, kamu tidak mahu tahu kalau benda benda macam ni berlaku kat anak gadis kamu. Polis sudah datang dan dia sudah pun membuat kenyataan kepada polis.”

Kemudian ayah Harriet menyatakan bahawa telefon bimbit anaknya digodam. Itu yang membuatkan Harriet sangat kecewa kerana video itu disebarkan hacker.

Dia malah mengarahkan Harriet untuk memadamkan post tersebut walaupun sedar ianya sudah tersebar luas.

“Harriet memberitahu kami bahawa telefon pintarnya sudah digodam. Kami sudah meminta Harriet untuk menurunkan video tersebut, dan dia sudah melakukannya. Sayang semuanya sudah terlambat, kerana ianya sudah pun tular dengan meluas.”

Kemudian ayah Harriet menyatakan bahawa mereka sudah kenal Mason Greenwood sejak dia muda lagi dan sudah menjadi sebahagian keluarga mereka.

“Harriet sangat kecewa kerana dia tak mahu perkara tersebut tersebar. Kita kenal dia [Mason Greenwood] sejak dia bermain untuk B-21 lagi. Dia sudah menjadi sebahagian daripada keluarga kami selama 2 atau 3 tahun.”

“Hubungan percintaan mereka tidak begitu bagus dalam beberapa bulan ini. Dia [Harriet] sangat sangat kecewa dengan semua yang berlaku. Mereka berdua saling sangat mencintai dan sudah tinggal bersama. Kini polis sedang mengendalikan kes ini.”

Ada yang menganggap ayah Harriet sebagai pengecut dan bekap Greenwood sebab duit.

Sebelum ini Greenwood selamber merembat awek di bilik hotel bersama Foden ketika tugasan antarabangsa England dan melanggar kuarantin.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ayah Harriet Pertahankan Greenwood Sebagai Keluarga